[EMAIL PROTECTED] wrote:
Selangor Dalam Gerhana
Lokasi : Kuala Selangor
Tarikh kajian : sabtu 14/9/02
Salah seorang responden kajian satu projek dengan kerjasama PZS, Wak Onah nama mesranya. Umur 73 tahun. Taraf perkahwinan - janda kematian suami. Pekerjaan - jual pecal di Pasar tani,setiap hari Sabtu. Pendapatan - RM 100 sekali berniaga- RM 400 sebulan. Bilangan tanggungan - 9 orang anak
yatim (cucu-cucu wak onah)duduk bersamanya, dari umur 8 tahun - 15 tahun -semua masih bersekolah. Sumber pendapatan lain -tiada.
Bantuan yang diterima, hanya dari Pusat Zakat Selangor sahaja - bantuan hariraya setahun sekali berjumlah RM 700 dan sepersalinan untuk Wak Onah. Bayangkan, bagaimana Wak Onah, dengan peringkat umurnya, terpaksa bekerja untuk menyara cucu2nya. Bagaimana Wak Onah nak penuhi perbelanjaan
harian untuk makan dan belanja 9 orang budak, 6 Lelaki 3 Perempuan yang tengah ! naik. Bagaimana nak hadap raya, nak buka sekolah.
Cukup kalau dikata, di mana Wak Onah nak baring dengan keadaan rumah yang semacam itu. Bila kaji selidik selesai, apa permintaan Wak Onah? Wak Onah nak minta tolong, Wak Onah malu nak cakap, tapi dah lama Wak Onah mintak. Dulu Wak Onah ada isi borang, dah nak setahun, katanya dah lulus, tapi
belum dapat lagi. Apa Wak Onah nak ? Kalau boleh, Wak Onah nak basikal, Wak Onah nak pergi sembahyang terawih kat masjid. puasa dah dekat. Dulu Wak Onah jalan, sekarang rasanya Wak Onah dah tak kuat. Jarak rumah Wak Onah dengan masjid lebih kurang 2km.
Bayangkan, berapa harga sebuah basikal. Setahun Wak Onah tunggu- sampai sekarang tak sampai lagi. Ini adalah sebahagian dari kajian kemiskinan di Selangor yang jalankan untuk satu projek, dengan kerjasama PZS. Sebanyak 6 daerah di Selangor telah dibuat kaji selidik. Kes Wak Onah yang sebegini, ada kes yang lebih teruk lagi.
Ternyata semua negeri-negeri di Mal! aysia, ada gerhananya; di Johor,Selangor, Kelantan, Pahang,Trengganu, Sabah, Sarawak, bahkan Kedah negeri PM pun ramai yang gerhana.
Bezanya gerhana di negeri-negeri BN dengan gerhana PAS di Kelantan ialah gerhana di Kelantan akan dapat bantuan kewangan, pakaian, makanan dll daripada pihak KERAjaan UMno/BN, Agensi Kerajaan spt ARB, dll amat cepat sekali, effisien. Manakala gerhana di negeri-negeri BN tidak dilayan
sewajarnya. Malah orang-orang miskin negeri BN itulah yang akan dihina, dicerca dll kerana tidak pandai berdikari, dll. Contoh terbaik ialah gerhana di Penang. Adakah tindakan pantas diambil oleh BN untuk membantu orang Melayu gerhana?
Bertuah sungguh jadi orang miskin di Kelantan. Rakyat Kelantan tak perlu risau siapa yang perintah negeri Kelantan, PAS boleh perintah BN pun boleh perintah kerana rakyat Kelantan pasti diberikan bantuan.
Cuma kes yang satu ni perlu dipuji/keji? Kerana kecekapan pihak berkuasa (baca KERAjaan U! Mno/BN). Dalam Majlis Makan Malam Bersama YB Datuk Ismail Kamus di Markas PAS Batu Belah, Kelang. YB menyampaikan amanatnya di dalam markas. Pembesar suara hanya kedengaran di dalam markas sahaja...
Saudara Ann Wan Seng juga ada bersama... Tidak ada sebarang masalah, suasana riang cerah, ukhuwah menandakan eratnya silaturrahim antara para sahabat seperjuangan. Belum pun sempat YB menghabiskan amanatnya(lebih kurang 9.30 mlm) terdengar dari luar satu suara "Ghaib" dari kegelapan malam. Tuan
tuan tahu suara siapa ??? memang tuan tuan dapat menjawapnya.. " Saya chief Inspector.......ingin memberitahu bahawa perhimpunan tuan tuan adalah perhimpunan haram kerana tidak ada permit (Majlis di Markas/tempat persendirian tidak memerlukan permit Polis) dan tuan tuan hendaklah bersurai
dalam masa 10 minit, jika tidak kami akan mengambil tindakan" begitulah sekelumit kata2... Takbir bergema sebanyak tiga kali... Suasana ditenteramkan oleh pengerusi majlis yang juga selaku Ketua ! Pemuda PAS Kawasan Kapar(Ustaz Najahan). Perbincangan berlangsung dalam keadaan seolah-olah kita berdepan dengan manusia yang tak berperasaan.
Ada lebih daripada 50 orang FRU yang berlegar di sekitar majlis. Yang datang ke majlis itu ialah suami isteri, anak2 kecil dan orang2 tua, tapi mamat2 FRU tu siap dengan cotar, shield siap helmet tutup muka... macam nak bertempur entah dengan siapa !!!!Majlis di teruskan juga walau pun masa 10
minit sahaja yang di beri. Bacaan Yaasin di mulakan...suasana hening.. selepas itu di ikuti dengan zikir Asma Allah.....di akhiri dengan doa.....Majlis bersurai dengan aman lebih kurang jam 10.30
malam...
Itulah hakikat kehidupan di Malaysia, sebuah negara Islam. Sepatutnya tidak di rosakkan oleh manusia yang kita harap dapat membantu untuk meninggikan syariat Allah. Kepada Allah kita berdoa agar mereka mereka yang terlibat akan mendapat balasan yang setimpal atas perbuatan mereka.
Dari Allah kita datang dan kepadany! a kita akan kembali...
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!