Assalaamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh saudara-saudari,
Hujah ini saya petik daripada Laman MahaFiraun 2020. Sesiapa yang
berkebolehan sila jawab hujah-hujah hambaAllah ini.
Sidang pembaca bahawa kita sedang menghadapi tekanan terhadap para
pemimpin UMNO yang dikatakan mempersendakan syariat Islam. Apakah benar? Apakah
tuduhan itu berasas atau ianya hanya gimik politik dari pihak-pihak yang ingin
meraih undi sempati bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang ini? Ataupun
mungkin juga ianya lahir dari satu hati yang merasa tidak puas hati dengan cara
kepimpinan UMNO itu sendiri? Apapun juga, marilah sama-sama kita buka minda kita
dalam mentelaah satu permasaalahan yang kini dihadapi oleh umat Islam
seluruhnya.
Dari maklumat yang didapati didalam internet, yang
pertama, kita kaji terlebih dahulu tentang tarikh-tarikh berkenaan, yakni
bermula dari 18hb. Ogos, 1991. Hendaklah diingat bahawa Anwar Ibrahim mula
jawatan Menteri Kewangan pada 15hb. Mac, 1991 ( tarikh rasmi di Kementerian
Kewangan ), sedangkan beliau telahpun memasuki pejabat pada 12hb. Mac, 1991,
yakni bersamaan hari Jumaat.
Dari petikan ucapan-ucapan mengenai HUDUD
dan syariat Islam oleh Perdana Menteri yang dipersoalkan sangat ialah bertarikh
18hb. Ogos, 1991, 24hb. April 1992, 30hb. April, 1992, 2hb. Mei, 1992, 14hb.
Julai 1992, 3hb. Mac, 1994, 6hb. Mac, 1994, 15hb. Julai 1994, dan 14hb. Ogos
1994.
Pembaca budiman, sebelumnya kita bercerita tentang HUDUD,
pertama-tama hendaklah kita kaji kembali Perlembagaan Persekutuan, dan segala
enakmen negeri-negeri didalam bab-bab Perundangan Islam. Didalam perkara
bersabit, kerajaan yang memerintah telah pun bersusah payah untuk menyelaraskan
semua peruntukan enakmen undang-undang tersebut. Seharusnya kita bersyukur
kerana kerajaan begitu prihatin terhadap pembangunan ummah. Bagi pengusaian
perkara berkenaan bukanlah satu perkara yang mudah dan banyak fakta-fakta yang
perlu diambil kira.
Antara lain ialah kefahaman umat Islam sendiri mengenai hukum-hakam
syariat itu sendiri. Ini adalah kerana tidak ada satu pun negara didunia ini
yang benar-benar melaksanakan Syariat Islam secara TOTAL. Justru itu, contoh
manakah yang perlu kita ambil melainkan kalau tidak kita melakukannya dengan
membuat kajian secara bersendirian.
Begitu juga, para pembaca budiman,
masyarakat kita adalah masyarakat berbilang kaum yang mana sesetengah negeri
mempunyai kelebihan penduduk bukan Islam yang lebih tinggi. Apabila kita sendiri
tidak memahaminya, bagaimana pula kita hendak memberitahukan kepada masyarakat
bukan Islam bahawa perundangan Islam itu sebenarnya adalah untuk semua kaum dan
yang terbaik.
Didalam enakmen-enakmen yang sedia ada ianya HANYA
merangkumi kanun-kanun kekeluargaan sahaja. Banyak perkara yang masih didalam
kajian Pusat Islam tentang kesesuaiannya untuk dilaksanakan. Untuk itu hendaklah
kita fahami bahawa Perundangan Islam itu bukanlah semudah yang kita luahkan pada
perkataan. Apapun kenyataan yang diberikan oleh Perdana Menteri itu sebenar
adalah untuk kita mendalami dan mencari jalan yang terbaik bagi kita umat
Islam.
Setahu kami, Perdana Menteri Malaysia, didalam ucapan-ucapannya
banyak mengunakan sistem perbendaharaan bahasa lama seperti peribahasa, bidalan
kata, kata-kata kiasan, seloka, dan kata ajuk. Untuk kita memahami apa yang
diperkatakan oleh Perdana Menteri hendaklah kita padankan keseluruhannya teks
ucapan beliau, dan kita tidak boleh MEMBUAT ANDAIAN hanya berdasarkan kepada
satu ayat atau satu pra-kata. Kadangkala, Perdana Menteri kita akan memberikan
jawaban-jawaban kepada persoalan-persoalan yang diluahkan didalam siri-siri
ucapannya seminggu atau dua minggu selepas ucapan pertamanya tadi.
Bagi
perkara HUDUD, kita lihat kembali pada ucapan beliau yang terawal, yang mana
ianya berupa kata-kata sindiran dan amaran yang ditujukan khusus kepada parti
pembangkang, yakni PAS. Kalaulah kita mengganggap bahawa ucapan tersebut
ditujukan kepada masyarakat Islam, maka, kitalah yang tersalah tanggap mengenai
ucapan tersebut.
Begitu juga, Perdana Menteri meluahkan rasa tidak puas
hati sekira ianya dilaksanakan, maka, umat Islamlah yang rugi kerana yang bukan
Islam akan terlepas dari kaedah perundangan itu. Jadi kita kaji kembali bahawa
sebenarnya Perdana Menteri prihatin tentang cara-cara perlaksanaannya, apakah
kelak ia menguntungkan atau merugikan? Sebagai contoh, sekiranya sepasang
kekasih dari berlainan bangsa dan anutan ugama ditangkap samaada berkhalwat atau
berzina. Sudah tentu kedua-duanya bersalah, namun bagaimanakah tanggapan dan
pandangan masyarakat bukan Islam tentang penghukuman tersebut. Persoalan yang
Perdana Menteri timbulkan ialah pada kaedah dan kadar apakah yang
bersesuaian?
Didalam Islam, Syariat Islam adalah berdasarkan kepada
hukum Naqli ( Hukum Nas ), yakni Al-Quran dan Hadiths, dan juga bergantung
kepada Aqli ( Hukum Akal ). Janganlah kita gembar-gemburkan sangat perkara yang
remeh temeh dahulu. Umpamanya, adakah kita sendiri faham Perundangan HUDUD itu
secara menyeluruh? Janganlah kita sibuk HANYA ingin melaksanakan HUDUD sedangkan
yang lainnya kita tinggalkan. Bagaimanakah pula kaedah-kaedah didalam
Perundangan QISOS, QINAYAH, FARAID, KIFARAH, DAM, ZAKAT, QIYAS, MUTAAH dan
lain-lain lagi? Justru itu, apabila kita bercakap biarlah berpadan bahawasanya
kita benar-benar telah memahami akan kedudukan perkara yang
sebenarnya.
Bukalah minda kita agar kita diberikan rahmat oleh Allah
Subhana Wata'alla supaya kita dapat melaksanakan perundangan Islam mengikut
kemampuan kita terlebih dahulu. Ingatlah bahawa bidang perekonomian perlu
menggunakan kaedah Islam, pendidikan perlu kepada sistem Islam, pentadbiran
kerajaan amatlah memerlukan kaedah Islam, pembangunan perlukan kaedah Islam,
ketenteraan dan pertahanan memerlukan sistem Islam, sosial dan kebajikan perlu
kaedah Islam, dan yang lain-lainnya didalam kehidupan kita sehari-hari
memerlukan kaedah-kaedah Islam yang hakiki. Apakah kita sudah penuhi segala
tuntutan syariat ini.
Bahawa setiap detik kehidupan kita memerlukan
kaedah-kaedah Islam yang HAK. Apakah kita sudah melakukan ianya didalam
kehidupan kita hari-hari ini dan seterusnya?
Ini belum lagi kita
bercerita tentang Syariat Islam pada dasar yakni perkara-perkara didalam Fardhu
Kifayah dan Fardhu Ain. Apakah kita umat Islam telah melaksanakan kedua-dua
fardhu dengan sempurna? Jika jawaban kita belum, maka, janganlah kita bermimpi
disiang hari untuk melaksanakan HUKUM-HUKUM yang tertulis diatas
itu.
Jika persoalan kenapa Perdana Menteri begitu keras sekali dalam
menghadapi kemelut persoalan ini adalah kerana beliau sedar dan akur kepada
tuntutan ummah, namun, masa yang bakal diambil adalah lama. Jika sekiranya
beliau yang memegang tampuk kuasa belum dapat melakukannya apalagi PAS yang
belum tentu dapat bersuara didalam Parlimen. Yang terpenting bukanlah dengan
mengembar-gemburkan sesuatu isu itu, akan tetapi hendaklah kita berusaha dengan
bersungguh agar ianya terlaksana. Tugas ini amat berat bagi mereka yang
memandang, apatah lagi mereka yang memikul beban
melaksanakannya.
Perpatah Melayu berkata, "Menarik rambut dari tepung
biarlah tepung jangan terlerai." Inilah yang sedang kita lakukan agar semua
pihak berpuas hati dengan segala keputusan yang bakal diambil.
Mengenai
perkara Israel adalah bersangkutan dengan perkara sejarah yang telah berlalu.
Apakah umat Islam semuanya sedar bahawa Nabi Muhamad S.A.W? itu sebenarnya
adalah dari golongan Bani Israil dari Quraish. Bukankah Nabi Muhamad S.A.W.
sendiri berbangsa Yahudi? Kajilah sejarah kembali agar kita sama-sama tahu
mengenai perkara yang termaksud. Kajilah sirah Nabi Muhamad S.A.W. dari zaman
Nabi Ibrahim A.S. lagi. Mengenai negara Israel pula ianya adalah leretan dari
sejarah itu tadi. Beberapa catatan yang harus kita beringat ialah bahawa
mengikut sejarah Israil bukanlah negara, tetapi adalah satu Kaum yang wujud
sejak zaman Nabi Ibrahim A.S. lagi.
Mereka telah diusir oleh kerajaan Parsi ketika zaman Raja Nabuchanezar,
yakni kerajaan Babylon ( periksa catatan ini menggunakan Al-Quran ). Yahudi,
Hebrew, dan Jahud adalah suku kaum dari Bani Israel ini. Bahasa mereka
sebenarnya adalah Ibrani yang berasal dari zaman Babylon.
Bagi umat
Islam, yang kita marahkan adalah golongan Yahudi Zionis, yang berasal dari
golongan kaum Yakjud dan Makjud, yang timbul dari kawasan yang sekarang disebut
sebagai Hungary. Ini adalah kisah dari zaman Iskandar Zulkarnain lagi ( Surah
AlBaqarah ). Apa yang menyebabkan kita membenci Yahudi Zionis adalah kerana
mereka tidak lagi membawa ajaran Nabi Musa A.S., malah mereka menambahkan "The
Ten Commandment" menjadi kepada "The Eleventh Commandment". Mereka juga adalah
dari suku sakat kaum Bani Irail yang dilaknat Allah Subhana Wata'alla untuk
tidak bernegara selama 1,000 tahun.
Adakah ianya kesalahan untuk kita
menjalin hubungan dengan Israel? Jawabnya adalah tidak. Ini adalah kerana ramai
diantara kaum Yahudi dewasa ini yang beragama Kristian dan Islam. Justru itu,
jangan dek kerana marahkan nyamuk kelambu yang kita bakar. Kenyataan Perdana
Menteri didalam perkara itu banyak bersabit dengan perkara-perkara lama yang
masih jadi ungkitan berbagai pihak. Sebagai Ketua Negara, beliau sebenarnya
senantiasa bersikap tegas dan terbuka didalam hal-hal perhubungan antarabangsa.
Janganlah perkara yang sudah lama diungkit-ungkit lagi.
Sebenarnya,
sebelum kita mengungkit-ungkit mengenai perlaksanaan Perundangan Islam itu,
hendaklah kita kaji sedalam-dalamnya bagaimanakah sebenarnya kita mendapat
Kemerdekan Malaysia itu.
Sidang pembaca budiman, semoga kita semua
mensyukuri nikmat-nikmat Illahi seadanya. Amin Yarrabal Alamin.
UMNO
DAN SELAMANYA TETAP UMNO.
HASIL PENA: RAJAWALI
TIMUR. [EMAIL PROTECTED]
|