*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Dapat dari pandangan Muslimat Net. Hebat juga muslimat net ni ya. Ingatkan asyik bersembang pasal masak je memanjang, pasal bersolek, pasal fesyen. boleh kira ilmiah jugalah pendangan di bawah ini. Syabas! Kepada orang muslamt net yang ada kat sini, polygyny tu ape? poligami ke? -----Original Message----- From: SALWANI Sent: 25 September 1999 09:08 To: 'faridah Cc: 'Mukminat Net'; '[EMAIL PROTECTED]' Subject: RE: H-Muslimat-Net* FW: H-Net* Habis madu, sepah dibuang - Pandan gan sinis dalam kehidupan POLIGAMI. Ternganga kak wani sekejap. tinggal serumah? tak pe lagi. Tinggal sebilik? Ish-ish-ish. tak de privacynya. Sedangkan rasulullah ada 9 isteri at the same timepun, koman-koman pun rumah asing-asing. Itu menunjukkan the husband is financially not ready for it. bukan apa perasaan isteri akan terguris bila suami berkahwin lain. lebih remuk bila merenyam depan kita. hati mana yang tak cemburu bila suami beromen depan kita ngan orang lain? hati batukah azz itu? dia juga ada perasaan. lebih-lebih lagi perasaan seorang wanita - sensitif. the husband should know. janganlah buat rumah tu macam harem pulak. ini yang membuatkan polygyny ditentang oleh kaum wanita. lelaki tidak sepatutnya bersikap bodoh-sombong begitu. ini memberikan bad impression kepada polygyny dan Islam sendiri. Polygyny is nothing wrong kalau diikuti dengan betul, tapi bila penyelewengan begini, orang takut untuk involve. maka terjadilah isteri minta cerai disebabkan suami nak jugak berkahwin satu lagi. which orang kata bergegar arasy bila isteri mintak cerai. tapi contoh-contoh yang tidak baik dari amalan berpoligyny menyebabkan orang takut. dah tak kisah dah bergegar arasy asalkan tak dianiaya selepas suami kahwin lagi. dah lupa dah niat nak jadi isteri solehah, asalkan jangan kena aniaya dan hidup menderita makan hati berulam jantung pisang macam sipolan-sipolan. Kengkadang kena fikir gak. Kita ni bersyukur dapat kahwin. Muka tak lawapun ada gak orang nak kahwin ngan kita. Atau kita ni Alhamdulillah Allah bagi rupa paras kita cantik, ramai orang tergila-gilakan kita. Dah anak tiga pun ada gak orang bagi notes 'I love you'. Jodoh, pertemuan, ajal, maut semuanya anugerah Allah. Allah tak bagi nyawa tak bernafaslah kita. Allah tak bagi jodoh, lawa macam manapun, baik macamanapun tak kahwinlah kita. Bukan sedikit orang yang kita jumpa, baik, lawa tapi tak kahwin-kahwin. Jodoh yang ada sekarangpun selagi kita belum mati, kita tak tahu jugak sampai kemana. Nauzubillah, mintak dijauhkan, tapi kalau Allah dah tulis, katakan umur suami kita sampai sekian-sekian saja, tak berdaya kita nak tolak ketentuan Allah. Kalau Allah dah kata selepas dari itu, setahun atau dua, Allah dah tulis kita ni kahwin lagi dan jadi isteri nombor tiga, kita tak dapat nak kata nehi he babuji. Bersangka baiklah dengan polygyny...... -----Original Message----- From: faridah Sent: 24 September 1999 19:18 To: SALWANI Cc: 'Mukminat Net'; '[EMAIL PROTECTED]' Subject: RE: H-Muslimat-Net* FW: H-Net* Habis madu, sepah dibuang - Pandan gan sinis dalam kehi dupan POLIGAMI. ^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^ Terpanggil saya untuk menulis bab poligami....bukan sebab diri terkena (minta dijauhkan sebab saya tak tabah)..tapi mengenang kan kisah seorang saudara suami saya..kisah benar ni.. Minggu yang sudah saya ke majlis perkahwinan saudara suami saya, oleh kerana kakak saya baru balik dari Aust pagi tu jadi kami lambat sikit kekenduri tersebut lebih kurang pukul 4.00petang.. ikutkan kalau pergi rumah sedara tak boleh lambat nanti mak mertua saya bising....tapi apa nak buat..walau bagaimanapun ada hikmah nya tu..... Masa saya sedang berbual-bual dengan sedara mara, that time jemputan dah tak ada sangat yang tinggal cuma sedara-mara saja...tetiba ada seorang budak lelaki menjerit pada kami..mama...mama..papa datang dengan auntie June dan auntie..(lupa namanya)...kami semua menoleh pada budak tu rupanya budak tu adalah anak Azz (nenek Azz ni buyut (moyang) suami saya)...Azz pun terus bangun pergi luar....saya ni bertanya pada sedara( yang jadi best friend) saya..siapa tu? Rupanya suami Azz tu yang datang bersama madunya dan bersama bakal isteri ketiga nya...masaallah....tercopong saya dengar sebab katanya suaminya akan kawin kali ketiga sekiranya suami girl griendnya tu meninggal(?)...apa ni? Hebat betul suaminya tu sebab berani bawa bakal isteri ketiga kerumah sedara mak mertuanya... Sedara saya tu kata....Azz dan June duduk serumah dan berkongsi bilik...terkedu saya mendengar..katanya si suami menyediakan sebuah bilik khas.(.asalnya bilik Azz) siapa punya turn that night dia masuk bilik tu lah...kalau Azz punya turn dia akan masuk bilik tu...begitu juga sebaliknya....perasaan? Hanya Azz dan June saja yang boleh menjawab....both wife ni berkerja . Pertanyaan saya 1) Adil kah suami itu? 2) Zalim kah dia? 3) Anak-anak yang sedang membesar anak Azz 3, yang sulung 7,yang kedua 5 yang ketiga 4.....June belum ada anak.Bagaimana nak terangkan pada anak-anak keadaan tersebut..menurut kata Azz, June kalau nak bermanja tak kira tempat...Azz dan anak-anak ada depan pun dia tak kira. 4) Adakah dia disanjung kerana berjaya menawan hati 3 orang perempuan.... Entahlah wallahhualam....... From: SALWANI > > > Kebanyakan lelaki teringin nak mengamalkan poligami. Kebanyakan isteri pertama terlalu fobia dengan perkataan poligami. Kahwinlah dulu, masa tu kita akan rasa takut pada perkataan bermadu. Semasa masih anak dara, kita masih tak terfikir dan tak ambil kisah tentang perkara tu. > > Cemburu. Siapa yang tak cemburu kalau orang tersayang juga menyayangi orang lain. Pernah seorang lelaki berkata kalau perempuan boleh kahwin dua, aku rasa tak ada lelaki yang akan hidup lagi, semua lelaki dah kena bunuh dek lalaki lain dek kerana cemburu. > > Seperti yang kak wani katakan kaum lelaki ni nafsunya terlalu kuat. Kerana itu mereka sentiasa terfikir untuk berkahwin lebih dari satu. Tapi kelemahan diri tidak ditilik terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan menyebabkan isteri pertama tersiksa. > > 1. Kelemahan dari segi perasaan. Tak dapat menyintai dua wanita secara adil. Sama-sama sayang, sama-sama rindu terhadap kedua-dua isteri. Sentiasa teringat-ingat pada kedua-duanya. Syarat ini sudah mustahil untuk dipenuhi oleh kaum adam. Adil dari segi kasih-sayang > > 2. Kelemahan syahwat. Prestasi dah kurang, tapi ingin menjaga ego untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa dia masih gagah. Ramai orang berkata Life begin at 40. Tapi sebenarnya kajian menunjukkan prestasi menurun bila berumur 40 tahun. Perasaan rendah diri mula timbul kerana kelemahan tersebut. Tapi tak nak kalah. Kena tunjuk hero jugak. > > 3. Kelemahan pertimbangan. Tidak dapat berfikir secara rasional bila cuba dipengaruhi terutama bila digoda. Mudah mengambil nasihat orang yang banyak memujuk dari orang yang dah tak kuasa nak bersuara. Bila isteri muda kata, bang rumah ayang ni tak ada fridge, belilah fridge baru. biarlah yang besar punya, tahan lama sikit. tak nak yang macam rumah kakak tu bila barang banyak sikit dah tak muat. cair! sebab isteri tu senyum-senyum je bila meminta. > > 4. Kelamahan kewangan. tak tahu nak kata apa lagi. semua orang tahu kalau gaji kat KL ni setakat <1500.00 tok sah mimpi le nak kahwin dua. nanti kang miss soru lak. > > Walau bagaimanapun kak wani ingat pernah baca tulisan seorang muslimat dari US(dah hilang urlnya) yang pada awal suaminya menyatakan hasrat untuk berpolygyny, dia merasa terlalu sedih dan depressed (kerana cemburu?). Sehinggalah ketika suami berkahwin untuk kali yang ketiga barulah dia dapat menerima kenyataan tentang polygyny. Tentang nothing harm about it. Barulah dia kenal isteri kedua suaminya, kemudian menyusul dia mengenali isteri ketiga suaminya. dan sekarang she is not against polygyny. > > pada pandangan kak wani, sebelum suami menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi, mulai dari sekarang, cuba kita debatekan dengan diri kita dulu, adakah suami kita mampu dan dapat menangani keempat-empat faktor tersebut. Sediakan segala hujjah dengan suami kita. Kemudian bawa berbincang dengan dia. Tanya dia adakah dia mampu dan sebagainya. Benda ni bukan apa, saja untuk prevent dia dari melakukan kesilapan. Sayang suami bermakna kitapun kena berusaha untuk hindarkan dia dari api neraka. Kalau dia rasa dia mampu untuk berlaku adil dari keempat-empat sudut tu, kita berlapanglah dada mulai sekarang. But frankly speeking I've told my husband, dia akan menjadi orang yang zalim kalau dia berkahwin satu lagi. I've told him I rasa dia tak mampu. He agreed. Tapi kita tak tahu hati budi manusia......... > > > > > > > > > -----Original Message----- > From: MD. KHALID, Zurim > Sent: 24 September 1999 09:35 > To: SALWANI > Subject: RE: H-Muslimat-Net* FW: H-Net* Habis madu, sepah dibuang - > Pandan gan sinis dalam kehi dupan POLIGAMI. > > > kak wani, apa pendapat? > __________________________________________________ Do You Yahoo!? Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>