*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
DAIM MUNGKIN TERPELANTING DARI KABINET

KUALA LUMPUR: Perang dingin antara Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed dan 
Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mungkin akan terserlah di
hadapan umum apabila sumber Umno mendakwa Daim diheboh-hebohkan di peringkat dalaman 
Umno sebagai tidak tersenarai dalam rombakan kabinet kali ini.

Tempat Daim dijangka akan digantikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan 
Perindustrian, Datuk Paduka Rafidah Aziz, yang dianggap antara ayam tambatan
utama Dr Mahathir untuk kepentingan dirinya.

Jika dakwaan sumber dalaman Umno itu menjadi kenyataan, ia akan mengesahkan
keruncingan hubungan antara dua tokoh yang disifatkan sebagai "rakan kongsi
Malaysia Incorporation" itu.

Jika benar nama Daim tidak tersenarai, kata sumber itu, tindakan Dr Mahathir itu
dipercayai didorong oleh "hasutan" seorang bekas Menteri Besar yang sering
mendakwa dirinya sebagai "setia" dengan Dr Mahathir.

Sumber itu mendakwa, bekas Menteri Besar itu, yang mengungkit-ungkitkan
kesetiaannya kepada Dr Mahathir dalam pertemuan berkenaan, menuduh Daim
"menikam Dr Mahathir dari belakang".
"Malah, sebagai membalas budinya, tidak memeranjatkan jika bekas Menteri Besar
itu akan dipulihkan kembali kepada kedudukannya dalam rombakan kabinet yang
dijangka berlaku selewat-lewatnya sebelum lawatan Perdana Menteri ke Jepun.

"Kemungkinan itu tidak boleh diketepikan begitu sahaja memandangkan prestasi
Menteri Besar yang ada sekarang terlalu lemah dan selalu diperlekehkan sebagai
bodoh," kata beliau.
Sambil meramalkan pengguguran Daim, sumber itu juga mengakui bahawa tindakan
mengetepikan Daim bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan memandang "Dr
Mahathir mempunyai terlalu banyak rahsia yang dikongsi dengan Daim yang tidak
memungkinkan mereka berpaling dari satu sama lain".

"Sebab itulah Dr Mahathir mengambil masa yang agak lama untuk mengumumkan
rombakan kali ini yang dianggap merupakan rombakan besar-besaran," dakwa
sumber itu.
Sumber itu juga membangkitkan terdapat kebimbangan di kalangan sebahagian
kepimpinan Umno terhadap tindak balas Daim yang sering dianggap "berkerja
diam-diam".

"Ada kebimbangan yang agak liar tentang kemungkinan Daim akan menggunakan
empayar kekayaannya yang berakar-umbi di seluruh negara untuk membalas tindakan
ke atasnya.
"Daim mungkin tidak akan bertindak keterlaluan sehingga membiayai pembangkang,
tetapi jika beliau mula berkerja, kemungkinan tentang akibat yang sangat perit ke atas
Dr Mahathir dan bekas Menteri Besar itu tidak boleh dipandang ringan," dakwa
sumber itu.

Sumber itu juga meramalkan satu lagi kejutan di mana salah seorang Naib Presiden
Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menghadapi risiko tidak akan disenaraikan
dalam rombakan yang akan datang di samping Setiausaha Agung Umno, Tan Sri
Khalil Yaakob yang begitu diheboh-hebohkan sebagai tidak akan disenaraikan.

"Jika Najib digugurkan, ia akan menjadi satu kejayaan peribadi yang sangat besar
dan manis kepada Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) yang selama ini
berkerja kuat untuk memusnahkan sama sekali saingan Najib ke atasnya," kata
sumber itu.

Bagaimanapun, menurut sumber itu lagi, kemungkinan sesebuah negeri kehilangan
kesemua tokohnya di dalam kabinet adalah sesuatu yang jarang berlaku.
"Ini memandangkan (Datuk Dr) Siti Zaharah (Sulaiman) yang juga dari Pahang, besar
kemungkinan akan digugurkan," dakwa tokoh itu.


_____________________________________________________________
Sila cadangkan e-mail secara percuma sebagai [EMAIL PROTECTED] dari 
http://www.mohamadsabu.com kepada rakan-rakan anda

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: cedik cedong <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke