PAS nafi terlibat dengan rangkaian Al-Qaeda
Friday, October 18 @ 17:44:08 MYT


MARANG, 18 Okt (Hrkh) - Pemangku Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul
Hadi Awang menafikan tuduhan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bahawa
PAS terlibat dalam menganuti ideologi Al-Qaeda.

Beliau berkata demikian dalam temuramah para wartawan dengan beliau yang
diadakan selepas Kuliah Jumaat di Masjid Rusila pagi tadi.
Berikut adalah temubual penuh para wartawan dengan beliau itu.
Soalan: Laporan PBB mengenai PAS termasuk dalam Al-Qaeda.
MB: Saya menganggap PBB akhir-akhir ini lebih dipengaruhi oleh kuasa-kuasa
besar. PBB tidak mempunyai satu keperibadian yang tinggi dan tidak
memelihara hasrat masyarakat antarabangsa bahawa PBB ditubuhkan selepas
perang dunia.
Kalau PBB bersikap demikian, ia akan menerima nasib yang sama dengan Liga
Bangsa-Bangsa yang ditubuhkan selepas perang dunia pertama dan dia mati.
Dan PBB akan menemui ajaln! ya yang terpaksa masyarakat antarabangsa akan
bergantung dengan suatu perubahan yang lain yang mewujudkan organisasi yang
benar-benar dapat memberi perlindungan kepada mereka yang dizalimi dan
dianiayai hak yang dirampas, di mana peraturan antarabangsa tidak
disalahgunakan dengan sewenang-wenang.
Dan pertubuhan antarabangsa tidak diperalatkan untuk menghukum mana-mana
negara berdasarkan kepada kemahuan kuasa-kuasa besar yang membiayai
pertubuhan itu. Dan semua tahu siapa yang membiayai PBB.
PBB dibiayai Amerika yang lebih banyak penyumbang dan duduk di Amerika dan
dijaga oleh Amerika, diberi keistimewaan oleh Amerika, itulah kelemahannya.
Walaupun dengan kelemahan-kelemahan itu, dalam konteks yang ada pada hari
ini, masyarakat antarabangsa masih lagi perlu perbahasan melalui PBB,
perbahasan perlu disertai untuk kita meluahkan kritik, meluahkan perasaan,
pandangan, itu boleh diambil faedah untuk berdialog.
Sebagai tempat dialog, itu s! atu tempat yang boleh dimanfaatkan sehingga hari
ini. Tetapi sebagai suatu organisasi yang menegakkan keadilan di
antarabangsa, PBB telah mempunyai kelemahan-kelemahan yang ketara dan kita
melihat sendiri perbezaan double standard yang berlaku antara tindakan
terhadap Iraq dan Israel, sebagai contoh.
Iraq sebuah negara yang dituduh menyimpan senjata-senjata merbahaya,
dituduh. Dituduh sudah diambil tindakan, dipulau, dan pelbagai keputusan
dibuat terhadap Iraq.
Dalam masa yang sama, Isreal yg sudah nyata mempunyai senjata-senjata yang
merbahaya, senjata nuklear, memang Isreal mempunyai senjata nuklear yang
diketahui Amerika dan masyarakat antarabangsa. Dan begitu juga keganasan
yang dilakukan oleh Isreal terhadap rakyat Palestin yang menuntut hak
mereka.
Sehingga hari ini, PBB tidak boleh mengambil tindakan ke atas Isreal.
Sebarang tindakan diambil divetokan oleh Amerika yang mempunyai kuasa veto
untuk membatalkan keputusan Majlis! Keselamatan PBB.
Ini adalah satu keadaan yang double standard, yang tidak adil, yang sedang
berlaku yang ketara. Kalau dalam hal ini, dia boleh berlaku, maka begitu
juga dengan hal-hal yang lain.
Dengan beberapa letupan yang berlaku, kita sudah dituduh menyimpan
pengganas. Kalau dikira, Amerika lebih banyak. Bahkan mereka yang dituduh
melakukan pelbagai-bagai serangan itu dilatih di Amerika.
Siapa yang boleh melatih juruterbang yang boleh membawa kapalterbang begitu
canggih? Siapa yang boleh latih? Di Malaysia, Indonesia, di negeri sini ada
tempat latihan yang begitu rupa? Yang boleh mengelirukan radar pertahanan
Amerika? Pentagon boleh diserang?
Pentagon mempunyai sistem pertahanan yang tercanggih, bagaimana sistem
pertahanan boleh dikelirukan kalau tidak mereka dilatih Amerika sendiri.
Oleh itu lebih wajar Amerika memelihara negeri dia sendiri daripada
menghukum negara-negara yang lain.
Saya mempunyai pandangan yang bertelagah ! dalam konteks nasional dengan BN
tetapi sebagai rakyat Malaysia, sebagai orang Malaysia, sebagai penduduk di
kawasan rantau ini, kita tersentuh dengan kenyataan-kenyataan yang begitu
rupa. Dan kita menganggap itu satu kenyataan yang zalim. Dan kita
mengharapkan tidak berlaku tindakan-tindakan yang zalim. Oleh kerana itulah
yang penting sebagaimana saya sebut dalam kuliah saya tadi ialah
negara-negara yang lemah ini bersatu, ini sangat penting.
Soalan: Jadi apa tindakan yang akan diambil oleh pihak PAS berkenaan laporan
ini?
MB: Kita bukan sebuah kerajaan yg berdaulat sepenuhnya yang mempunyai kuasa
yang besar. Di mana sikap kita ialah membuat kenyataan secara lisan, secara
tulisan dan kita telah membuat protest melalui kedutaan-kedutaan yang wajar
diberi bantahan, kedutaan Amerika, termasuklah kedutaan British, itu sudah
kita buat.
Dan tindakan kita yang lebih awal menghadapi tentangan daripada kerajaan BN
sendiri. Bagaimana demon! strasi yang kita anjurkan di kedutaan Amerika telah
diserang dengan gas oleh pihak polis, FRU.
Dalam beberapa tindakan, pemuda-pemuda kita telah ditahan dan ada yang
dihukum penjara seperti Ketua Pemuda, kita mengalami hal itu.
Di mana tindakan yang kita ambil bukan berdasarkan sentimen melulu. Ini
berdasarkan kepada kajian-kajian yang mendalam. Dan hari ini, kita
Alhamdulillah, melihat kesedaran itu telah meningkat dengan begitu meluas
apabila Amerika menghukum semua. Dan kita memikul tanggungjawab bersamalah
di dalam mempertahankan kewibawaan dan maruah kita.
Soalan: Jadi adakah Dato' Seri mengaku bahawa PAS adalah seperti yg didakwa
oleh PBB, adalah pertubuhan yg menganuti ideologi al-Qaeda ini?
MB: Sepatutnya mereka membaca undang-undang tubuh PAS. Dan PAS menyertai
pilihan raya sejak 50 tahun lebih dan PAS kalah dalam pilihan raya beberapa
kali, jatuh di Kelantan dan Terengganu. Kita terus menyertai pilihan raya,
kita tidak meng! ambil pendekatan secara kekerasan, bahkan kita mengadakan
bantahan-bantahan yang dilihat sendiri oleh Amerika secara bertulis, secara
ilmu, secara berhujah.
Bahkan saya sendiri pernah menyertai deligasi daripada parti-parti Islam
sedunia yang dipimpin oleh Prof Dr Necmettin Erbakan, bekas Perdana Menteri
Turki ketika beliau menjadi ketua pembangkang Turki.
Saya menyertai deligasi berjumpa dengan Setiausaha Agung PBB pada masa itu
dalam isu Bosnia, dan juga berjumpa dengan kongres Amerika pada masa itu.
Dan kita telah melahirkan pandangan kita dan mereka melihat sendiri
bagaimana sikap keterbukaan kita, kita berbeza dengan sifat-sifat melampau
yang mereka katakan itu.
Adalah sepatutnya mereka bandinglah dengan tindakan mereka sendiri. Bahkan
kita menganggap Amerika adalah sebenarnya yang melampau. Mereka yang
sebenarnya melampau. Serangan yang dilakukan terhadap Afghanistan sebagai
contoh, kerana mencari Osama bin Ladin. Osama bin Lad! in seorang yg dicari,
katakanlah 10 orang bersama Osama bin Latin. Itu yang dicari. Sudah berapa
ratus ribu yang mati, berapa juta yang menjadi pelarian? Digugurkan bom dan
memusnahkan orang miskin, orang yang tak ada tempat, ini yang berlaku di
Afghanistan. Inilah yang melampau sebenarnya.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
Y! Web Hosting - Let the expert host your web site

Kirim email ke