Musa Hitam pertahan Laporan Suhakam
Oleh Lim Boon Tong dan Ahmad Yusuf
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Hrkh) - Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
(Suhakam), Tan Sri Musa Hitam berkata, pihaknya tetap mempertahankan laporan
siasatan lebuhraya Kesas yang dianggap berat sebelah oleh kerajaan baru-baru
ini.
Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Badawi mengkritik siasatan
Suhakam sebagai pro Barat.
Tan Sri Musa menganggap kenyataan sedemikian adalah asam garam dalam
tanggungjawab Suhakam dalam mengketengahkan fakta sahih yang tidak disenangi
oleh media arus perdana.
Tan Sri Musa berkata demikian ketika merasmikan Seminar Hak Asasi Manusia
dan Media di ibu pejabat Suhakam di sini semalam.
Beliau berkata, pihak Barisan Alternatif dan media on-line amat menyokong
laporan Suhakam terutama mengenai pencabulan hak asasi manusia oleh pihak
polis terhadap orang awam di Lebuh raya Kesas itu.
"Sebenarnya Suhakam adalah badan bebas, berke!
cuali dan tidak memihak kepada
mana-mana pihak. Kami adalah badan penyiasat untuk mendengar aduan
pencabulan hak asasi manusia," katanya.
Menurut Tan Sri Musa, laporan tersebut akan dihantar ke parlimen untuk
bacaan setiap ahli parlimen dan ia terpulang kepada kerajaan untuk membuat
kajian seterusnya.
Selain itu, beliau yang juga pengerusi hak asasi manusia di Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengingatkan semua pihak bahawa Suhakam
ditubuhkan di bawah Akta Parlimen untuk menjalankan tugas memelihara hak
asasi manusia di negara ini.
"Kami melakukan penyelidikan secara menyeluruh termasuk pihak polis, mangsa
yang ditahan, saksi, wakil rakyat, pemberita termasuk rakaman video."
"Siasatan kami diketuai oleh tiga bekas hakim dan seorang professor
undang-undang yang mengambil masa empat bulan sebelum disiarkan laporannya,"
katanya.
Sementara itu, Pesuruhjaya Suhakam, Tan Sri Dato' Hj Anuar Zainal Abidin
berkata, walaupun kerajaan!
menuduh badan itu dipengaruhi oleh pemikiran
Barat dan berat sebelah, namun pihaknya menerima kritikan tersebut secara
terbuka.
Beliau berkata, demi mendidik dan menyedarkan rakyat mengenai kepentingan
hak asasi mereka, Suhakam tetap meneruskan tanggungjawab mereka dengan hati
terbuka walaupun dihujani pelbagai kritikan.
Menurut beliau lagi, Suhakam hanya bertindak mengikut akta yang diluluskan
di parlimen yang memberi badan bebas itu fungsi dan kuasa terhadap
pesuruhjaya yang dilantik.
Kata beliau fungsi utama Suhakam adalah memupuk kesedaran mengenai
pendidikan, menasihati dan membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan
selain memberi syor berhubung penandatanganan atau penyertaan dalam triti
dan menyiasat aduan berkenaan perlanggaran hak asasi manusia.
"Suhakam terpaksa melalui masa panjang untuk mendapat pengiktirafan rakyat
yang boleh menilai peranan kami yang baru berusia setahun lapan bulan,"
katanya.
Comments ? E-mail!
Us
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Terrorist Attacks on U.S. - How can you help?
Donate cash, emergency relief information in Yahoo! News.