*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

--- [EMAIL PROTECTED] wrote:
> Barua: Apabila seluang menodak baung
>  
> Wednesday, May 01 @ 18:11:17 MYT 
> 
> 
> Oleh Anual Bakhri Haron
> MEMIKIRKAN komen setengah-setengah ahli bahasa dan
> seorang dua sasterawan termasuk seorang dua Menteri,
> Menteri Besar dan Ustaz Mohd. Nakhaei yang mulai
> menyerang Sasterawan Negara Prof. Emeritus Shahnon
> Ahmad terkini (Siaran Berita TV1 dari 20 - 28 April
> 2002) kerana menyokong penggunaan perkataan 'barua'
> oleh Nik Ab. Aziz, saya lihat ada sesuatu yang
> semakin tidak kena. 
> 
> Tidak kena untuk menganggap bahasa itu cuma
> pengucapan makna yang tepat semata-mata. Bahasa ada
> seni, ada indah, ada rasa dan ada halus kasarnya. 
> Bahasa adalah alat komunikasi. Bahasa adalah
> pelbagai ekspressi untuk menggambarkan keindahan,
> kelembutan, kekasaran, protes, sokongan, tentangan,
> pujian, kejian dan pernyataan pelbagai rasa.
> 
> Ia sebuah instrumen besar manifestasi sikap dan
> perasaan pelbagai gaya melalui tutur kata lisan dan
> tulisan. 
> 
> Dalam bahasa itu ada makna, ada rasa, ada selera dan
> ada mesej yang ingin dihantar. 
> 
> Isunya boleh berbagai. 
> 
> Menyentuh tentang hantaran mesej, Al-Quran sering
> menghantar pesanan-pesanan lembut berupa
> 'al-bayyinah' peringatan dan berita gembira.
> Bagaimanapun, bahasa Al-Quran juga turut menghantar
> mesej-mesej ancaman berupa kekasaran.
> 
> Cuba perhatikan tiga pengertian ayat-ayat ini: 
> 
> 1. "Dan kalau kami menghendaki, sesungguhnya kami
> tinggikan (darjat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi
> dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa
> nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti
> anjing jika kamu menghalaunya diulurkan lidahnya dan
> jika kamu membiarkannya dia mengulur-ulurkan
> lidahnya (juga).
> 
> Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang
> mendustakan ayat-ayat Kami. 
> 
> Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu
> agar mereka berfikir." (Surah Al-A'raaf: Ayat 176) 
> 
> 2. "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka
> Jahannam kebanyakandari jin dan manusia, mereka
> mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk
> memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata
> (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat
> (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai
> telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar
> (ayat-ayat Allah). 
> 
> Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka
> lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang
> lalai. (Surah Al-A'raaf: Ayat 179) 
> 
> 3. "Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan
> sesungguhnya dia akan binasa." (Surah Al-Lahab: Ayat
> 1) 
> 
> Apa itu binatang ternak? Apa itu anjing yang
> terjelir-jelir? Dan, apa sangat yang celaka mengenai
> Abu Lahab? 
> 
> Ini semua bahasa yang dipilih sendiri oleh Allah
> S.W.T yang diungkap dan ditujukan kepada sesiapa
> juga dari hambaNya yang menepati makna derhaka. 
> 
> Bahasa ini kekal sekekalnya Al-Quran. Ia
> berkuatkuasa dan benar hingga ke hari kiamat. 
> 
> Ertinya di sini, berkasar itupun juga berbahasa
> dalam membahasakan orang yang kasar. 
> 
> Cuma ia wajar disukat, diukur dan dihitung dari segi
> kejituan penggunaannya. Jika diikutkan Tuan Guru
> Dato' Nik Ab. Aziz, lontaran sepatah kata b**** yang
> berupaya menyintak perhatian nasional terkini,
> itupun dikira agak lembut jika diukur dengan tahap
> celupar perbuatan pihak atau pihak-pihak berkenaan
> terhadap Allah, Rasul dan Sistem Demokrasi yang
> konon menjadi kebanggaan. Beliau, malah masih
> "reserve" satu lagi perkataan yang lebih relevan
> untuk 'dihantar' ke gelanggang. 
> 
> Mungkin masa belum mengizinkan! Biar ianya menjadi
> sebuah "suspense" sekurang-kurangnya buat sementara
> waktu. 
> 
> Kembali semula kepada persoalan bahasa, adalah amat
> tersasul jika sasterawan cuma mementingkan yang
> indah-indah dan hidup dalam buaian perasaan estetik
> semata-mata.
> 
> Atau mungkin cuma sibuk bermain di tepian isu yang
> kurang keutamaan. Ia tidak menjamah hati nurani
> rakyat yang terhimpit dan amat dahagakan pembelaan. 
> 
> Jika benar sasterawan adalah milik rakyat dan seni
> adalah wahana indah bagi membela nilai-nilai
> kemanusiaan demi kerukunan masyarakat, maka satu
> pertanyaan di sini ialah apakah masyarakat terbanyak
> sedang memiliki dan menikmati keadilan atau sedang
> disantuni dengan baik oleh pemilik demokrasi? 
> 
> Tidakkah iklim politik kini sangat memusuhi rakyat
> dari bercakap apa yang dimahunya dan menutur apa
> yang dirasainya. 
> 
> Dia tidak boleh keluar dari garis kata-kata seperti
> yang diatur oleh bapak Menteri. 
> 
> Kebebasannya telah dirampas. Dia tidak dibenarkan
> sama sekali untuk melihat kebenaran dari versi yang
> dirasainya. 
> 
> Dia diharamkan langsung untuk bertemu dan meluahkan
> kepercayaannya walaupun dengan cara aman, untuk
> berdiskusi di ceramah terbuka mengenai cara lain
> yang berbeza pandangan untuk memulihkan demokrasi
> dalam negaranya sendiri. 
> 
> Partisipasi aktif yang menjadi pra syarat kesuburan
> demokrasi hampir tiada langsung. Toh! Kalau begitu,
> peranan ahli bahasa dan sasterawan itu dimana?
> Apakah hanya cukup dengan berkreatif dan
> berhalusinasi lalu seenaknya menukilkan anyaman
> kata-kata indah yang prosaik.
> 
> Ia mungkin sarat dan berkemelut dengan diksi sedang
> falsafah perjuangan untuk faedah pembelaan agama dan
> bangsanya tetap tipis. 
> 
> Ahli bahasa pula hanya terkongkong dengan kejituan
> makna. Memadaikah dengan begitu? 
> 
> Seharusnya sasterawan dan ahli bahasalah berperanan
> sebagai pemancar wacana yang segar dan dinamik untuk
> dijadikan santapan minda masyarakat luas. 
> 
> Ini sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh Paul
> Gauguin iaitu "art is either a plagiarist or a
> revolutionist". Kekuatan buah fikirannya yang
> terkadang memuji tetapi kerapkali mengkritik
> sebarang ketidakadilan akan meletakkan dirinya
> menjadi "gate keeper" keadilan dan kemanusiaan yang
> amat mahal demi kepentingan masyarakatnya. 
> 
> Dalam kesedaran sebegini, kemana bersembunyinya
> 'bapak' 'Pramoedya Anantatoer' Malaysia.
> 
> Mustahil negara kita tiada Robindranath Tagore atau
> Kawabata atau Sutan Takdir Alishahbana atau Chairil
> Anwar. 
> 
> Saban tahun kita lihat munculnya sasterawan,
> cerpenis dan novelis tanah air yang menerima
> pelbagai anugerah. Mustahil mereka tidak tersentuh. 
> 
> Mustahil hati nurani halus mereka kering, tandus
> sehingga tidak terasa terpanggilpun untuk berbicara
> mengenai nilai-nilai keinsanan milik rakyat yang
> telah dihaiwankan oleh penguasa demokrasi? 
> 
> Menuduh tanpa bukti, mengheret orang ke penjara
> tanpa bicara malah seakan-akan berpihak dan
> memelihara orang yang bersalah dalam isu rasuah,
> penggelapan wang dan penyalahgunaan kuasa adalah
> diantara contoh-contoh "blatant" yang terlalu
> mengusik mana-mana pejuang seni yang benar-benar
> jujur lagi "real". Soalnya kemana mereka? 
> 
> Apakah berkarya dan berkreatif dalam terowong yang
> kosong. Tak perlu lagikah dihitung ruang operatif
> dalam mencari tema dan makna kemanusiaan yang lebih
> besar? 
> 
> Apakah tidak terkesan dalam kesedaran seni yang
> supra halus itu hasil kurnia dan anugerah Tuhan?
> Mustahil! 
> 
> Mungkin ada benarnya teguran Shahnon tentang betapa
> bervirusnya tulang belakang 'mereka'. Mereka sedang
> mabuk dalam diksi-diksi indah di rimba belantara
> buat-buatan pihak atasan yang tak berkesudahan. 
> 
> Malanglah, jika ada sasterawan yang sedar tetapi
> masih memilih tema-tema 'selamat' walaupun kurang
> mendesak dari segi keperluan kemasyarakatannya. 
> 
> Lebih malang lagilah jika seniman, ahli bahasa dan
> sasterawan tidak pun sedar dia sedang dilambung oleh
> liuk lintuk agenda yang memusuhi kepentingan massa
> yang sedang tertekan. Sedemikian "naive"kah sehingga
> laih dan daif untuk menegakkan tulang belakang
> tradisi perjuangan ala 'Anak Mat Lela Gila'? 
> 
> Pak Sako telah mewakili zamannya. Tong Sam Pah dan
> Tong Ta Hi adalah unsur barua yang dilontar beliau
> ke muka penjajah. 
> 
> Di ketika itu, ahli bahasa tidak sibuk pun untuk
> mengecam Pak Sako diatas kesalahan "mencemari
> bahasa". Apa yang penting diwaktu itu ialah luahan
> rasa protes melalui bahasa. Ia jitu dan cukup
> "timely" walaupun bahasa yang digunakan cukup
> memualkan. Ini dia elemen rasa yang diperkatakan
> Shahnon. Inilah pula luahan rasa loya Tok Guru Nik
> Ab. Aziz dalam menggambarkan seluruh senario realiti
> politik masa kini.
> 
> Penerima award filem terbaik dari Bosnia Herzegovina
> yang meraih anugerah antarabangsa diawal tahun ini
> juga telah mengambil tanggungjawab yang sama. 
> 
> Seniman, ahli bahasa dan sasterawan di Malaysia
> kini; bagaimana? 
> 
> Masihkah "sungai mahu mengalir lesu" di
> tengah-tengah "hujan pagi" meskipun "bulan tidak
> lagi bermadu di Fatehpur Sikri"? Dimana "Imam" Pak
> Abdullah Hussien tegak dalam hiruk-pikuk kebenaran
> yang kian dilayukan. 
> 
> Pasti Tongkat Warrant tahu jawapannya takdirnya
> beliau masih ada. 
> 
> Cuma barangkali Pak Samad Ismail sahaja satu-satunya
> lagi seniman lama yang memahami semuanya ini. 
> 
> Entahlah. Buat aku, "Jika aku diberi peluang untuk
> tidak memaafkan orang, maka 'dia-dia'lah
> orang-orangnya." 
> 
> [Penulis adalah Setiausaha Politik Menteri Besar
> Kelantan]
> 
> 
> 
>
__________________________________________________________________
> Your favorite stores, helpful shopping tools and
> great gift ideas. Experience the convenience of
> buying online with Shop@Netscape!
> http://shopnow.netscape.com/
> 
> Get your own FREE, personal Netscape Mail account
> today at http://webmail.netscape.com/
> 
> 
> 


=====
ANYTIME...ANYWHERE...ANYNEWS...

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Health - your guide to health and wellness
http://health.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke