*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>       Kisah 'pelik' Syed Razak di Kedah
> 
>       Oleh : UMMU NATASYA
> 
> 
> 
>       APALAH 'bala' rakyat Negeri Kedah terima tidak
> siapa mengetahuinya.
> Tetapi bala paling dahsyat yang dapat dilihat
> sekarang ialah mendapat
> Menteri Besar, Syed Razak Syed Zain yang tidak tahu
> apa-apa tentang tugas
> dan tanggungjawabnya sebagai Menteri Besar.
> 
>       Terbaru, dia menjadi tuan rumah menyambut
> Tahun Baru Cina (Gong Xi
> Fatt Cai) yang tidak pernah dibuat oleh Perdana
> Menteri, Datuk Seri Dr.
> Mahathir Mohamad, TPM, Datuk Seri Abdullah Ahmad
> Badawi dan lain-lain
> Menteri Besar/Ketua Menteri di negeri-negeri lain.
> 
>       Inilah akibatnya rakyat Negeri Kedah memilih
> Umno/BN dalam pilihan
> raya. Bila menang, mereka tidak ada orang yang layak
> dan berkempuan menjadi
> Menteri Besar. Duit rakyat diperhabis sesuka hati.
> 'Bidara' atau persatuan
> isteri-isteri wakil rakyat Kedah pula dihantar oleh
> Syed Razak ke Medan
> membawa suami masing-masing.
> 
>       Apa yang Syed Razak telah lakukan di Kedah
> semenjak menjadi Menteri
> Besar? Membesarkan Lapangan Terbang Kepala Batas?
> Atau memberi wang RM3,000
> kepada setiap Ketua Umno Bahagian menganjurkan
> jamuan hari raya?
> 
>       Rakyat Negeri Kedah sudah meluat, mual dan
> geli geleman melihatkan
> Syed Razak yang buat macam-macam di Kedah, sekadar
> hendak menutup kelemahan
> dan kebodohan sendiri. Berucap di majlis-majlis
> rasmi Cuma lima minit dan
> khabarnya dia juga kini dikenali sebagai Menteri
> Besar 5 minit.
> 
>       Dia juga cuba hendak halang Menteri Besar
> Kelantan, Tuan Guru Dato'
> Nik Abd Aziz Nik Mat dari memberi ceramah di Kedah
> kononnya dia sendiri tak
> pernah ke Kelantan untuk memberikan ceramah.
> 
>       Soalnya, siapa yang hendak jemput Syed Razak
> untuk memberi ceramah? Di
> Kedah sendiri, ketua-ketua Umno bahagian mengelak
> dari menjemputnya,
> janganlah dia pula mengada-ngada mahu membandingkan
> dirinya dengan Murshidul
> Am Pas pulak.
> 
>       Perbetulkan PKNK. Cerita mengenai CEO PKNK
> tidur sampai lewat
> tengahari, masuk pejabat lambat, mengekori Syed
> Razak ke sana ke mari masih
> belum berjaya dijawab. PKNK bukan harta pusaka Umno.
> Bukan harta pusaka Syed
> Razak atau harta pusaka CEO PKNK. Itu milik rakyat
> dan tunaikan
> tanggungjawab itu sejujur-jujurnya. Syed Razak pun
> perlu jujur kepada diri
> sendiri, agama dan bangsa sendiri. Kalau tidak ada
> kemampuan, berundurlah.
> Fadzil Hanadi boleh jadi MB. Prof Othman Ishak
> sedang menunggu dengan penuh
> debar. Kalau tak mahu beri kepada dua orang yang
> kebulur dengan jawatan MB
> ini, serahkan sahaja kepada Md. Rozai, bekas
> Setiausaha Politik Sanusi
> Junid. Dia sering mendabik dada mendakwa dia lebih
> hebat dari Syed Razak.
> 
>       Apakah Dr. Mahathir hendak memperli rakyat
> Kedah, mula-mula hantar
> "orang sakit otak jadi MB" kemudian hantar "orang
> tak ada otak"
> menggantikannya? Jika Sanusi Junid dikenali sebagai
> orang sakit otak, Syed
> Razak pula dikenali sebagai orang tak ada otak.
> 
>       Nasib baiklah BN tidak punya suara 2/3 di
> Dewan Undangan Negeri Kedah.
> Jika tidak, nescaya hancur leburlah negeri itu.
> Alhamdulilah, Allah
> selamatkan Kedah dari kemusnahan di tangan
> BN/Umno-Syed Razak dengan
> memenangkan seorang calon keADILan setelah Pas
> mendapat 12 kerusi dalam
> pilihan raya umum yang lalu di Kedah.
> 
>       Jangan terkejut, selepas Tahun Baru Cina, Syed
> Razak akan menjadi tuan
> rumah Thaipusam, Deepavali, Chrismas dan satu dua
> perayaan bangsa asing bagi
> menunjukkan kepada Malaysia, rakyat Kedah dan dunia
> bahawa Syed Razaklah
> satu-satunya Menteri Besar yang sering mempunyai
> idea baru.
> 
>       Idea barunya itu sepatutnya dicontohi oleh Dr.
> Mahathir. Bila lagi Dr.
> Mahathir hendak mengikut jejak Syed Razak menjadi
> tuan rumah rumah terbuka
> Tahun Baru Cina? Bila pula Pak Lah mahu mencontohi
> Syed Razak mengarahkan
> Bakti (Persatuan Isteri-Isteri Menteri) menganjurkan
> rombongan ke Medan
> dengan membawa suami masing-masing?
> 
>       (Sudahkan anda memiliki buku PENYELEWENGAN
> PPRT-Siapa Benar?)
> 
>       -Ummu Natasya 2002
> 
> 
> 
> 


=====
ANYTIME...ANYWHERE...ANYNEWS...

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Got something to say? Say it better with Yahoo! Video Mail 
http://mail.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke