Date: Tue, 12 Jun 2001 17:50:17 +0800

NEWS

Print version of this story
Tuesday June 12
Kumpulan politik kolot akan tewas: Musa
'Ein Azmi
1:10pm, Tue: Pertentangan golongan yang membawa kesedaran baru dengan kuasa
politik kerajaan sekarang sebagai "pertarungan" antara peradaban baru dan
lama, kata Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini.
"Mana-mana kumpulan politik yang masih kolot, iaitu enggan menerima hakikat
perubahan dan kesedaran ini pasti akan kecundang dalam peradaban baru," kata
Tan Sri Musa Hitam lagi, berucap merasmikan 'Kongres Peradaban Malaysia' di
Pusat Dagangan Dunia Putra pagi tadi.
"Keadaan ini jelas kelihatan dengan kemunculan generasi yang mendukung
perubahan dan kesedaran baru yang begitu berani menentang elit politik yang
dominan."
Tambahnya, mereka yang mendukung perubahan dan kesedaran baru pada waktu ini
tidak harus ditentang atau dicap sebagai "anti-nasional."
"Ge! nerasi ini tidak seharusnya ditentang, malahan kepemimpinan negara harus
mendekati mereka dan menyesuaikan diri dengan tanda-tanda ketamadunan negara
kita sendiri," kata Musa.
"Generasi ini tidak lagi terpengaruh terhadap fahaman politik yang dianggap
mereka sebagai sempit yang sering dijelmakan dalam bentuk perkauman dan
keagamaan."
Beliau berkata sesebuah negara atau masyarakat boleh dianggap bertamadun
atau sebaliknya apabila diukur mengikut amalan demokrasi dan hak asasi
manusia di negara itu.
Kemurnian demokrasi
"Cabaran utama kepada (kita) semua adalah memastikan kemekaran dan kemurnian
demokrasi dalam peradaban pada abad ke-21. Pengalaman di Malaysia sejak
akhir-akhir ini menunjukkan bahawa rakyat semakin peka kepada demokrasi dan
hak asasi manusia," katanya.
"Rakyat lebih bijak dan berani membuat keputusan politik kerana kejayaan
kerajaan sendiri dalam bidang pendidikan dan adanya (kemudahan) alat-alat
komunikasi can! ggih seperti komputer, telefon bimbit, teknologi maklumat dan
Internet tanpa bergantung pada media (arus) perdana semata-mata."
Dalam sidang media selepas itu, Musa menjelaskan idea-idea generasi muda
kini bukan bersifat negatif tetapi kebanyakannya positif.
"Apa yang (dianggap) negatif sebenarnya adalah positif untuk membina
(negara)," katanya.
"Saya tidak percaya generasi muda menghancur-leburkan masyarakat kita,
(tuduhan bahawa bahawa mereka) jahat pun (hanya) dari segi takrifan arus
perdana politik (kerajaan) dalam negara."
Musa turut melahirkan kebimbangan terhadap golongan yang mempunyai pangkat
dan jawatan tetapi memisahkan diri daripada idea-idea baru.
Kongres peradaban itu selama tiga hari dianjurkan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Seramai 12 tokoh pemikir tempatan akan membentangkan kertas kerja. Kongres
itu bertujuan antaranya meletakkan persuratan Melayu dan agama sebagai teras
peradaban Malaysia pada abad ke-21.

Last modified:Tuesday June 12, 3:02 pm

Print version of this story



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail Personal Address - Get email at your own domain with Yahoo! Mail.

Kirim email ke