*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Ulama memang boleh ditegur > > Thursday, February 28 @ 16:20:40 MYT > > > > > oleh ZULKIFLI SULONG > > Akhbar-akhbar Malaysia sangat berminat dengan > tulisan dalam ruangan From > Editorial Desk Harakah yang disiarkan dalam edisi > pada 15 - 28 Februari > lepas. > > > > Di muka depan sebuah akhbar pada 21 Februari > disiarkan satu berita yang > bertajuk "Harakah bidas ulama bersikap tidak boleh > dikritik" manakala di > dalamnya disiarkan terjemahan penuh tulisan itu. > > Dengan liputan meluas tersebut, akhbar-akhbar ini > telah membantu Harakah > menjalankan satu tugas PR yang sangat berat iaitu > memaparkan nama baik PAS > di mata dunia. > > Antara masalah besar yang dihadapi adalah persepsi > di kalangan banyak pihak > terutama yang kurang faham tentang Islam menganggap > jika PAS diamanahkan > mentadbir negara, konsep yang akan dilaksanakan > adalah negara teokrasi. > Antara ciri utamanya adalah, pemimpinnya "mad > mullah" yang tidak boleh > dikritik. > > Ada juga persepsi, ulama-ulama PAS ini dianggap oleh > ahli PAS sebagai maksum > atau tidak melakukan dosa atau kesilapan. Oleh itu, > PAS menerima konsep > ulama tidak boleh dikritik. Jika ditegur buruk > padahnya. > > Seorang peserta yang juga seorang penulis dalam > Dialog Negara Islam yang > dianjurkan oleh Harakah sedikit masa lalu bertanya, > "Andai kata PAS > memerintah negara ini, pemimpin ulama PAS menjadi > pemimpin negara, apakah > boleh saya berdiri di depan Dewan Ulama PAS dan > mengkritik mereka. Tidakkah > nanti saya akan dipenjara kerananya?" Penulis ini > adalah seorang penulis > akhbar Bahasa Inggeris dan banyak tulisannya yang > disiarkan. > > Dalam akhbar The Star, yang dimiliki oleh MCA, Wong > Chun Wai selalu menulis > tentang kepimpinan ulama PAS dan banyak memberikan > gambaran salah terhadap > PAS. Beliau terlalu berpihak kepada kepimpinan MCA > sekarang, seolah-olah > takut benar kalau Team A MCA yang ada sekarang > jatuh. > > Oleh itu, kita mengucapkan terima kasih atas laporan > meluas terhadap > pandangan Harakah itu. > > Suka ditegaskan di sini bahawa memang menjadi dasar > dan pandangan Harakah, > ulama boleh dikritik. Yang tidak boleh dikritik > adalah Nabi dan Rasul. > Harakah berpendirian begini kerana Nabi dan Rasul > adalah maksum iaitu > terpelihara dari melakukan sebarang dosa. Sunnahnya > jika diikuti akan dapat > pahala. > > Harakah tidak mengkritik Rasul sebagaimana Perdana > Menteri memperlekehkan > janggut Rasulullah dengan alasan ketika itu tidak > ada pisau gillete. > > Tetapi ulama adalah manusia biasa. Mereka terdedah > kepada kesilapan dan > kesalahan serta keterlanjuran. Oleh itu, terdedah > kepada kritikan. Apakah > salah mengkritik ulama apabila mereka membuat silap? > Tetapi kritikan itu > bukanlah bertujuan untuk mencela ulama atau > institusi ulama itu. > > Tetapi, perkara yang dibawa oleh ulama berdasarkan > ajaran Nabi yang jelas > dan disepakati oleh semua ulama tentang kesahihan > autoritinya tidak boleh > dikritik atau ditegur. Tetapi ijtihad ulama boleh > ditegur jika salah. > > Ini berdasarkan Sabda Nabi saw agama itu nasihah. > Sahabat bertanya, nasihat > untuk siapa. Baginda menjawab untuk Allah, untuk > RasulNya, untuk pemimpin > umat Islam dan orang awam. > > Seorang tokoh gerakan Islam, Abdul Kadir Audah juga > pernah menulis buku > bertajuk "Islam antara kelesuan ulama dan kejahilan > ummat". Ini adalah satu > kritikan kepada ulama. > > Kami yakin inilah sikap kepimpinan ulama PAS. Mereka > sedia menerima kritikan > hatta secara terbuka. Yang tidak boleh dikritik > adalah pemimpin Umno. Jika > mengkritik, tunggulah hasilnya. > > Khalifah Islam yang kedua Saidina Omar Al Khattab di > dalam satu majlis > mengucapkan terima kasih kepada seorang yang berdiri > dan mencabut pedangnya > dan memberi amaran kepada Saidina Omar iaitu jika > dia menyeleweng, maka > tengkok Saidina Omar akan dipenggal dengan pedang > itu. Inilah sikap pemimpin > Islam. > > Dalam satu lagi peristiwa lain, Saidina Omar telah > mencadangkan agar mas > kahwin ditetapkan had maksimanya. Tetapi pandangan > beliau itu dibantah oleh > seorang wanita. Omar menerima pandangan dari wanita > tadi. > > Ketika sebuah akhbar menyindir Harakah dengan isu > ini, dalam akhbar yang > sama dan keluaran yang sama disiarkan bagaimana > Timbalan Presiden PAS yang > juga Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Tuan Guru > Abdul Hadi Awang > menerima sendiri secara peribadi memorandum yang > dibuat oleh Kelab Wartawan > Terengganu (Kawat) yang mengkritik kepimpinan beliau > di Terengganu. > > Memorandum itu, menurut akhbar itu adalah memorandum > bantahan terhadap sikap > kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Dato' Seri > Abdul Hadi Awang yang > gemar mengecam wartawan dan pengamal media massa > ketika berucap di khalayak > umum. > > Bagi kami, ini adalah contoh yang klasik dan jelas > sikap para pemimpim ulama > PAS - sedia menerima kritikan hatta secara terbuka. > > Harakah juga berpendirian, kesediaan menerima kritik > ini adalah satu sikap > yang baik dan lambang pribadi sesaorang yang berjiwa > besar. Bukan sahaja > pemimpin biasa, ulama juga perlu bersedia menerima > kritikan. > > Sikap ini telah diamalkan oleh Harakah sejak sekian > lama. Harakah telah > mengkritik PAS dan pemimpinnya dalam pelbagai > bentuk. Harakah juga sering > dikritik dan sedia dikritik. Ia juga diamalkan oleh > ahli-ahli PAS yang > mengkritik para pemimpinnya termasuk pemimpin yang > terdiri dari ulama. > > Harakah pernah menyiarkan satu surat yang mengkritik > pedas tandas pejabat > Agung PAS yang kotor sehingga tandas itu dirobohkan > dan dibina yang baru > oleh Pejabat Agung PAS. > > Kesemuanya dengan niat baik dan inilah sepatutnya > diamalkan oleh sebuah > media. Menjadi mata, telinga dan tangan pembaca. > Dalam hal ini, ahli PAS > adalah sasaran Harakah. > > Akhbar berkenaan dan lain-lain media juga menyindir > dengan berkata ianya > disiarkan dalam English kerana ia ditujukan kepada > orang bukan Islam. Ya > memang kita menujukan tulisan ini kepada orang yang > boleh berbahasa Inggeris > termasuk orang bukan Islam ini. Ini kerana, > merekalah yang banyak terdedah > kepada salah faham terhadap kepimpinan ulama PAS > sebagaimana yang disebut di > awal tulisan ini. > > Gambaran salah tentang Islam ini jarang disiarkan > dalam bahasa Malaysia > kerana sekurang-kurangnya penulis itu ada asas agama > dan tahu sempadannya. > Tetapi, medan serangan utama terhadap Islam adalah > dalam akhbar berbahasa > Inggeris. > > Harakah juga sedia menerima sebarang kritikan > tentang pendiriannya ini > termasuk dari para pemimpin PAS sendiri dan bersedia > membetulkan sikap ini > pada bila-bila masa jika kritikan itu betul. > > [Penulis adalah Ketua Pengarang Harakah] > > >
===== ANYTIME...ANYWHERE...ANYNEWS... __________________________________________________ Do You Yahoo!? Yahoo! Greetings - Send FREE e-cards for every occasion! http://greetings.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>