Mungkinkah Rais tersilap lagi?
Wednesday, August 07 @ 10:53:35 MYT


Oleh Haji Anual Bakri Harun
KENYATAAN Dato’ Seri Dr Rais Yatim yang terlalu longgar mengenai adanya
beberapa orang pegawai awam yang berkaitan dengan siasatan/penguatkuasaan
memohon tanah daripada kerajaan negeri Kelantan telah menimbulkan banyak
kekeliruan.

Ini yang mendukacitakan Menteri Besar. Jika diteliti laporan Utusan Malaysia
pada 5 Ogos 2002, amat jelas tentang kenyataan Dato’ Rais yang meracau itu.
Mari kita hayati petikan kata-kata beliau:
i) Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Rais Yatim ketika
mendedahkan kegiatan itu berkata, bilangan mereka yang mendapat habuan itu
belum diketahui.
ii) Perkara itu berlaku sejak dua tahun lalu dan pihak saya telah
menyerahkan nama-nama pegawai awam yang disyaki terbabit kepada ketua
masing-masing.
iii) Dr Rais mengakui perbuatan seumpama itu sukar dibuktikan tetapi "ia
sememangnya berlaku."
iv) Adalah tidak wajar untuk mendedahkan nama pegawai-pegawai yang
dipercayai terlibat atau nama pengadu.
v) Pada hakikatnya memohon tanah bukanlah satu kesalahan.
Berasaskan segala kelonggaran fakta seperti yang terdapat di akhbar Utusan
Malaysia itulah, Menteri Besar Kelantan meminta Rais mengemukakan bukti.
Mengikuti teks sidang akhbar Dato’ Rais, aduan yang konon diterima oleh
beliau banyak bertaraf "belum diketahui" dan "sukar dibuktikan".
Jika status kes masih belum diketahui, wajarkah beliau membuat kenyataan
akhbar selepas satu majlis pidato perdana anjuran Umno di Kota Bharu itu.
Tidakkah lebih bijaksana untuk beliau membuat "fact findings" yang lebih
jitu daripada mengeluarkan kenyataan yang bersensasi tetapi penuh dengan
keraguan.
Apa yang lebih menarik, Pengarah BPR Negeri telah menegaskan bahawa "BPR
Kelantan tidak terima maklumat berhubung perkara itu."
Tambah beliau lagi "berdasarkan rekod sepanjang tiga tahun beliau bertugas
di negeri ini, tidak ada pegawai-pegawainya memohon tanah, malah, tidak ada
yang menerima tanah daripada mana-mana pihak." (Lihat Utusan Malaysia 6 Ogos
2002)
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Kelantan telah menyatakan kesediaan
untuk memberikan kerjasama jika benar-benar Dato’ Rais mempunyai bukti yang
cukup.
Tentunya kurang manis bagi seorang bertaraf menteri bercakap perkara yang
masih samar-samar. Ia menjejaskan kredibiliti beliau sebagai seorang Menteri
di Jabatan Perdana Menteri.
Pada saya ia terlalu "premature" untuk beliau mengeluarkan kenyataan. Kalau
pun dalam muka depan akhbar Berita Harian bertarikh 6 Ogos 2002, Dato’ Rais
ada sebutkan pegawai persekutuan yang terlibat, sekali lagi (jika ianya
betul), kes memohon tanah kerajaan bukan dibuat oleh pegawai Kerajaan
Negeri.
Itu pun jika betul. Jika ia dilulus mengikut prosedur melalui jawatankuasa
tertentu yang diberi kuasa setelah mendapat kebenaran secara bertulis dari
pihak Berkuasa Tatatertib, inipun tiada masalah. Perintah Am (Bab D) 9
Ceraian 3 berbunyi:
"Jika seseorang pegawai atau isterinya atau anaknya bercadang hendak
memperolehi apa-apa harta sama ada secara langsung atau secara tidak
langsung, sama ada alih atau tak alih, dan perolehan yang dicadang itu
adalah tidak sejajar dengan peruntukan-peruntukan Perintah Am 4, perolehan
itu tidak boleh dilakukan tanpa pegawai itu terlebih dahulu mendapat
kebenaran secara bertulis daripada Pihak Berkuasa Tatatertib yang
berkenaan."
Ringkasnya di sini, Dato’ Rais akan lebih nampak bijaksana jika beliau
belajar untuk bersabar sedikit. Kalaulah takdirnya ada keraguan dalam amalan
pemberian tanah kepada pegawai/kakitangan di negeri ini, beliau perlu
membuat "homework" yang lebih terperinci.
Malanglah, jika di tengah-tengah dakwaan Rais tentang aduan amalan
"malpractice" berkaitan, tiba-tiba BPR yang menjadi "core player" mengenai
pembasmian rasuah tidak tahu menahu pun mengenai maklumat yang diperkatakan.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
HotJobs, a Yahoo! service - Search Thousands of New Jobs

Kirim email ke