*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Saya selama ini cuma jadi pembaca setia saja di hizbinet ini; kali ini tak
tahan rasanya apabila banyak sangat orang komplen pasal isu air di kelantan
ini; mungkin jawapan saya di bawah mampu membantu:

PAS ini selama 10 tahun memerintah di Kelantan, teruk kena hentam, kena
tindas dan kena perang psikologi dengan UMNO ini. Isu air juga adalah
rententan dari perang psikologi UMNO semua ini.

Apa tidaknya, semua orang tahu UMNO ada offer hari tu masa kempen p/raya
kata kalau UMNO menang, Kelantan akan dapat RM600 juta untuk memperbaiki
sistem airnya. Makna kata UMNO sendiri tahu, kalau nak bagi elok sistem air
itu, kena pakai sekurang2nya RM600 juta. Tup2 UMNO kalah, dah hilang cerita
RM600 juta tu.

La nie bila Kelantan bermasalah dengan sistem air ini, UMNO tumpang
gelak.....dijadikan isu politik.
Okey, nak jadi isu politik, maka kita jadikan isu politik.

Sebab itu sekarang ini TG Nik Aziz terpaksa masuk merata kampung, terpaksa
mengadu kpd rakyat jelata; betapa zalimnya UMNO kerana menindas kelantan,
contohnya, geran 'capitation'  iaitu peruntukan wajib yg patut kerajaan
pusat bayar kat kelantan bulan Januari lalu sampai hari ini (sept) masih
belum dapat2 lagi; itu tak termasuk peruntukan2 lain yg sesetengahnya patut
dibayar 6 bulan sekali masih belum dapat. Tanpa peruntukan2 ini, macam
manalah kerajaan Kelantan nak perbaiki sistem air secara lebih effective dan
kemudahan2 lain; la nie org2 Kelantan dah jadi marah dengan kerajaan pusat
sebab dok buat penaya macam ini. Maka politik, end up jadi politik.
Sedangkan isu air adalah isu semua orang, semua rakyat, tak kira PAS tak
kira UMNO, tak kira ADIL, tak kira siapa2.

Pun begitu, dlm keadaan termengah2 itu, PAS masih mampu survive dlm isu air
ini.
Berikut adalah data yg membuktikan PAS tetap berbuat sesuatu dlm isu air ini
w/pun dlm keadaan kekurangan peruntukan. 


1. Pembinaan loji baru di Chicha, KB....peringkat tender - mampu membekalkan
untuk 40,000 pengguna.
2. Perancangan untuk membina loji baru di Wakaf Baru, Tumpat & naik taraf
sistem agihan -  akan menyelesaikan
    masalah air di jajahan tumpat & Pasir mas.
3. Loji baru di Pasir Puteh - start tahun depan - tambahan 10 juta/meter
padu sehari.
4. Loji baru di Jeram Pasu, Pasir Puteh RM300,000 - mula operasi bulan
depan.
5. Bachok - tengah pasang pam tekanan tinggi di loji Kampung Chap - boleh
bekal tambahan 2 juta/padu sehari, dah operasi    
    ogos lalu.
6. Kota Bharu: pembinaan telaga tiub di Tanjung Mas - bekal air 2 juta/meter
padu sehari; operasi Julai lalu.
7. Loji baru di Perol - dalam process tender RM200,000.
8. Tumpat:  pemasangan paip dari cabang tiga  Berangan ke kg Sedar - akan
menyellesaikan masalah air untuk 1000   
    penduduk - start Jun lalu.

Di Pasir Puteh, bekalan air terganggu baru2 nie disebabkan oleh  kerosakan
sistem paip kerana kerja2 oleh kontraktor;
pihak berkuasa sudah mengambil tindakan untuk mempaerbaikinya setelah
mendapat laporan penduduk.

Wassalam,

Sahabat Dalam Islam,
Mohd Monier



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Mohd.Monier B Mat Din" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke