*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamualaikum, Tuan2 Besar di JPM, JAIS, dan Jabatan Haiwan. Semoga Tuan2 besar bahagia hendaknya menjawat jawatan tuan2: Dibawah ini ada satu cerita yang mungkin tuan2 sudah terlalu maklum, tapi saya mainkan semula. Tuan2 boleh memilih samaada untuk bincang mengenainya dikedai kopi masa rehat tuan2, lepas tu relax macam biasa. Atau tuan2 boleh adakan satu mesyuarat untuk menanganinya sampai lubang cacing, bukan hangat2 taik ayam, supaya gaji yang tuan2 dapat itu ada makna. Lebih pada itu, tuan2 sudah membuat satu kebajikan yang amatlah besar kepada masyarakat Islam. Lagipun, bolehkan tuan2 tidur sedangkan tuan2 tau orang Islam dok pelahap ayam haram, sedangkan tuan2 diberi kuasa untuk menanganinya? Susah sangatkah untuk: 1. Tuan2 buat surprise check all year round ke 100 lebih tempat sembelih tu? Check juga agama pekerja2 mereka. 2. Susah sangatkah denda dan tutup mana2 kilang sembelih yang tak ikut peraturan. Biar kurang ayam dipasaran asal halal. Alahai, negara sendiri pun, nak makan benda dijamin halal pun sikit punya susah. Berapa puluh tahun dan berapa megatan dan rakyat Islam dok telan ayam jenis ini? Wassalam ---------------- DICERITAKAN......(terima kasih kepada pengirim2 asal) Ayam........cerita sebenar oleh Bro Mazidul. Hai Azlee, Ini cerita ayam - kau tolong forward kat kawan-kawan kita sebab aku tak berapa pandai dalam bidang komputer ni. Pada 1 mac lalu, 4 hari sebelum hari raya haji aku dihubungi oleh pihak berkuasa yang tertentu dan tip-off aku tentang kisah penyembelihan ayam yang terlalu kotor. Kemudiannya aku pun bangunlah pada jam 3.00 pagi, tinggalkan anak bini dan pergi ke Kampung Kayu Ara di Petaling Jaya dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Masa aku pergi meninjau ke tempat tu, ada kira-kira 30 orang pekerja bangla, indon dan India serta taukeh Cina yang sedang berkerja. Ayam yang aku tengok - hebat kekotorannya. Lepas ayam tu 'disembelih' dan dibuang bulunya, ayam kemudian diletakkan di atas lantai dan banyaklah yang masuk kedalam longkang yang berhampiran. Ayam tu kemudiannya dibasuh di dalam bekas air yang tidak mengalir oleh kaum Bangla yang langsung tak kisah bila tengok aku - Tak taulah kalau dia ingat akupun kerja macam Bangla jugak. Semua ayam yang kotor tu bila dah dimasukkan ke dalam plastik semua OK. Maksudnya kelihatan bersih dan menyelerakan. Seminggu selepas itu, aku membawa Yang di Pertua MPPJ dan Ahli Exco Selangor untuk meninjau ke tempat yang sama. Biasalahkan, bila orang besar datang hampir semuanya bersih improvement 30% dari segi kebersihan. Tetapi, apa yang mengejutkan, aku tengok ayam sebelum disembelih direndam kepalanya dan dikenakan kejutan elektrik dengan alasan ayam tu tak menggelupur sebelum di sembelih. Pelik detak hati ku. Lalu, juru kamera pun merakamkan gambar ayam yang kepalanya terkulai layu sebelum disembelih. Lepas tu aku cari JAIS dan JAKIM. Jais kata badannya hanya bertanggungjawab mengeluarkan sijil pengesahan penyembelihan kepada kilang penyembelihan ayam. Tetapi, itu terserah keadaan pihak kilang. Nak ambil sijil OK tak ambil pun OK. Kemudian aku kejar JAKIM. Jakim kata badannya tiada kuasa. Semuanya tertakluk di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 yang menyatakan - Jika ayam di tanda HALAL tetapi TIDAK HALAL maka tindakan boleh diambil. Manakala, Jika TIADA TANDA HALAL dan ayam terbabit didapati TIDAK HALAL maka tiada tindakan yang boleh diambil. Jadi, kawan-kawan semua kena ingat ayam yang dibeli di pasar dan supermarket tu ade ke nampak tanda HALALnya? Orang kita dok kat US kekadang makan daging katok 3-4 tahun. Orang kat M'sia makan daging ayam yang diragui sembelihannya dah lebih 10 tahun. Hebat, hebat. OK - aku sambung balik. Aku lepas tu panggil JAIS dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan HEP untuk melawat ke premis yang sama buat kali ke-3. Biasalah, sebab cina tu tak tahu maka keadaan tempat memproses Ayam tu kembali semula sepertimana tinjauan pertama kali aku buat sebab tak ada siapa nak bagi tahu dia Jembalang besar macam aku nak datang kali ke-3 kut...). Pada jam 4 pagi aku turut mengejutkan pengusaha di sebelah kilang pertama. Lagi hebat Indon yang aku jumpa. Dia sembelih ayam kemudian campakkan ayam tu ke dalam bekas air. Ayam mati lemas. Bukan mati kena sembelih. Aku maki Indon tu, haram jadah, gampang dan semua-semua tulah. Ayam tu juga turut dibekalkan kepada orang Islam macam engkorang semualah. Cerita yang engkorang baca kat Internet tu palsu belaka. Orang tu buat cerita dia sendiri. Jadi cerita dia, engkorang kena tanya dia. Engkorang ingat ada orang yang berani baling aku ke? Sebelum dia baling aku dah baling dia. Ops! sebelum aku terlupa. Mengikut fatwa, ayam boleh direndam hanya bahagian muncung (beak) sahaja, tidak lebih daripada itu. Tetapi engkorang kena ingat, ayam yang aku rakamkan gambarnya sampai ke tengkok dia orang rendam dan voltan yang dialirkan booleh diubah-suai kekuatannya. Jadi, kalau nak bagi ayam mati sebelum disembelihpun boleh tambahan pulak tak ada siapa yang nak monitor. Cerita keluar kat Utusan M'sia tu salah fakta sebab wartawan dia cilok cerita aku. Ayam hanya direndam 8 saat bukan setengah jam macam yang keluar di muka depan surat khabar tu. Tapi, biasalah kan semua orang nak claim jadi HERO sedangkan yang buat cerita dari awal hingga akhir adalah kawan engkorang nilah - Mazidul. Jadi kesimpulannya, kalau nak beli ayam make sure ayam disembelih di depan mata atau engkorang kena tanya ayam tu dari mana. Sebab aku tengok senarai pelanggan taukeh tu - Hj Dolah ada, Hjh Semah ada. Jadi bila dah sampai ke pasar TIDAK ada siapa yang tahu tentang status Halal-haram ayam. Kan? Selain Kg. Kayu Ara aku turut ke Meru dan Pandamaran. Tahap kekotoran lebih kurang sama aje. Cuma premis melayu kecil-kecilan jadi kes rendam kepala ayam tak berlaku. Anda semua kena ingat, di Selangor sahaja ada lebih daripada 100 premis yang membekalkan ayam yang tidak diketahui statusnya. Kalau di seluruh Malaysia, kira sendirilah. Sekian sahaja laporan daripada saya. Kalau ada sebarang soalan sila mailkan kepada saya. Demi anda, saya sedia menjawabnya. ---------------------------------------------------------------------- Get your FREE ShyMail account! http://www.shymail.com/ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "apanama" <[EMAIL PROTECTED]>