*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam~

Hmm....patutlah JAIS dan orang-orang Islam di selangor marah sangat dengan
The SHIP ini!!

-hantu raya-

====================================

     [EMAIL PROTECTED] wrote:

     Pada minggu lepas saya dan beberapa teman sempat menunaikan solat
     Isyak dimasjid Damansara Utama, kami singgah disitu kerana baru balik
     daripada rumah seorang lagi kawan di Taman Tun.Kebetulan pada masa itu
     issue Jais menyerbu Kelab Captain Cabin (the Ship) Damansara Utama
     tengah panas.Jadi selepas solat kami ambil kesempatan bertanya pada
     salah seorang jemaah masjid dimanakah letaknya kelab itu.Alangkah
     terkejut nya kami bila hamba Allah ini menunjukkan bahawa kelab itu
     hanya berada di hadapan masjid(tak sampai 100 meter).

     Persoalannya kenapa bolih terjadi begini.Masjid ini telah dibina
     berpuluh tahun yg lepas sedangkan kelab malam jahanam itu hanya baru
     beberapa tahun beroperasi disitu.Memang tidak dapat dinafikan air
     dengan minyak tidak akan bercampur tetapi tidak kah pihak berkuasa yg
     mengeluarkan permit dan lesen perniagaan kepada kelab itu mengambil
     kira akan sentimen keugamaan sesuatu kaum.Sebelah masjid itu pula
     terdapat sebuah sekolah rendah agama kelolaan JAIS,siap dengan
     asramanya sekali.Sedangkan dihadapannya adalah kelab malam jahanam
     yang menyaksikan orang-orang mabuk bertebaran sampai keluar pada
     tiap-tiap malam.Tak cukup dengan itu,live band nya pula cukup kuat dan
     bergema sampai keluar.Kesian adik-adik kita yg tinggal di asrama
     itu,macamana nak belajar dan tidur disebelah malam.Memang patut pun
     orang kat situ marah.

     Cubalah bayangkan kalau kat kampung ada orang buat kedai todi depan
     masjid ...apa perasaan orang kampung masa tu ???begitulah juga
     perasaan yg ditanggung olih penduduk Damansara sekarang,walaupun
     mereka digulungkan sebagai penduduk elit di KL ni namun pegangan Islam
     mereka cukup membanggakan.Fikirkanlah..

     Wassalam.
     Pak Su li (LtL)


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hantu Raya <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke