Date: Thu, 5 Jul 2001 12:48:10 +0800

Negara Islam: Straits Times Singapura Sifatkan Akhbar Malaysia Ada Muslihat
Politik

Susunan ABU BAKAR RASHID
KUALA LUMPUR, Rabu 4 Julai - Mengulas mengenai perdebatan terbuka antara Pas
dan DAP mengenai matlamat parti Islam itu untuk menegakkan sebuah Negara
Islam jika ia berkuasa, akhbar Singapura, The Straits Times (ST) 3 Julai
menganggap wujudnya motif politik di pihak akhbar-akhbar di Malaysia apabila
isu itu dimanipulasikan berulang-ulang.
Dalam rencananya Rift Between the Secular and Religious Reopens(Perpecahan
Antara Golongan Sekular dan Golongan Agama Tercetus Semula), akhbar itu
berkata, walaupun masih tidak pasti apakah sebenarnya kenyataan yang dibuat
oleh Pas mengenai isu Negara Islam, terdapat alasan untuk mempercayai bahawa
akhbar-akhbar tempatan, terutama yang rapat dengan kerajaan,
membesar-besarkan isu itu melewati batas kewajaran.
Laporan-laporan dari akhbar tem! patan mengenai keinginan Pas untuk mewujudkan
negara Islam adalah punca kepada ulasan-ulasan yang tidak menguntungkan dari
beberapa pemimpin DAP, kata ST.
Menurut akhbar itu, oleh kerana terdapat bukti bahawa Pas dari segi
keseluruhannya sedang memikirkan semula beberapa pilihan ideologikalnya
mengenai konsep negara Islam bagi memastikan penerimaan yang lebih meluas,
adalah sesuatu yang lumrah kepada parti-parti seperti Umno untuk merasa
bimbang terhadap kesan-kesan dari perkembangan terbaru dalam Pas ke atas
politik Malaysia.
Berikutan muktamar Pas baru-baru ini, terdapat kebimbangan di kalangan parti
pemerintah bahawa Pas sedang melakukan pendekatan yang serius untuk menarik
sokongan rakyat bukan Melayu, kata akhbar itu.
Malah, kata ST lagi, ucapan-ucapan dan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh
para pemimpin Pas dalam muktamar baru-baru ini memberikan isyarat yang
begitu jelas bahawa versi Pas mengenai negara Islam menggabungkan ! lebih
banyak ciri universal berbanding unsur-unsur sektarian yang sempit.
Tindakan Pas meneruskan ideologi negara Islamnya dan kenyataan terbaru
beberapa pemimpin kanan DAP untuk keluar dari Barisan Alternatif (BA), kata
akhbar itu, menimbulkan semula masalah ideologi yang begitu mendalam di
dalam barisan pembangkang itu.
Isu yang asas, kata ST ialah setakat manakah BA secara keseluruhan boleh
mengatasi perbezaan antara visi negara Islam Pas dengan usaha DAP untuk
mempertahankan Malaysia yang sekular.
Malah, kata akhbar itu, perbezaan ideologi yang mendalam antara Pas dan DAP
bukanlah sesuatu yang baru.
Perbezaan tersebut sentiasa wujud, kata ST, tetapi kesempatan politik yang
singkat dan perlu dimanfaatkan untuk mencabar kekuasaan tunggal Barisan
Nasional (BN) dalam dalam Pilihan Raya Umum 1999 memberikan peluang kepada
kedua-dua parti untuk mengetepikan perbezaan mereka untuk sementara waktu.
Persetujuan untuk menerima persam! aan-persamaan di antara kedua-dua parti,
seperti perlunya pembangkang yang berkesan untuk menentang BN, pentingnya
ditonjolkan kes-kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa, keperluan untuk
menjamin suara yang berkesan di pihak pembangkang di Parlimen dan lain-lain
perkara yang berkaitan menghalang pertelagahan terbuka antara Pas dan DAP
untuk sementara waktu, kata akhbar itu.
Menurut akhbar itu, perdebatan mengenai negara Islam bukanlah sesuatu yang
tiba-tiba terjadi, dengan kemungkinan yang menjejaskan hubungan antara
kedua-dua rakan penting di dalam pakatan pembangkang.
Sambil kepimpinan tertinggi DAP menyedari sepenuhnya bahawa percubaan yang
dibuat oleh sesetengah pihak untuk melaga-lagakannya dengan Pas, mereka juga
sedar bahawa pada waktu-waktu tertentu, ia perlu membincangkan isu negara
Islam dengan Pas dan lain-lain anggota BA, kata ST.
Dari semasa ke semasa, akhbar itu menambah, DAP sentiasa menghadapi masalah
dalam menangani ap! a yang menjadi isu yang penting itu dan DAP, yang menurut
akhbar itu merupakan satu-satunya parti dalam pakatan berkenaan yang enggan
mencairkan pendirian Malaysian Malaysia yang sekular, "tidak akan
menggadaikan hak-hak rakyat bukan Melayu."
Akhbar itu menyarankan supaya perbezaan yang wujud itu ditangani dengan
berhati-hati supaya mereka yang cuba memecahbelahkan pakatan pembangkang
tidak mempunyai peluang untuk berbuat demikian.
Malah, kata akhbar itu, jika kedua-dua parti tidak dapat mencapai kata
sepakat sekalipun, ia bukanlah titik penamat kepada pembangkang.
[ Kembali Ke Laman Utama ]



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 a year!
http://personal.mail.yahoo.com/

Reply via email to