Habibie sudah buat, Bila pulak Mahathir???

BERITA MALAYSIA


October 12 , 1999 18:25PM

 

HABIBIE PENGERUSIKAN MESYUARAT KABINET TERAKHIR

 

JAKARTA, 12 Okt (Bernama) -- Presiden B.J. Habibie hari ini mempengerusikan mesyuarat Kabinet terakhirnya sebelum ia dibubarkan Khamisini bagi memberi laluan kepada pemilihan presiden baru di Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) pada 20 Okt.
Mesyuarat satu setengah jam yang bermula pada pukul 11 pagi itu diadakan di Dewan Utama, Bangunan Sekretariat Republik Indonesia di kawasanIstana Merdeka di sini.

Tugas terakhir beliau sebagai presiden ialah menyampaikan "Ucapan Bertanggungjawaban" yang menggariskan pelbagai langkah dan tindakan yangdiambil beliau untuk pembangunan negara selama memegang jawatan itu.

Habibie, 64, mengambilalih jawatan presiden daripada Suharto, 78, pada 21 Mei tahun lalu berikutan tunjuk perasaan awam dan penuntut universiti secara besar-besaran yang mahukan pemerintahan Suharto selama 32 ditamatkan semasa kemuncak krisis ekonomi yang melanda wilayah dan negara itu.

Sejurus selepas dilantik, Habibie membariskan 37 tokoh terkemuka negara untuk menyertai Kabinetnya yang beliau sebut "Kabinet Reformasi", sesuaidengan tuntutan perubahan dalam pelbagai bidang negara ini.

Bagaimanapun pada Mei tahun ini, dua daripada anggota Kabinetnya yang terdiri daripada ketua parti berasingan terpaksa melepaskan jawatan untuk berkempen pada pilihan raya 7 Jun lalu.

Peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia tidak membenarkan seseorang anggota Kabinet berkempen dalam pilihan raya.

Lima lagi anggota Kabinet memilih untuk meninggalkan jawatan mereka baru-baru ini kerana dilantik menjadi anggota MPR.

Satu kejayaan besar Habibie, seorang jurutera kapalterbang lulusan Jerman, ialah memperkenalkan bentuk baru demokrasi di Indonesia melalui pilihan raya paling terbuka dalam sejarah negara ini pada 7 Jun lalu, dan menjamin kebebasan akhbar.

Beliau akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan jawatan presiden di MPR mewakili Parti Golkar.

Dua tokoh lain yang dijangka kuat menentang beliau ialah Megawati Sukarnoputri, Ketua Partai Demokratik Indonesia-Perjuangan, PDI-P dan pemimpin persatuan Islam terbesar Indonesia, Nahdatul Ulama, NU, Abddurrahman Wahid atau Gus Dur, yang dicalonkan oleh kumpulan politik yang menamakan diri mereka sebagai "Poros Tengah".

-- BERNAMA

blue.gif

bernamasmall.gif

Kirim email ke