*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Mungkin para netters sudah membeli buku karya Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi 
bertajuk “Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam Yang Kita Idamkan”.  Di dalamnya 
ada huraian dan penjelasan yang pada pendapat saya mudah difahami, iaitu 
mengenai hudud dan murtad.  Walaupun belum habis membacanya lagi, sedikit 
sebanyak kekeliruan itu akhirnya berjaya terjawab. Di sini saya ada beberapa 
cadangan kepada para netters yang lebih berilmu untuk membantu saya dalam 
beberapa perkara yang masih samar dalam diri saya.

1. Mengenai kenyataan Mahathir tentang hudud dan murtad dalam satu 
persidangan baru-baru ini, saya berharap agar ada di kalangan netters yang 
boleh menghuraikan satu persatu apa yang dinyatakan oleh mahathir serta 
maksud kenyataan yang dikatakan boleh menyesatkan berdasarkan kepada rujukan 
daripada penulisan ulamak-ulamak muktabar.   Ini perlu kerana tanpa rujukan, 
kita seolah-olah mengeluarkan kenyataan bersifat peribadi daripada akal dan 
emosi apatah lagi kita masih belum layak dari segi ilmu untuk mengeluarkan 
kenyataan tertentu. Mungkin buku karya Prof. Dr Yusof Al-Qardhawi ini dapat 
membantu.
2. Selain daripada buku2  karya Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi,  saya ingin 
tahu siapakah ulamak-ulamak tersohor pada hari ini yang di mana hasil 
penulisannya menjadi bahan rujukan di seluruh dunia Islam.  Boleh tak 
sertakan tajuk buku-buku tersebut dan sebolehnya biarlah yang sudah 
diterjemahkan.

Di sini saya sertakan beberapa isi kandungan mengenai buku tersebut kepada 
netters yang masih belum membelinya.

Tajuk buku : Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam Yang Kita Idamkan.
Penterjemah:Ustaz Mohammad Zaini Yahaya (B.A(Hons) Syariah, al-Azhar, 
M.A(S.P.I. UKM))Didoakan agar Allah sentiasa membantu usaha ustaz dalam 
bidang penterjemahan ini.
Terdapat 11 ciri kesemuanya.
Ciri ke-8: Pensyariatan dan Perundangan.
i. Kepentingan Pensyariatan Rabbani kepada Masyarakat
ii. Pensyariatan Islam tidak Terbatas Kepada Hudud
iii. Keprihatinan Islam dalam Merahsia dan Memaafkan hudud
iv. Menggugurkan Hukuman Hudud Apabila Wujudnya Keraguan
v. Masyarakat Islam Tidak semata-mata Ditegakkan Berdasarkan Perundangan 
Sahaja
vi. Masyarakat Islam Berhak Berhukum Dengan Syariat Allah
vii. Melaksanakan Perundangan Islam  Membuktikan Ketulenan dan Kejatian 
Kita.
viii. Syariat Menurut Maknanya Yang Luas Tidak Terbatas Kepada mana-mana 
mazhab
ix. Keperluan Kepada Ijtihad Semasa Yang Tepat
x. Islam Bukanlah Ajaran Yang Rapuh
xi. Sunnah Tadarruj ( Berperingkat-peringkat)
xii. Syariat Tidak Akan Dilaksanakan Melainkan Oleh Orang Yang berkeyakinan 
dengannya
xiii. Syariat juga untuk rakyat sepertimana untuk pemerintah

Wassalam.

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "azri s.b" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke