HUJAH PAK LAH HANYA LAYAK UNTUK PENGAMPU UMNO SAJA!

Alasan Menteri Dalam Negeri, Abdullah Ahmad Badawi bagi menghadkan bilangan penerbitan Harakah daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan jelas memperbodohkan rakyat, berniat jahat dan mempunyai kepentingan politik yang tebal. Rasional yang dikemukakanya hanya dapat diterima oleh pengampu-pengampu dalam Umno sahaja.

Soal Umno sendiri akan menerbitkan lidah rasminya dua kali sebulan adalah hal Umno sendiri, tidak ada kaitan langsung dengan permohonan PAS untuk memperbaharui permit penerbitan Harakah. Mengapa Umno tak terbitkan surat beritanya secara harian? Jawapannya, kalau buat secara bulanan, atau tahunan sekalipun tak ada orang yang nak beli. Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dan Berita Harian pun sudah tidak laku di pasaran. Pembaca naik muka dengan berita-berita propaganda yang memualkan itu.

Majalah hiburan pun diterbitkan seminggu sekali. Cuba anda perhatikan di pasaran, lihat saja majalah mingguan Hai (terbitan Utusan Melayu), Media Hiburan (terbitan Karangkraf). Majalah seperti URTV pun dikeluarkan dua kali sebulan, sama seperti Harakah. Manakala banyak lagi akhbar hiburan yang diterbitkan secara mingguan seperti Warta Perdana, sementara ada juga akhbar hiburan yang diterbitkan dua kali seminggu, misalnya Bacaria.

Pembaca Harakah yang jumlahnya mencapai jutaan orang itu tidak boleh duduk diam. Mereka tidak boleh membatu begitu saja. Sewaktu Harakah mula diterbitkan dulu pun permitnya diberikan seminggu sekali. Sekarang, selepas PAS menguasai dua negeri, ahli parlimennya bertambah dari seorang (sewaktu Harakah mula diterbitkan) kini sudah 27 Ahli Dewan Rakyat dan Empat Ahli Dewan Negara.

Sepatutnya dengan suasana pengaruh PAS semasa, parti itu diberi keizinan untuk menerbitkan akhbarnya secara harian. Tapi si mahazalim Pak Lah sudah bertindak menjadikannya akhbar dua kali sebulan, kekerapan yang langsung tidak logik untuk dipadakan dengan akhbar yang mengutamakan laporan berita dan perkembangan semasa.

Semakin jelas kebiadapan Pak Lah bila beliau berkata, "Kalau ia bertujuan politik, kita tidak akan membenarkan Harakah mengeluarkan lidah rasmi langsung."

Apa bentuk dan jenis politik yang dipakai Pak Lah ni? Hanya kerana perbedaan politik, seluruh jentera dan pentadbiran kerajaan harus tunduk kepada kemahuan dan kebuasan pemimpin atasan Umno. Di mana nilai demokrasi yang membenarkan perbedaan pendapat dan perselisihan pandangan?

Rupanya tindakan Harakah mengikut apa saja arahan dan perintah KDN selama ini tidak lagi memuaskan hati Pak Lah. Mereka mahu melenyek Harakah selumat mungkin. Bayangkan, kalau majalah DETIK, yang didokong segelintir individu pun masih tidak diberikan permit selepas tiga bulan digantung, inikan pula Harakah yang mempunyai edaran dan pengaruh yang hebat.

Bila KDN hadkan edaran Harakah kepada ahli PAS saja, Harakah ikut. Bila KDN minta Harakah dijual atas rak yang tersendiri, Harakah ikut. Bila KDN minta berita muka depan Harakah mesti berkaitan dengan PAS, Harakah ikut. Bila KDN minta Harakah hanya dijual di markas PAS sahaja, Harakah ikut. Harakah sudah begitu pak turut kepada segala kehendak dan nafsu serakah KDN. Semunya diikut. Tapi, apa balasannya?



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke