BERITA
MALAYSIA
November 09 , 1999 15:15PM
|
GURU DIINGATKAN TUNAI
TANGGUNGJAWAB DENGAN DEDIKASI |
|
PENDANG, 9 Nov (Bernama) -- Yang Di-Pertua
Negeri Melaka Tun Syed Ahmad Shahabuddin hari ini mengingatkan para
guru dan pendidik supaya melaksanakan tugas mereka dengan penuh
dedikasi dan bertanggungjawab.
Beliau berkata
mereka mesti mempamerkan contoh yang baik untuk diteladani anak-anak
dan para pelajar.
Para pendidik juga harus melaksanakan
tugas mereka dengan jujur dan amanah, katanya semasa berucap
merasmikan Hari Anugerah Cemerlang dan Anugerah Jasa, Sekolah
Kebangsaan Kampung Rambai, dekat sini.
Beliau berkata bagi
melahirkan generasi pelajar yang cemerlang, ibu bapa, guru dan
masyarakat setempat mesti bersedia menggembleng tenaga dan
bermuafakat dalam mendidik dan mencorakkan mereka.
Syed
Ahmad juga mengingatkan para pelajar agar tidak mengabaikan aspek
kerohanian di samping mengejar kecemerlangan akedemik.
Syed
Ahmad dan isterinya Toh Puan Norfuzah Syeikh Mohd Osman kemudian
menyampaikan hadiah kepada para pelajar cemerlang dan tokoh guru
sekolah berkenaan.
Presiden Pas Datuk Fadzil Noor turut
hadir di majlis itu atas kedudukannya sebagai anggota dewan undangan
negeri kawasan Bukit Raya.
Tun Syed Ahmad sebelum ini pernah
menjadi Menteri Besar Kedah.
-- BERNAMA
| |
|
blue.gif