*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
<Picture>
<Picture: hosted by tripod>
E-mail this page to a friendTell me when this page is updated
  
 
<Picture>....TERJEMAHAN ARTIKEL GLOBAL (477)
Imej Busuk Pakatan Utara Yang Disokong Amerika Syarikat 
(Independent.co.uk: US-Backed Northern Alliance’s bloody Reputation)
Oleh: Robert Fisk

http://e-umno.tripod.com/mar_tag477.html

------------------------------------------------------------------------
Kemenangan mengejut Pakatan Utara di Afghanistan mungkin merupakan satu berita baik 
kepada Barat tetapi berita yang tidak baik akan menyusul tidak jauh di belakangnya. 
Semua anggota bersenjata Uzbek, Tadjik dan Hazara yang merupakan anggota angkatan 
tentera Pakatan Utara (PU) pernah mempunyai rekod haprak kerana kezaliman mereka dan 
menyiksa para tawanan perang, yang dijangka berulang semula dalam beberapa hari yang 
mendatang dan sudah pasti akan mencemarkan nama Amerika dan Britain ke jurang keaiban 
yang dalam. 
  
Beberapa cerita ngeri bagaimana lebih 100 orang pejuang Taliban-Pakistani yang telah 
ditembak mati setelah menyerah kalah di Mazar-i-Sharif - dan para anggota bersenjata 
PU 'merayau-rayau di jalanraya' bandar yang ditinggalkan itu – tidak menjadi berita 
yang mengejutkan mereka yang sedar akan keganasan yang pernah dilakukan oleh sekutu 
baru Amerika itu ketika peperangan 1992-96 di Kabul, dulu. 
  
Kepada warga Amerika dan juga segelintir anggota Britain dalam pasukan Barat yang ada 
di Afghanistan – gelagat pasukan Pakatan Utara itu merupakan satu masalah yang besar. 
Oleh kerana anggota tentera darat kita berada di Afghanistan, kita tidak boleh melepas 
tangan apabila hak asasi manusia dicemari oleh anggota bersenjata PU itu; namun 
sehingga kini tidak ada sebarang berita bagaimana Amerika ataupun Britain cuba 
melarang kelakuan keji ini. Malahan, mereka tidakpun mampu menyekat PU memasuki Kabul. 
  
Pembunuhan ngeri yang dilakukan oleh pasukan yang semacam ini kerap memalukan kuasa 
besar yang turut menerima mereka sebagai sekutu perang. Kumpulan Contras di Nicaragua 
dan pasukan militia Phalangist di Lebanon, telah berlaku zalim sehingga memalukan 
sekutu perang mereka; Amerika dan Israel. Pihak yang terakhir ini terlibat dengan 
pembunuhan ganas di Khemah Pelarian di Sabra dan Chatila pada 1982. Kalau dijenguk 
kembali rekod lama PU ketika melakukan jenayah perang di Kabul antara 1992-96 dulu, 
menunjukkan kumpulan sekutu yang mengandungi PU, Amerika dan Britain, dan sesiapa juga 
yang akan menyertai mereka nanti, tentu mahu menunjukkan pengaruh terhadap pasukan 
daripada Utara Afghanistan itu. 
  
Di Mazar-i-Sharif dan Herat, memang tidak ramai orang Pashtun, yang secara tradisinya 
memang memihak kepada pasukan Taliban.  
  
Tidak berapa jauh di bahagian selatan, PU akan bertembung dengan musuh tradisinya yang 
sebenar. Pada 1997, puak Hazara di Mazar telah membunuh lebih 600 militia Taliban yang 
telah mengambil alih bandar itu dan kemudiannya membunuh dengan kejam berdozen pelajar 
Pakistan yang mengiringi pasukan Taliban itu. Dalam beberapa peristiwa berdarah 
berikutnya, beribu banduan Taliban telah ditembak mati dalam lubang besar yang menjadi 
kubur mereka, bersama beberapa dozen warga Pakistan. Seorang warga PU yang berpaling 
tadah, Jeneral Pahlawan Malik, pernah membunuh 2,000 tawanan perang Taliban yang telah 
diazab dan dibiarkan kebuluran sebelum ditembak mati. 
  
Ramai yang dicampak ke dalam telaga. Ramai lagi yang dibunuh secara terancang. Salah 
seorang penglima di bawah pemerintahan General Malik pernah menceritakan: "Di malam 
hari ketika keadaan gelap dan senyap sunyi kami arahkan kira-kira 150 tawanan perang 
kaum Taliban untuk menutupi mata mereka, dan tangan mereka diikat di bahagian belakang 
sebelum diangkut dalam kontena ke daerah padang pasir. Kami suruh mereka berbaris 10 
orang setiap satu, di hadapan lubang yang sudah digali di hadapan mereka dan 
melepaskan tembakan. Semua itu memakan masa enam malam sahaja.” 
  
Ada satu peristiwa di mana tawanan perang warga Taliban telah disumbat ke dalam 
beberapa kontena dan dikunci daripada luar pada musim panas: 1,250 orang mati 
kesesakan nafas semacam ini. Apabila mayat mereka dikeluarkan daripada kontena itu, 
rupanya hitam kerana kepanasan. 
  
Apakah semua ini akan berulang lagi? Tidak ada sebab untuk mempercayai Pakatan Utara 
telah memahami apakah ertinya hak asasi manusia. Mereka dibekalkan peluru oleh Russia 
dan bantuan logistik oleh Amerika. Beberapa gambar dalam akhbar Pakistan semalam 
menunjukkan betapa anggota bersenjata PU mendahului satu pasukan kecil askar Barat 
memasuk kasawan pergunungan Afghanistan Utara. Adalah tidak mungkin askar-askar kita 
ada membawa beberapa peraturan Konvensi Geneva untuk diedarkan kepada teman-teman baru 
mereka. 

Terjemahan oleh SPAR. 
  

------------------------------------------------------------------------
<Picture><Picture>
http://e-umno.tripod.com/

<Picture>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Farina <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke