*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> TALIBAN MUSNAH HAPUSKAH KEGANASAN?
> Oleh : SUARA PRM
> Semasa ketua-ketua negara ASEAN mengadakan
> persidangan di Seri Begawan,
> Berunai, baru-baru ini, Dr Wan Azizah Ismail, Ustaz
> Fadzil Noor dan Dr Syed
> Husin Ali bagi pihak BA telah mengutus surat kepada
> Seri Paduka Sultan
> Brunai, selaku pengerusi. Dalam perutusan itu,
> mereka meminta Sultan dan
> para pemimpin ASEAN lain membuat pendirian tegas
> terhadap serangan ke atas
> WTC serta Pentagon dan pengeboman Amerika Syarikat
> (AS) ke atas Afghanistan.
> Kedua-duanya merupakan serangan ganas yang
> mengakibatkan kematian ramai
> orang awam yang tidak berdosa.
> Seperti kita ketahui, para pemimpin ASEAN tidak
> mencapai kata sepakat
> tentang pengeboman AS ke atas Afghanistan. Mereka
> tidak berani membuat
> pendirian bersama menuntut supaya pengeboman itu
> diberhentikan. Nampaknya,
> dalam hal ini dua negara yang mempunyai ikatan rapat
> dengan AS, iaitu
> Filipina serta Singapura, lebih kuat suaranya dalam
> ASEAN daripada Indonesia
> serta Malaysia, yang mahu pengeboman diberhentikan.
> Persidangan bersetuju,
> antara lain, hendak mengadakan satu persidangan
> mengenai keganasan di Kuala
> Lumur kelak.
> Boleh dikatakan semua negara mengutuk tindakan ganas
> ke atas WTC dan
> Pentagon yang mengakibatkan kematian kira-kira 5000
> orang itu. Berikutannya,
> Presiden Bush telah menubuhkan sebuah pakatan
> menentang keganasan, terdiri
> daripada lebih kurang 50 negara. Sebilangan kecil,
> seperti Britain, memang
> mengikut saja apa yang AS lakukan. Sebilangan negara
> yang lain menyokong
> tindakan AS kerana dijanjikan berbagai-bagai bentuk
> bantuan. Yang lain pula
> menyokong kerana takut Bush mengugut mereka yang
> tidak menyokong AS akan
> dianggap sebagai musuh.
> Di dalam dunia sekarang terdapat banyak masalah yang
> sama atau lebih teruk
> daripada keganasan, antaranya, kemiskinan mutlak,
> penindasan buruh
> kanak-kanak, kadar kematian bayi yang tinggi kerana
> kekurangan bekalan
> perubatan, bahaya AIDS serta penyakit lain, dan
> ancaman perang serta senjata
> nuklear. Mengapakah tidak ada kuasa besar yang mahu
> mendirikan pakatan
> bersama memerangi ini semua? Mengapa ke atas
> keganasan saja? Adakah kerana
> sudah kena batang hidung sendiri? Atau adakah AS
> merasa malu kerana WTC,
> lambang kekuatan ekonomi AS, dan Pentagon, lambang
> kegagahan ketenteraan AS,
> telah diserang?
> Selepas hampir 40 hari pesawat-pesawat AS
> menggugurkan bermacam-macam jenis
> bom, pasukan tentera Perikatan Utara (Perikatan)
> berjaya memasuki
> Afghanistan. Bukan saja Amerika Syarikat (AS),
> bahkan sebahagian besar
> dunia, nampaknya tidak menduga pasukan Perikatan
> ini, terdiri daripada
> beberapa golongan yang pernah ditewaskan oleh
> Taliban sebelum berkuasa pada
> 1996, begitu mudah sekali dapat menawan
> Mazar-i-Sharif, Kabul, Herat,
> Jalalabad dll. Pasukan Taliban yang menguasai
> kawasan-kawasan ini berundur.
> Adakah tentera Taliban tidak tahan dengan pengeboman
> itu? Adakah mereka
> tidak mahu berlawan dengan sesama Islam? Adakah
> mereka sengaja berundur
> secara tersusun? Adakan mereka akan berkumpul untuk
> belawan dengan lebih
> hebat lagi dari pangkalan lebih selamat dan kuat?
> Atau adakah mereka
> benar-benar sudah kalah? Semua soalan ini belum
> mendapat jawapan yang tepat
> serta jelas lagi.
> Semasa rencana ini ditulis (19hb November), tentera
> Perikatan sedang
> mengepong Kunduz, kawasan kuat Taliban yang kecil
> terletak di Utara. Mereka
> tukar-menukar tembakan meriam dan motar. AS sudah
> mula mengebom Kunduz. Dua
> hari sudah berlalu sejak pihak Pakatan memberi kata
> dua supaya tentera
> Taliban menyerah diri.
> Tiada tanda ini akan berlaku, dan boleh jadi,
> jikalau tentera Taliban tid Di
> Kandahar, yang dianggap sebagai kubu kuat mereka,
> pihak Taliban masih
> bertahan. Pesawat- pesawat AS terus mengebom.
> Tentera Perikatan sudah
> berkumpul di luar bandar itu. Mungkin mereka akan
> cuba menawan Kandahar
> selepas pengeboman itu berkesan. Adakah kedua-dua
> pihak, terdiri dari suku
> kaum yang berbeza, akan berjuang habis-habisan?
> Adakah mungkin lebih banyak
> darah tentera serta orang awam akan mengalir?
> Selepas Taliban berjaya dikalahkan dan setelah
> Mullah Omar Muhammad dan
> Osama bin Laden ditawan atau dibunuh, adakah bererti
> keganasan akan lenyap
> di muka bumi ini? Sudah tentu tidak. Tindakan
> keganasan cuma penjelmaan
> daripada berbagai-bagai punca masalah yang
> mengakibatkannya. Selagi punca
> masalah itu tidak diatasi maka selagi itu keganasan
> akan menjelma.
> Gabungan menentang keganasan pimpinan Bush menumpu
> ke atas Afghanistan
> kerana kerajaan Taliban yang memerintah melindungi
> Osama, yang didakwa
> sebagai dalang utama serangan ganas ke atas dua
> lambang kekuatan dan
> kegagahan AS itu. Tindakan Bush dianggap oleh banyak
> golongan Islam sebagai
> serangan ke atas Islam. Antara sebabnya ialah pada
> awal tahun sembilan
> puluhan, selepas Soviet Rusia dan negara-negara
> Eropa Timur jatuh, CIA dan
> FBI merancang untuk mengalih pandangan AS daripada
> komunisme kepada Islam
> sebagai musuh utama mereka.
> Islam tersebar di merata dunia, walaupun terpusat di
> Asia Barat. Kebanyakan
> negara Islam kaya dengan minyak. Kekayaan dari
> minyak, yang dianggap sebagai
> emas hitam, tidak adil. Ia bertumpu di tangan
> segelintir keluarga pemerintah
> yang bersifat feudal, tidak demokratik dan zalim
> pula. Golongan pemerintah
> ini bekerjasama rapat, bahkan tunduk pula kepada
> kuasa besar imperialis AS.
> Oleh itu kemarahan rakyat miskin dan juga golongan
> profesional yang mulai
> sedar bertumpu kepada pemerintahan mereka sendiri
> dan juga kuasa besar yang
> menjadi dalang.
> Pada masa yang sama terdapat pula masalah Palestin,
> yang telah bermula
> selepas kuasa-kuasa besar seperti AS, Britain dan
> Rusia bersetuju membentuk
> negara Israel lebih 40 tahun dulu. Berikutan itu,
> beribu-ribu rakyat
> Palestin, tidak kira mereka Islam atau Kristian,
> dinyah keluar dan tanah
> mereka dirampas serta rumah mereka dimusnahkan.
> Sekarang ini terdapat lebih
> daripada enam juta rakyat Palestin yang hidup
> sebagai orang pelarian.
> Masalah Palestin berlarutan lebih 40 tahun sehingga
> sekarang.
> Rakyat Palestin bangun menentang regim Zionis Israel
> yang sentiasa disokong
> serta dilindungi oleh imperialis AS. Setiap hari ada
> saja rakyat Palestin,
> termasuk kanak-kanak dan wanita, yang terbunuh.
> Sekarang ini, seorang yang
> dianggap bertanggung jawab ke atas pembunuhan
> beratus rakyat Palestin di
> Chabra dan Shatila menjadi Perdana Menteri Israel.
> Tidak mungkin keganasan
> akan berhenti. Ia hanya mungkin tamat atau
> berkurangan jikalau hak-hak
> rakyat Palestin dikembalikan. Antaranya ialah:
> membentuk negara Palestin
> yang berdaulat, mendirikan Baitulmuqadis sebagai ibu
> negara Palestin, dan
> membenarkan semua orang pelarian Palestin kembali ke
> tanah air mereka.
> Perlu ditegaskan bahawa pengganas terdapat di merata
> dunia dan terdiri
> daripada berbagai-bagai agama serta bangsa. Adakah
> Bush akan meneruskan
> “crusade” beliau ke atas golongan lain, selepas
> pengganas Islam atau Arab
> dikalahkan? Atau adakah beliau akan menggunakan
> berbilion dolar, yang
> dibakar bersama bom dan mortar, untuk memerangi
> kemiskinan dan lain-lain
> masalah global yang disebut di atas tadi? Kami harap
> inilah yang akan
> dilakukan oleh AS, dan bukan merancang pengeboman
> baru pula ke atas Iraq,
> Libya, Iran dan sebagainya.
> Kita perlu ingat juga bahawa keganasan bukan
> dilakukan oleh orang atau
> pertubuhan awam saja. Bahkan ia dilakukan juga oleh
> negara atau
> pemerintahan. Ada orang atau pertubuhan yang
> melakukan keganasan dengan
> membunuh kanak-kanak, wanita orang tua yang tidak
> bersalah semasa membuat
> serangan ke atas musuh. Ada juga negara yang
> menggunakan segala alat senjata
> mereka yang canggih mengebom pangkalan musuh dan
> mengakibatkan kanak-kanak,
> wanita dan orang tua juga terbunuh atau cedera,
> selain memusnahkan masjid
> dan tempat simpanan makanan bantuan untuk rakyat.
> Jadi kita mempunyai apa yang boleh kita ssebut
> sebagai “keganasan awam”
> (civilian terrorism) dan juga “pengganas negara”
> (state terrorism). Sekarang
> ini ada gabungan antarabangsa yang dipimpin oleh AS
> untuk memerangi
> “keganasan awam” antarabangsa. Siapa pula yang boleh
> atau akan memberikan
> pimpinan antarabangsa untuk memerangi “keganasan
> negara” yang wujud dalam
> dunia kini? Apabila ada negara yang menggunakan
> keganasan ke atas rakyat
> negeri lain atau rakyat negeri sendiri, wajarkah
> rakyat berdiam diri
> sehingga “keganasan negara” boleh terus
> bermaharajalela?
> 
> 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! GeoCities - quick and easy web site hosting, just $8.95/month.
http://geocities.yahoo.com/ps/info1

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke