Kedua2 Khalid & Daim memang pun penyangak! ...juga HAPRAK!!!
----- Original Message -----
From: Horoscopes
Sent: Friday, July 06, 2001 3:28 PM
Subject: H-Net* Fwd: Khalid Jafri tetap terbitkan buku skandal rasuah Exco Selangor; buku Daim pula habis dijual

Date: Fri, 6 Jul 2001 14:43:37 +0800

Khalid Jafri tetap terbitkan buku skandal rasuah Exco Selangor; Buku Daim
pula habis dijual

Oleh ROSLI ISMAIL
KUALA LUMPUR, Khamis 5 Julai - Penulis buku politik paling sensasi sekarang,
Khalid Jafri berkata beliau akan tetap menulis sebuah buku khusus untuk
mendedahkan apa yang didakwanya sebagai penglibatan ahli-ahli exco dan
pegawai Kerajaan Negeri Selangor dalam rasuah.
"Saya memang cukup sedar saya akan disaman kalau tidak cukup bukti," katanya
hari ini ketika diminta mengulas amaran Menteri Besar Selangor Datuk Sri Dr
Mohamad Khir Toyo yang hendak mengambil tindakan undang-undang jika fakta
dalam buku yang hendak diterbitkan itu tidak betul.
Ketika dihubungi AgendaDaily hari ini Khalid berkata, beliau tidak akan
menulis buku itu jika tidak mempunyai butir serta dokumen yang sah mengenai
perkara tersebut.
"Kerana saya tahu saya ada buktilah maka saya mahu mendedahkannya," ka! ta
Khalid lagi.
Dr Khir semalam ketika diminta mengulas mengenai satu bab bertajuk "MB
Selangor Macam Kaduk Naik Junjung" yang terkandung dalam buku terbaru Khalid
berjudul Tun Daim Penyangak Wang Negara telah memberi amaran keras kepada
Khalid bahawa beliau tidak kisah jika ada pihak yang hendak mengkritik
caranya bekerja tetapi jika mereka melemparkan fitnah, beliau tidak
teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah.
Dalam bab itu, Khalid telah "menghentam" Setiausaha Sulit Menteri Besar,
Selamat Dolah kerana didakwanya berlagak lebih "besar" dari bosnya bila
beliau meminta satu temu janji dibuat.
Selamat telah menafikan dakwaan Khalid itu bahawa beliau sengaja tidak mahu
melayan permintaan temu janji berkenaan dengan tidak mengangkat lagi telefon
selepas panggilan pertama.
Khalid yang sebelum ini mencetuskan kontrovesi menerusi bukunya 50 Dalil
Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri, memberitahu beliau sedia ke
m! ahkamah jika tulisannya dalam buku mengenai bekas Menteri Kewangan Tun Daim
Zainuddin itu tidak betul.
Malah di dalam helaian pertama bukunya itu tertera perkataan: "Hantarkan
Surat Saman Ke Alamat Di Atas) merujuk kepada alamat penerbit buku terbaru
itu kepada mereka yang mahu menyamankan.
Kepada satu soalan lain, bekas pengarang majalah Kumpulan Utusan itu juga
mengesahkan bahawa beliau akan menerbitkan buku kedua mengenai Daim yang
turut diiklankan dalam buku Tun Daim Penyangak Wang Negara.
Khalid berkata beliau sedia berdepan dengan apa juga risiko dari
penulisannya kali ini.
"Kalau tidak masakan saya berani menulis secara terbuka begini," tegasnya.
Ketika ditanya, apakah sejak terbitnya buku tersebut, beliau ada menerima
apa-apa ancaman atau ugutan daripada mana-mana individu, Khalid menjawab;
"Tidak ada..."
Ditanya pula mengenai rungutan bahawa buku terbarunya itu sukar untuk dicari
di kedai-kedai buku, Khalid menjawab b! ahawa beliau mengedarkannya hanya di
beberapa kedai buku terpilih sahaja.
"Itu pun saya dapat tahu kebanyakannya sudah habis dijual," kata beliau.
Menurut Khalid beliau sedang memikirkan sama ada hendak membuat cetakan
kedua atau tidak buku mengenai Daim itu.
Sejak tersiarnya berita mengenai buku itu, pejabat AgendaDaily sendiri saban
hari menerima panggilan telefon termasuk dari pejabat media massa dari Hong
Kong, Australia, Bangkok dan Jakarta bertanyakan bagaimana hendak
menghubungi penulisnya.
Berita mengenai buku berkenaan juga dilaporkan oleh agensi berita
antarabangsa Reuters kelmarin dan hari ini disiarkan dalam The Straits
Times, Singapura.
Malaysian author takes aim at Daim

New Book Hits Out at Daim and Family

Saya Sedia ke Mahkamah Kalau Tidak Betul - Khalid Jafri

[ Kembali Ke Laman Utama ]



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 a year!
http://personal.mail.yahoo.com/

Kirim email ke