Gerakan Islam di Persimpangan
Mujahid Haji Yusof Rawa
(Artikel ini ditulis ketika berada di Peshawar semasa mengetuai misi bantuan kemanusian PAS bagi pelarian Afghanistan)
Mujahid Haji Yusof Rawa
(Artikel ini ditulis ketika berada di Peshawar semasa mengetuai misi bantuan kemanusian PAS bagi pelarian Afghanistan)
Belum pernah dalam sejarah pertembungan Barat dengan Islam pada alaf baru
ini berlaku satu gerakan ketenteraan Barat yang secara terang terangan mendakwa
tindakan mereka ialah satu ‘crusade’ (perang salib). Belum pernah juga dalam
sejarah kepimpinan sekular umat Islam, pemimpin pemimpin Islam di negara Islam
menyatakan sokongan secara terbuka kepada polisi Amerika dan Barat terhadap
nasib umat Islam. Semua ini dilakukan atas nama ‘membenteras keganasan dan
gerakan militan’ yang didakwa oleh Amerika dilakukan oleh pertubuhan pertubuhan
Islam yang bertujuan untuk menghancurkan kepentingan Amerika di dunia.
Seruan
‘suci’ Amerika ini disambut oleh pemimpin pemimpin sekular negara Islam yang
secara kebetulan atau tidak mendakwa negara mereka juga diancam oleh gerakan
militan dan keganasan ‘untuk menggulingkan kerajaan yang ada sekarang dengan
pertumpahan darah. Kempen Amerika terhadap keganasan telah menjadi kempen
sedunia dan tidak pernah juga dalam sejarah interpol berlaku satu hubung-jalin
yang begitu mantap sehinggakan tidak ada mana mana kumpulan Islam yang didakwa
mengamalkan keganasan pasti ada hubung kaitnya antara satu sama lain.
Untuk
memulakan kempen keganasan ini , Amerika perlu ada sebab dan perlu ada seseorang
untuk didakwa. Untuk tujuan itu Osama dan Al Qaeda menjadi pilihan terbaik
Amerika sebagai bahan kempennya. Kebetulan pula Afghanistan di bawah kerajaan
Taliban melindungi Osama maka kerajaan Taliban juga dijadikan sasaran untuk
memenuhi tujuan peperangan Amerika ke atas Afghanistan. Pakistan pula diheret
dalam kancah peperangan ini apabila India mendakwa serangan ke atas Parlimen
India pada 3 Oktober tahun lalu dilakukan oleh gerakan militan Islam Pakistan
yang didakwanya didalangi oleh Perisikan Pakistan. India juga mendakwa Perisikan
Pakistan bertanggungjawab terhadap serangan serangan di Kashmir yang menjadi
rebutan antara India dan Pakistan melalui kumpulan militan di sana. Kedudukan
berjaga jaga sepenuhnya (full alert) di sempadan kedua buah negara tersebut
menimbulkan lagi suasana tegang , apatah lagi kedua kedua negara tersebut masing
masing memiliki senjata nuklear. Benua Indo-Pak dan Asia Tengah menjadi medan
ketegangan dan pertaruhan Amerika yang besar satelah Timur Tengah.
Palestine yang menjadi tumpuan isu dunia tidak menunjukkan tanda tanda lebih
baik, bahkan rejim Zionis di Israel mengambil kesempatan ini untuk menumpaskan
habis habisan gerakan gerakan militan dan gerakan sederhana PLO pimpinan Yasser
Arafat yang diiktirafi oleh Israel. Iraq pula terus diancam kerana termasuk
dalam senarai negara yang menjadi penaja kepada keganasan.
Di Asia
Tenggara pula Filipina mendapat nama di dada dada akhbar kerana aktiviti Abu
Sayyaf yang turut didakwa mempunyai hubungan dengan Al Qaeda. Begitu juga
keganasan di Ambon, Sulawesi dan Jakarta di Indonesia turut dikaitkan dengan
aktiviti militan yang ditaja oleh Osama. Malaysia pula didakwa menjadi tempat
pertemuan perancang perancang keganasan antarabangsa. Dunia dimaklumkan juga
ujudnya golongan KMM (Kumpulan Mujahidin Malaysia) yang didakwa mendapat latihan
ketenteraan di Afghanistan. Singapura pula berjaya menahan beberpa orang dari
rakyatnya dan rakyat Malaysia yang dikatakan beroperasi dibawah pengawasan Al
Qaeda di atas nama Jamaah Islamiyah (JI).
Hampir
keselurohan benua di peta dunia hari ini tidak sunyi dari menjadi salah satu
bahagian daripada kempen menentang keganasan. Gerakan Islam secara umumnya
menjadi tumpuan utama dalam kempen menentang keganasan ini. Tidak kiralah samada
tumpuan itu bersifat serangan ke atas kelangsongan (survival) gerakan Islam
ataupun tumpuan itu bersifat mempertahankan Gerakan Islam dari semua tohmahan
keganasan dan militant.
Membuat Penilaian
Satelah
melihat senario konflik dunia hari ini , seseorang penganalisa tidak dapat lari
untuk membuat satu rumusan awal yang tidak boleh diragui kesahihannya, iaitu
konflik hari ini ialah konflik antara Islam dan Barat. Walaupun dahulu konflik
ini telah ujud tetapi keujudannya hanyalah dalam bentuk perbincangan akademik
atau bersifat retorik, berbeza dengan hari ini ia telah sampai ke tahap
pertembungan ketenteraan yang membawa kepada penjajahan dan mobilisasi
ketenteraan secara besar besaran. Satu lagi rumusan awal yang semakin jelas
kesahihannya ialah tekanan Amerika ke atas pemimpin pemimpin negara Islam untuk
membuat sikap ‘sokong Amerika’ atau menerima padah bersekongkol dengan
keganasan. Hampir semua pemimpin pemimpin negara Islam memilih menjadi sekutu
Amerika. Amerika tidak berpuas hati hanya dengan menyatakan sokongan tanpa satu
tindakan yang membuktikan ‘keikhlasan’ lalu pemimpin pemimpin sekular
negara Islam pun membuat usaha besara besaran ‘crack down on terrorist
organization’ (menumpaskan organisasi teroris). Usaha pembenterasan ini diikuti
dengan ‘preventive measures’ (tindakan menyekat) melalui undang undang yang
digubal melibatkan sekatan perhimpunan politik , sekatan kelas kelas agama ,
sekatan berpersatuan dan pendidikan Islam, aktiviti serta sekatan sekatan
ekonomi keatas pertubuhan pertubuhan Islam.
Sebenarnya pemimpin pemimpin sekular negara Islam melihat perkembangan mutakhir
ini sebagai ‘rahmat’ kepada kelangsungan (survival) mereka. Kempen menumpaskan
keganasan ini memberi peluang kepada pemimpin sekular negara Islam
memperkukohkan semula kedudukan politiknya (re position) dan mereka mengambil
kesempatan ini untuk sekaligus membenteras gerakan Islam yang bekerja atas
landasn demokrasi yang mereka sendiri tahu tidak ada kena mengena dengan
keganasan. Larangan larangan yang bersifat menyekat, menyempitkan lagi ruang
bagi Gerakan Islam untuk menyampaikan risalahnya kepada orang ramai. Usaha
menentang keganasan ini juga membuka ruang bagi pemimpin sekular negara Islam
mengelirukan orang ramai untuk menampalkan identiti buruk kepada Gerakan Islam
antaranya mengaitkan secara rambang bahawa Gerakan Islam adalah kumpulan manusia
yang menaja keganasan , Gerakan Islam mengharamkan wanita dari melibatkan diri
secara aktif dalam pembinaan negara, Gerakan Islam membuka jalan bagi kuasa
asing menjajah negara , Gerakan Islam tidak mempunyai wawasan memerintah negara
dan kemuncak dari serangan ini ialah Gerakan Islam mahukan negara Islam (Islamic
State) ‘yang akan menimbulkan huru hara dalam negara.’ Bahkan kalimat ‘Islamic
State’ itu sendiri telah cukup kuat bagi Amerika dan Barat melabelkan kumpulan
kumpulan Islam tertentu sebagai ‘militan.’
Mendefinisi-semula ‘Keganasan’
Adalah
sesuatu yang tidak adil bagi mereka yang waras untuk membuat andaian umum
(generalization) kepada sesuatu isu tanpa melihat faktor faktor yang
mempengaruhi sesuatu keputusan. Antara kesilapan pemimpin sekular negara Islam
dan pemimpin pemimpin Barat (secara sengaja atau tidak) ialah mereka terlalu
cepat membuat andaian tanpa melihat isu sebenarnya (real issues) dari konflik
yang berlaku antara Barat dan Islam. Beberapa isu perlu kepada penjelasan
supaya umat Islam tidak keliru antara kebenaran dan kepentingan kuasa kuasa
besar.
1.
Global Terrorism (Kegiatan Terroris Antarabangsa)
Ia adalah satu istilah yang digunakan untuk menunjukkan aktiviti keganasan
yang mempunyai rangkaian antarabangsa guna untuk mendapat perhatian kepada
tuntutan yang mereka perjuangkan. Ia dijadikan sebagai cara untuk memberi
tekanan kepada pihak tertentu untuk berunding dan memenuhi segala permintaan
perjuangan mereka. Selalunya kegiatan ini adalah hasil dari tekanan hebat yang
dipaksa ke atas kumpulan mereka dan salah satu cara untuk menarik perhatian
kepada tuntutan golongan ini ialah melalui aktiviti terroris yang melibatkan ,
suicide bombings (meletupkan diri sendiri dan membunuh yang lain) , penculikan
atau rampasan bas ,kapalterbang dll , menembak curi tokoh tokoh tertentu sebagai
tindakan balas dendam ataupun meletupkan tempat tempat penting yang boleh
memberi kesan kepada ekonomi pihak puhak tertentu.
2.
Militancy Movement (Gerakan Militan)
Ia adalah satu gerakan yang menggunakan kekerasan sebagai cara untuk
mencapai matlamat perjuangannya. Mereka tidak meyakini demokrasi sebagai jalan
untuk memenangkan dasar perjuangannya daripada kerajaan yang tersedia ada..
Operasi mereka adalah di bawah tanah dan perancangan mereka banyak melibatkan
operasi operasi pembunuhan tokoh tokoh tertentu ataupun perancangan perancangan
yang melibatkan melumpuhkan pihak keselamatan. Sistem pengkaderan mereka agak
ketat dan syarat asas untuk menjadi ahli gerakan ialah bersedia untuk mati demi
mencapai matlamat perjuangan mereka.
3.
Independence Movement (Gerakan Kemerdekaan)
Gerakan ini bertujuan untuk membebaskan tanah air mereka dari terus dijajah
oleh kuasa asing yang merampas bumi mereka dan menghalau mereka keluar dari bumi
mereka. Selalunya gerakan ini mempunyai sayap sayap tertentu untuk mencapai
hasrat mereka , adanya sayap politik , sayap ketenteraan dan sayap hubungan
antarabangsa. Kumpulan ini ada hubungan dengan kerajaan kerajaan yang bersimpati
dengan perjuangan mereka bahkan ada sebahagian daripadanya mendapat bantuan
kewangan dll bentuk bantuan yang selalunya diberi secara tidak langsong.
4.
Sectarian Movement (Gerakan Kepuakan)
Ini pula adalah gerakan yang menjadikan fahamannya atau ideologinya sebagai
asas untuk bertindak secara ganas terhadap kumpulan lain yang tidak sebulu
dengannya. Selalunya ia mempunyai kumpulan bermusuhan yang membenci fahaman
tersebut lalu mereka berbunuhan antara satu sama lain. Segala kegiatan keganasan
diselindungi disebalik alasan mempertahankan ideologinya dari dihapuskan
Realiti Umat
Islam
Apa yang
menarik dalam semua kategori yang disebut di atas, ia tidak terbatas kepada
golongan Islam sahaja. Bahkan kategori yang disebut banyak dikaitkan dengan
golongan lain yang lebih ganas dan radikal. Rangkaian dadah antarabangsa
termasuk dalam kategori terroris antarabangsa , gerakan militant di Amerika
Latin saperti TUPAC Amaru , Sandista, Tamil Elam di Sri Lanka,IRA dll adalah
gerakan militant yang cukup kejam. Gerakan pembebasan saperti gerakan pembebasan
Kurdistan , Acheh , Selatan Sudan dll adalah juga bentuk perjuangan pembebasan.
Gerakan kepuakan yang paling ganas dalam sejarah ialah pertumpahan darah di
Ireland Utara antara Protestant dan Katolik , di Afrika antara puak puak Hutsi
dan Tutsi di Pakistan antara Syiah dan Sunni. Dalam menafsirkan keganasan ,
mengapakah hanya Islam yang dilabelkan sebagai pengganas? Mengapa kumpulan
pengganas lain tidak diperangi jika Amerika betul betul mahu menghapuskan
keganasan?
Adapun
realiti perjuangan umat Islam hari ini yang secara rambang dikaitkan dengan
keganasan dan militant perlu dilihat dalam beberapa perspektif dalam konteks
penderitaan yang dilalui oleh umat Islam hari ini.
1.
Penindasan ke atas umat Islam Palestine oleh regim Zionis sejak dahulu lagi
adalah merupakan sebab utama yang menyumbang kepada kemelut politik
antarabangsa. Sikap Amerika dan Negara Barat menyokong regim Zionis di Israel
telah menimbulkan kemarahan umat Islam sedunia kerana mereka merasakan isu
tersebut telah menunjukkan sikap double standard Amerika. Semua tindakan
keganasan Yahudi disokong oleh Amerika dan pembunuhan ke atas beribu ribu nyawa
orang Palestine yang tidak berdosa dianggap oleh Amerika sebagai tindakan
mempertahankan diri manakala nyawa seorang Yahudi yang dibunuh dianggap sebagai
tindakan pengganas. Sikap Amerika ini menyebabkan kebencian umat Islam meluap
luap.Bagi sebahagian daripada umat Islam mereka tidak ada pilihan melainkan
‘bertindak balas’ (retaliate) dengan cara yang serupa saperti yang dilakukan
oleh Zionis tetapi di luar bumi Palestine , khusunya tempat tempat strategik
Amerika. Palestine adalah isu antarabangsa yang istimewa kerana ia melibatkan
sentimen umat Islam sejagat , ia bukan isu orang Palestine tetapi ianya isu umat
Islam yang sayang kepada agamanya. Masjid AlAqsa yang menjadi tumpuan utama
serta sejarah panjang yang pahit dengan Yahudi telah melibat seluroh dunia Islam
bangkit dengan sentimen kebencian terhadap kuasa Amerika yang membajai keujudan
Negara Zionis Israel.
2.
Palestine dan Kashmir yang dijajah oleh kuasa asing telah menyebabkan umat Islam
di sana bangkit untuk memerdekakan tanahair mereka. Apakah kebangkitan ini boleh
dianggap sebagai tindakan keganasan. Bagaimanakah perundingan damai boleh
berlaku jika penjajah terus menerus meningkatkan ketenteraannya dan melakukan
penindasan ke atas bumi yang dijajah? Label keganasan serta militan yang
ditempelkan ke atas pejuang pejuang Palestine dan Kashmir adalah sesuatu yang
tidak masuk akal. Mereka hanya mahukan kebebasan bumi mereka yang dijajah.
Mengapa Amerika tidak bertindak pantas untuk memberi keadilan kepada orang
Palestine dan memaksa Regim Yahudi berpegang janji kepada Perjanjian Oslo.
Mengapa Amerika tidak memaksa India untuk menyerahkan sebahagian Kashmir yang
dipersetujui adalah sebahagian daripada Pakistan? Apabila adanya kumpulan
pembebasan Kashmir yang berasaskan Islam mahukan kebebasan , mengapa mereka
dikatakan kumpulan militan?
3.
Gerakan Islam di sebahagian tempat pula menggunakan demokrasi sebagai landasan
untuk mempengaruhi orang ramai. Gerakan ini berdaftar dan mempunyai pengaruh
yang cukup besar alam menentukan perjalanan politik negara. Contoh kepada cara
ini ialah gerakan Islam di Malaysia , Turki , Pakistan , Algeria dan Mesir.
Namun demikian cara demokrasi pun tidak sunyi dari sikap double standard Amerika
dan negara Barat. Pengalaman di Turki , Algeria menzahirkan sikap double
standard Amerika dan Barat. Walaupun kemenangan Islam dibatalkan disana oleh
campurtangan tentera , Amerika tidak memperjuangkan hak yang dimenangi oleh
golongan Islam melalui demokrasi. Amerika yang merupakan pejuang demokrasi
menjadi bisu untuk mempertahankan kemenangan golongan Islam di persada
demokrasi.
4.
Gerakan Islam di negara Islam sendiri ditindas dan disekat kebebasannya oleh
pemerintahan sekular. Undang undang digunakan untuk menyekat suara suara Islam
daripada mendapat tempat dalam masyarakat. Apabila demokrasi disempitkan untuk
membataskan suara suara Islam , Amerika tidak campurtangan. Bahkan lebih teruk
lagi Amerika menasihatkan pula negara negara ini supaya menyekat suara Islam,
jika tidak negara tersebut akan ditekan. Singapura yang banyak menyekat suara
suara pembangkang dengan undang undang yang ketat , tidak pula dicop sebagai
negara yang tidak menghormati demokrasi bahkan Singapura merupakan anak didik
Amerika untuk mengimbangi kuasanya di Asia Tenggara.
Apa yang penting dalam persimpangan ini ialah Gerakan Islam perlu terus
menerus menghadirkan dirinya dalam kelompok massa dengan program program yang
berdaya saing. Gerakan Islam tak perlu bersifat apolegetik (mengalah) seolah
olah mereka merasa bersalah dengan tuduhan tuduhan yang dilemparkan ke atas
mereka. Gerakan Islam bukan kumpulan pengganas , mereka adalah pimpinan
alternatif yang berpotensi untuk membina masa depan dunia ini kerana kekuatan
dasar yang mereka bawa. Walaupun rumusan awal menyatakan bahawa konflik hari ini
ialah pertembungan Islam dan Barat tetapi dari segi falsafahnya dan isinya ia
adalah pertembungan antara nilai Agama dengan segala sistemnya dengan nilai
Materialism dengan segala sistem yang terkandong di dalamnya. Masyarakat hanya
perlu diyakinkan siapakah diantara nilai ini yang lebih mantap untuk membina
tamadun manusia. Anggaplah segala konflik yang berlaku sebagai proses
menzahirkan yang haq dan menghapuskan yang batil. Persimpangan kali ini akan
membawa gerakan Islam kepada kedudukan yang lebih penting. Walaupun dialog
antara peradaban merupakan satu wasilah penting untuk Gerakan Islam menjelaskan
kedudukannya dengan Barat namun ia bukanlah satu satunya jalan keluar. Pada
waktu yang sama Gerakan Islam mesti bersungguh memenangi keyakinan rakyat
tempatan untuk kemudian membuktikan bahawa Gerakan Islam mampu mentadbir negara.
Adalah sesuatu yang silap bagi penggerak Islam di merata ceruk dunia menggunakan
pendekatan yang rigid tanpa melihat suasana dan reality setempat serta suasana
yang sedang dilaluinya. Palestine bukan Malaysia dan Malaysia bukan Afghanistan
begitu juga Pakistan bukan Mesir. Apatah lagi jika umat Islam berada pada
kedudukan minoriti saperti di Thailand , Filipina , Britain ,Amerika dll , satu
pendekatan lain diperlukan. Perbezaan pendekatan ini bukanlah alasan bagi
Gerakan Islam untuk memisahkan diri masing masing antara satu sama lain , ada di
sana unifaktor (factor bersama) yang perlu dipupuk dan dijana secara unifaktor
juga. Unifaktor ini adalah masing masing mahukan Islam tertegak sebagai satu
entiti yang ada‘supremacy’ (keunggulan) dalam menentukan perjalanan dan
pentadbiran kehidupan manusia. Pada tanggapan penulis unifaktor inilah yang mahu
dirobohkan oleh Amerika dan Barat. Tidak kiralah samada di Malaysia atau
Afghanistan , Pakistan atau Mesir supremacy Islam yang diperjuangkan oleh
Gerakan Islam tidak disenangi oleh Kuasa kuasa Besar dunia. Mereka mahu Islam
dipelihara oleh golongan sekular yang hanya menjadikan Islam sebagai ‘agama
resmi’ yang tiada supremacy dalam menentukan keputusan negara. Persimpangan kali
ini agak rumit tetapi menjanjikan masadepan yang baik kerana hanya dengan
penyerlahan pertembungan ini sahaja yang akan membuka mata dunia tentang
kehebatan Gerakan Islam. Di Amerika dan Britain sendiri minat rakyat mereka
terhadap Islam semakin meningkat. ‘Blessing in disguise’ (rahmat disebalik
penderitaan sesuatu) adalah lumrah mana mana perjuangan , lagipun Gerakan
Islam beriman dengan firman Allah “…moga moga apa yang kamu tidak suka
ianya baik untuk kamu , dan moga moga apa yang kamu suka (kemenangan yang mudah)
ianya buruk bagi kamu , Allah mengetahuinya (ketika ia menjadikan semua ujian
ini) sedangkan kamu tidak memahaminya (kamu terlalu gopoh)”
Mujahid Haji Yusof Rawa
(Artikel ini ditulis ketika berada di Peshawar semasa mengetuai misi
bantuan kemanusian PAS bagi pelarian Afghanistan)