Note: forwarded message attached.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail
http://personal.mail.yahoo.com/





---

File has not been scanned 

Checked by AVG anti-virus system (http://www.grisoft.com).
Version: 6.0.252 / Virus Database: 125 - Release Date: 5/9/01



>>

>>Ambil peluang ketika mampu untuk bersedekah
>>
>>
>>RASULULLAH saw menasihatkan wanita supaya membanyakkan bersedekah
>>dan
>>beristighfar membersihkan diri serta menjauhi perkara yang buruk.
>>
>>Seperti ditegaskan di dalam hadisnya daripada Jabar bin Abdullah
>>ra,
>>katanya: "Aku telah hadir bersama-sama Rasulullah mengerjakan
>>sembahyang
>>pada hari raya. (Setelah bersembahyang dan berkhutbah), baginda
>>kemudian
>>pergi (ke barisan belakang) sehingga sampai ke tempat kaum
>>perempuan, lalu
>>Baginda menasihati dan mengingatkan mereka, serta Baginda
>>(menggalakkan
>>bersedekah), sabdanya: Bersedekahlah kamu kerana sesungguhnya
>>kebanyakan
>>kamu menjadi kayu bakaran api neraka."
>>
>>Pada saat itu, seorang perempuan yang berkedut kedua-dua pipinya
>>bangun lalu
>>bertanya: "Mengapa (kami dimurkai Allah seberat itu) ya
>>Rasulullah?"
>>
>>Baginda menjawab: "Kerana kamu selalu saja mengadu (tidak cukup
>>nafkah) dan
>>kamu pula tidak mengenang budi suami (sedikit pun)."
>>
>>Jabar ra berkata: "Kaum perempuan itu pun tampil bersedekah
>>daripada barang
>>perhiasan badan mereka. Mereka meletakkan pada baju Balal; subang
>>dan
>>anting-anting serta cincin mereka." (Hadis sahih riwayat Muslim)
>>
>>Segolongan daripada perempuan yang menyedari hakikat ini
>>serta-merta
>>berkorban dengan rela hati menanggalkan perhiasan di badan mereka
>>untuk
>>dijadikan sedekah kerana takut akan azab yang dijanjikan oleh Allah
>>swt
>>seperti mana firman-Nya yang bermaksud: "(Iaitu) pada hari dibakar
>>emas
>>perak (dan harta benda) itu di dalam neraka jahanam, lalu diselar
>>dengannya
>>dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil
>>dikatakan
>>kepada mereka): Inilah apa yang kamu simpan itu." (Surah al-Taubah,
>>ayat 35)
>>
>>Islam melarang sama ada lelaki mahupun perempuan mengeluarkan kata
>>keji,
>>kesat, sumpah seranah dan seumpamanya. Dalam hadis berkenaan,
>>perempuan
>>dalam tindak-tanduknya lebih menurut perasaan daripada menggunakan
>>akalnya.
>>
>>Perempuan juga selalu mengadu kononnya tidak cukup nafkah dan mudah
>>terpengaruh dengan kebendaan yang didapati oleh orang lain. Ada
>>juga
>>perempuan yang suka membebankan suami di luar kemampuannya untuk
>>mendapat
>>kepuasan apa yang dihajati.
>>
>>Jika tidak dituruti atau tidak menyenangkan hatinya, timbullah kata
>>yang
>>buruk daripadanya seperti mana ditegaskan dalam hadis Nabi yang
>>bermaksud:
>>"... kalau engkau berbuat baik sepanjang hayatmu (sekali pun)
>>kepada salah
>>seorang daripada mereka (isteri-isterimu), kemudian ia melihat
>>sesuatu
>>perkara kecil (yang tidak menyenangkan hatinya) daripadamu, ia akan
>>terus
>>berkata (dengan marahnya): Aku tidak pernah melihat sebarang
>>perkara yang
>>baik daripada kamu." (Hadis sahih riwayat Bukhari)
>>
>>Seperti yang kita ketahui, wanita mempunyai sembilan nafsu dan satu
>>akal,
>>dengan nafsunya yang banyak itu pula mudah mendorong mereka untuk
>>melakukan
>>keburukan, mudah memperdaya dan diperdayakan dengan tutur kata,
>>pakaian dan
>>pelbagai lagi bentuk kebendaan.
>>
>>Lelaki juga dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati agar jangan
>>terperangkap dengan pujuk rayu perempuan yang bertujuan buruk
>>kerana
>>perempuan juga mempunyai kesan pengaruhnya yang kuat terhadap
>>lelaki,
>>seperti mana sabda Nabi saw: "Dan selain dari itu, aku tidak
>>melihat
>>golongan yang kurang akal dan kurang pula (amal) agamanya serta
>>besar pula
>>pengaruhnya kepada orang lelaki yang bijak bestari (sekalipun)
>>selain
>>daripada kamu." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Ibnu Majah)
>>
>>Daripada Abu Hurairah ra, katanya, Rasulullah saw bersabda yang
>>bermaksud:
>>"Hendaklah kamu menasihati tentang perkara kebaikan kepada kaum
>>wanita
>>kerana sesungguhnya wanita dijadikan daripada tulang rusuk dan
>>sebengkok-bengkok tulang rusuk ialah yang paling atas, jika kamu
>>membetulkannya dengan kekerasan nescaya ia akan patah, jika
>>ditinggalkan
>>(dibiarkan tanpa nasihat) nescaya kekal ia dalam keadaan bengkok,
>>maka
>>nasihatilah mereka dengan penuh kesabaran dan lemah lembut." (Hadis
>>riwayat
>>Bukhari dan Muslim)
>>
>>Kita juga ketahui lelaki mempunyai sembilan akal dan satu nafsu,
>>dengan
>>akalnya yang banyak itulah sepatutnya memimpin wanita dengan
>>mengambil
>>kesempatan untuk menasihati, menegur daripada menyeleweng dalam
>>keadaannya
>>yang sedia bengkok.
>>
>>Hanya mereka yang bersedia menerima teguran menurut ajaran al-Quran
>>(al-Rahman) yang dapat menggunakan akal fikiran mereka.
>>
>>Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang
>>berkesan
>>dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang
>>yang
>>sedia menurut ajaran al-Quran serta ia takut (melanggar perintah
>>Allah)
>>al-Rahman semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat
>>azab
>>Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang menggembirakan dengan
>>keampunan dan pahala yang mulia." (Surah Yaasin, ayat 11)
>>
>>Bagi mereka yang tidak mempunyai persediaan untuk menerima hakikat
>>ini,
>>mereka akan menyangkal dengan keras dan berbagai-bagai alasan untuk
>>mengelakkan diri.
>>
>>Allah berfirman yang bermaksud: "Dan (dengan sebab itu) sama saja
>>kepada
>>mereka, sama ada engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran
>>kepadanya.
>>Mereka tidak akan beriman." (Surah Yaasin, ayat 10)
>>
>>Rasulullah saw adalah pembawa utusan Allah berita gembira dan
>>amaran untuk
>>sekelian umat Islam. Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya
>>engkau
>>(wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-Rasul yang telah
>>diutus
>>yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam)." (Surah Yaasin,
>>ayat 2
>>dan 3)
>>
>>Ambillah kesempatan ketika badan masih sihat serta harta yang
>>banyak itu
>>untuk dijadikan amal ibadat kerana pada akhir zaman nanti, manusia
>>akan
>>mengalami zaman yang serba mewah sehinggakan sedekah mereka yang
>>berupa emas
>>dan perak tidak lagi dipandang orang miskin.
>>
>>Ini ditegaskan dalam sebuah hadis Nabi yang bermaksud: "Akan datang
>>kepada
>>umat manusia; satu zaman (yang serba mewah). Pada zaman itu, orang
>>yang
>>hendak bersedekah (walau dengan emas sekalipun), akan membawa
>>sedekah emas
>>itu ke sana ke mari tetapi ia tidak mendapat seorang pun yang mahu
>>menerimanya." (Hadis sahih riwayat Bukhari)
>>
>>Alangkah kecewa dan hinanya sedekah yang sedemikian tidak diterima
>>oleh
>>sesiapa pun. Kuasa Allah swt menghalang setiap hati manusia
>>daripada
>>menerima pemberian mereka kerana zaman itu pintu taubat telah
>>tertutup.
>>
>>Melakukan hubungan baik sesama manusia dengan bersedekah dan
>>lain-lainnya
>>adalah sebahagian daripada kesempurnaan ibadat harian terhadap
>>Allah swt.
>>
>>Janganlah jadikan kemewahan serta kesenangan hidup seseorang itu
>>sekatan
>>daripada memandang keburukan di hadapan mereka, seperti mana Allah
>>berfirman
>>yang bermaksud: "Dan kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka
>>kepada harta
>>benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka
>>daripada
>>memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di
>>hadapan
>>mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan
>>azab siksa
>>yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). Lalu kami menutup
>>pandangan
>>mereka; maka dengan itu mereka tidak dapat melihat (jalan yang
>>benar)."
>>(Surah Yaasin, ayat 9)
>>
>




Kirim email ke