*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jamilah : mangsa kekejaman Amerika!!
 
Seorang Afghan dirawati di Hospital Pakistan

Artikel ini di petik dari IslamOnline.Net, 26 Oktober
yang bertajuk "Jamilah .. Lilinnya dipadam oleh
Amerika ( "جميلة".. شمعة أطفأتها أمريكا )". Sangat
menyayatkan hati apabila membacanya. Ikutilah abstrak
dari artikel tersebut selanjutnya.

Namanya Jamilah, 35 tahun, seorang wanita Aghan
tradisional yang keluar dari negaranya buat pertama
kali. Ini merupakan salah satu contoh nasib diantara
berjuta-juta wanita Aghanistan. Beliau bukan berjalan
untuk melancung atau melawat sanak saudaranya, tetapi
semata-mata untuk mendapatkan bantuan perubatan di
Bakoita, Pakistan, bersama-sama kumpulan-kumpulan yang
cedera. Jamilah di hantar dengan sebuah kereta oleh
Agensi Bantuan Khas yang bergerak didalam Afghanistan.

Perkataan Jamilah tidak menunjukkan pemahaman beliau
mengenai "perang melawan keganasan!?", malah beliau
sendiri menjadi mangsa keganasan tersebut dimana
masyarakat dunia tidak menghukum mereka-mereka yang
melakukannya.

Jamilah kehilangan 9 orang ahli keluarganya,
termasuklah suami beliau dan 4 orang anak-anak
kecilnya. Pada 23 Oktober lepas, roket Tomahawk telah
mencecah rumah kecil yang dibina dari batu-batu, yang
terletak di kariah Tazi, Utara Kandahar. Peristiwa ini
telah melibatkan 18 orang kampung Jamilah terkorban
akibat pengeboman tersebut. 

Apakah mungkin beliau boleh terselamat dari tragedi
ini jika dia tinggal di perkampungan yang berdekatan
dengan Rozan di daerah Kandahar (tempat kelahiran
ketua pergerakan Taliban, Mohammad Omar)? Jamilah di
tempatkan di katil kayu dan kelihatan balutan-balutan
bandage dan luka-luka di badannya. Jamilah tidak
berhenti-henti menangis sambil menceritakan peritiwa
tragis itu.

"Saya dalam keadaan maut dan tidak ingin untuk hidup
selepas ini ( أنا ميتة بالفعل، ولا أريد أن أعيش بعد
الآن )", itulah perkataan yang dikeluarkan oleh
Jamilah kepada wartawan IslamOnline.Net. Kata beliau
lagi "Kami sedang makan malam, lebih kurang jam 8 atau
8:30 petang. Tiba-tiba kedengaran letupan yang kuat
kedengaran diseluruh perkampungan di ikuti dengan
letupan yang lain". Tambahan beliau lagi "Suami dan
anak-anak saya mula menjerit-jerit, dan berkata
(menjerit) suamiku, Inilah serangan Amerika! Lalu
menyuruh saya mematikan lilin. Saya pun memadamkannya
dengan serta merta".

Bila ditanya mengenai penggunaan lilin, beliau
menjawab "kita tidak mempunyai letrik di kampung ini
ataupun dikampung yang berdekatan. Ini disebabkan oleh
pengeboman Amerika keatas stesyen letrik." Pihak
Taliban menyuruh mereka agar tidak menggunakan benda
bercahaya setelah selesai sembahyang maghrib. Beliau
meneruskan percakapannya dengan suara yang terputus
putus, "Saya tak dapat menceritakan sepenuhnya apa
yang berlaku. Saya hanya ingat letupan itu sahaja dan
selepas itu ia berlalu dalam keadaan saya tidak
sedarkan diri" .

Matanya penuh dengan air mata sambil berkata "saya
kembali sedar dan nampak saudara-mara saya dan yang
lain-lain apabila orang-orang kampung mula menggali
rumah-rumah yang pecah dan mencari mangsa-mangsa
letupan. Saya bertanyakan mengenai suami dan anak-anak
saya. Saya tidak menemui jawapannya. Salah seorang
saudaraku telah memujukku dengan berkata "Pengeboman
telah berhenti sekarang!" Beliau menyuruh saya agar
jangan bergerak kerana saya cedera. Barulah saya sedar
yang saya ini cedera dan keseluruhan badan dipenuhi
oleh darah!!"

Jamilah dalam keadaan yang sungguh sedih berkata
"Berkali-kali dia bertanyakan mengenai anak-anakku dan
kaum keluargaku yang lain. Dia berkata anakku
Wahidullah, Shakir, Wasaimah dan anak kecilku telah
mati shahid. Beliau telah mendapati bapa kepada
suaminya, anaknya dan empat dari keluarganya juga
meninggal dunia".

"Suami ku, Ghaziallah dan anakku Shakirah mati
disebabkan luka yang parah. Mereka telah dibawa ke
Hospital Besar di Kandahar, dimana aku telah
menyerahkan roh suamiku kepada Allah yang Mulia"

Penghabisan sekali Jamilah berkata "saya tidak ingin
berkata-kata banyak. Saya hanya inginkan bertanya
kepada Amerika : 

ماذا حققوا بقتل أطفالي الأبرياء وبقية عائلتي؟! هل كان
أطفالي إرهابيين؟! هل قتل أطفالي أي أمريكي؟

Apakah yang anda telah capai dengan membunuh
kanak-kanak yang tidak berdosa dan saki baki
keluargaku?! ADAKAH ANAK-ANAKKU PENGGANAS!? Orang
Amerika yang mana yang telah membunuh anak ku?"

-------------------------------------

sumber :
http://www.islamonline.net/Arabic/news/2001-10/26/Article32.shtml


wassalam 



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Make a great connection at Yahoo! Personals.
http://personals.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: atok janggut <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke