*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
<Picture>....TERJEMAHAN ARTIKEL GLOBAL (380) 
Janji Manis, Bikinan Iblis 
(Promises, broken promises) 
Oleh: Robert Fisk

http://e-umno.tripod.com/mar_tag380.html

------------------------------------------------------------------------
17 Oktober, 2001. 

Ketika kegemilangan Empayar British, jamuan teh diadakan di taman dengan menyediakan 
teh pekat untuk dicampur susu dan dituangkan dalam teko yang dipanaskan dulu, sebelum 
menuangnya ke dalam cawan untuk dimaniskan dengan ketulan gula. Pepohon bunga-kertas 
(bougenville) yang mengeluarkan warna merah lembayung dan ungu di tembok berdekatan 
tempat saya berdiri, sedangkan beberapa ekor burung hitam berlumba mengejar sesama 
mereka di antara bebilah rumput yang baru dipotong, di depan sebuah hotel kecil di 
Peshawar tempat saya berlindung. Nun, hujung satu lorong kecil di situ terdapat satu 
perkuburan British yang menyemadikan tentera daripada Surrey dan Yorkshire yang mati 
terkorban pada abad ke-19 dulu, bahana pembunuhan kumpulan manusia yang disebut ghazi; 
panggilannya ketika itu. Inilah kumpulan fundamental Afghan yang masih muda yang pada 
awalannya mengiringi kumpulan yang mati itu untuk berperang. Itulah kumpulan yang 
mengikut Captain Mannering ketika merakamkan kisah Perang Af!
ghan Kedua - sebagai ‘kumpulan lelaki yang bergelar “taliban”. 

Pada zaman itu kita kerap suka berbuat janji. Kita telah menjanjikan sokongan kita 
kepada kerajaan Afghan seandainya mereka mengnyahkan Russia. Kita menjanjikan kekayaan 
kepada Empayar India termasuk komunikasi dan pendidikan sebagai ganjaran kesetiaan 
mereka. Tidak banyak yang berubah sejak itu. Kelmarin, sepanjang harian yang memanjang 
sehingga petang, pesawat pejuang telah membelah langit yang menguning di bahagian 
angkasa laman kecil hotel penginapan saya itu, dengan bunyi supersonik yang nyaring 
dan menyakitkan telinga, sambil naik meninggi laksana helang daripada  landasan 
Peshawar untuk meluru arah pergunungan Afghanistan. Gempita enjin jet itu  tentu 
menggegarkan tulang-tulang purba yang tersimpan rapi di perkuburan lama di hujung 
lorong tadi, sepertimana tembakan kehormatan terakhir yang pernah mengejutkan 
kesunyian tanah perkuburan itu dulu. Apabila dilihat akan sebuah TV di kamar tidur 
saya yang pecah dan rosak kerana gegaran enjin yang hebat itu adalah bayangan bet!
apa sejarah imperial itu sedang mengulangi kisah lama dengan sendirinya. 

Jeneral Colin Powell telah berdiri tegak di samping Jeneral Parvez Musharraf setelah 
memberikan janjinya untuk meneliti secara serius segla masalah yang menyangkuti 
Kashmir dan perwakilan Pashtu dalam kerajaan baru Afghan. Setiausaha Negara Amerika 
Syarikat dan seorang jeneral yang kini mesti kita sebut sebagai Presiden Pakistan itu, 
telah menghabiskan banyak masa sedangkan dentuman meriam oleh sebuah empayar purba, 
yang kini diwakili oleh angkatan tentera India rancak memuntahkan pelurunya. Jeneral 
Musharraf mahukan kempen mengganyang Afghanistan itu dilaksanakan untuk satu waktu 
yang singkat sahaja, sebagai ganjaran menyokong “usaha Amerika memerangi keganasan”. 
Musharraf mahukan satu penyelesaian kepada masalah Kashmir. Powell menjanjikan 
persahabatan Amerika yang akrab dan akan ke India untuk menunaikan apa yang telah 
mereka cakap. 

Janji-janji manis memang merupakan satu bahagian penting konflik kita. Dalam 
peperangan 1914-18 – terdapat satu lagi masalah memerangi kesyaitanan, yang mesti 
boleh kita ingati, kerana itulah msanya British membuat janji. Seluruh masyarakat 
Yahudi dunia, terutama Yahudi di Russia, tentu ingat janji kita menyokong penubuhan 
satu tanahair untuk Yahudi di Palestin. Kepada orang Arab, Lawrence of Arabia telah 
menjanjikan kemerdekaan mereka. Terdapat satu babak yang sungguh indah dalam filem 
yang sama jodolnya di mana Peter O’Toole, yang berpakaian jubah Arab dan menampakkan 
wajah yang tidak dapat menyerupai wajah Osama Laden, meminta Jeneral Allenby (Jack 
Hawkins) memberikan janji manis memerdekakan Sharif Husseyn sebagai balasan kepada 
sokongan Arab untuk menghancurkan angkatan tentera Turki. Untuk satu ketika yang penuh 
tandatanya, Hawkins menunjukkan riak keengganannya, kemudian dia mula tersengih 
menunjukkan senyuman yang canggih sambil berkata: “Apa salahnya!”. Apakah saya ti!
dak melihat satu senyuman yang sama rupanya pada wajah Tony Blair ketika dia memegang 
tangan Yassir Arafat degnan erat di genggamannya, sambil memimpin Arafat melalui pintu 
gerbang No. 10 Downing Street, pada minggu ini? 

Akhirnya kita telah mengenakan penaklukan ketenteraan Anglo-Peranchis menyeluruhi 
tanah Arab yang membantu kita dulu dan, tiga dekad kemudiannya, memberikan kepada kaum 
Yahudi hanya separuh tanah Palestin. “Segala janji,” mengikut pendapat seorang ahli 
akademik Palistin, Walid Khalid, “adalah untuk ditepati”. Tetapi, bukanlah janji yang 
dibuat ketika manusia berperang. 

Ketika muncul Perang Dunia Kedua, kita telah menjanjikan kemerdekaan kepada Lubnan 
yang dijajah oleh Peranchis ketika itu, sebagai balasan untuk mereka berpaling tadah 
terhadap penjajah ‘Vichy’ mereka. Apabila Peranchis mengengkari janji-janji mereka, 
penjajah Vichy itu dinyahkan pada 1946 dengan penuh keaiban. Dua tahun kemudiannya, 
Presiden Roosevelt, yang ghairah mahukan hak menyamun minyak Saudi daripda British di 
penghujung musim perang - telah menjanjikan istana Saudi bahawa beliau tidak akan 
membiarkan Palestin dipinggirkan. 

Pada 1990, ketika Kuwait telah ditakluk (oleh Iraq) kita mahukan dunia Islam dan Arab 
menyebelahi kita memerangi Iraq. Presiden Bush Senior telah membuat janji untuk 
menubuhkan ‘Order Dunia baru” yang bebas daripada ancaman nuklear -  bebas daripada 
senjata peperangan – untuk membolehkan keseluruhan Timur Tengah berada dalam keadaan 
aman. Sebaik sahaja Iraq dinyahkan daripada bumi Kuwait, kita taja satu Puncak 
Persidangan Timur Tengah di Madrid, dan telah menjual lebih banyak peluru berpandu, 
kereta kebal, dan jet pejuang kepada negara Arab dan Israel, dalam kuantiti yang lebih 
banyak lagi berbanding tiga puluh tahun sebelumnya. Di waktu yang sama keupayaan kuasa 
nuklear Israel tidak pernah disebut langsung. 

Kini, kita mengulangi semuanya sekali lagi. Belumpun sampai tiga hari Powell 
menunjukkan minat terhadap masalah Kashmir, Yassir Arafat yang digelarkan sebagai 
orang tua Gaza yang tidak berguna, ataupun ‘Osama Laden kita’ mengikut gelaran yang 
menghinakannya oleh bekas panglima Ariel Sharon - telah dipelawa untuk berjumpa dengan 
Tony Blair di Downing Street, kerana Blair sudah menjadi seorang penyokong kuat 
terbaru Palestin dan kemerdekaannya, yang mahukan penubuhan satu negara merdeka 
Palestin termasuk Jerusalem (Baitul maqdis) yang merupakan satu versi baru tawaran 
Bantustan yang pernah ditawarkan kepada Arafat. Mr. Tony Blair tidak perlu sangsikan 
kemarahan Amerika kerana sebelum kejadian September 11 di Amerika dulu, Mr. Bush 
pernah bermimpi penubuhan sebuah negara merdeka Palestin yang dapat menerima kewujudan 
Israel. Lantas, Mr. Arafat yang telah bercakap dalam Bahasa Inggeris begitu lama sejak 
lama tidak berbuat demikian sebelum itu, terus menyokong pengeboman Afghanista!
n. Kesian orang Afghan. Mereka tidak ada lagi untuk memperingatkan dunia ini betapa 
satu ketika dulu Yassir Arafat yang sama, pernah memberikan sokongannya yang sungguh 
ghairah menyokong penaklukan Afghanistan oleh Soviet. 

Kenapakah kita gemar bermain politik cakar-cakaran, memberikan janji manis kepada 
sekutu yang terdesak setelah bertahun-tahun menerima, malahan merencana, segala 
ketidak-adilan di Timur Tengah dan Asia Tenggara. Berapa lama lagi kita perlu 
menunggu, sebelum terlambat, menarik sekatan terhadap Iraq, dan membenarkan puluhan 
ribu kanak-kanak Iraq untuk hidup sempurna? Bagaimana dengan janji-janji ketika mahu 
menjatuhkan Sadam Hussin dulu untuk menarik semua pasukan tentera kita di semenajung 
Arab? Lagipun, cubalah ulangi perkara ini dengan lantangnya, kalaulah kita tepati 
semua janji itu, setiap tuntutan Osama Laden dapat ditunaikan. 

Memang seronok membaca kandungan sepenuhnya ucapan penuh Osama Laden kettika membuat 
tuntutan selepas serangan Menara Dagang Dunia seperti yang dibuat dalam rakaman video 
beliau. Osama Laden telah bertutur dalam Bahasa Arab, dalam satu hal yang perlu 
diterjemahkan dalam bahasa inggeris, betapa “negara kita (Islam) telah menanggung aib 
selama 80 tahun, ..” dan merujuk kepada “ketika pedang kita menjangkau Amerika selepas 
80 tahun...”. Osama Laden mungkin bersikap zalim, ganas, bengis, ataupun berhati 
syaitan, tetapi dia sungguh pintar. Saya fikir dia telah merujuk secara khusus kepada 
Perjanjian Svres 1922, tulisan kuasa sekutu yang  menang, yang telah berjaya 
menumpaskan Empayar Ottoman dan selepas 600 tahun berjaya memansuhkan sistem bersultan 
dan khalifah, sekaligus menghancurkan juga impian perpaduan Arab. Seorang professor 
Amerika Professor James Robbins, kerap dapat mengecam pembantu khas Osama Laden, 
bernama Ayman Zawahri – pernah bercakap di dalam gua 11 hari dulu yang !
telahpun dirakamkan videonya, betapa pertubuhan Al-Qaeda tidak merelakan berulangnya 
tragedi Andalusia di Palestin.”  Andalusia? Memang, kemelut Andalusia telah mengakhiri 
kerajaan Islam di Sepanyol pada 1492. 

Kita boleh menabur janji-manis di mana kita suka. Tetapi, orang Timur Tengah mempunyai 
ingatan yang lebih panjang. Pada pertengahan 90-an, saya kerap  memasuki kedai buku di 
Algeria. Di kawasan tigasegi Bentalha, ratusan manusia yang tidak berdosa telah 
disembelih oleh kumpulan Islam – mungkin juga oleh pasukan tentera kerajaan - yang 
kebanyakannya telah berjuang di Afghanistan memerangi Russia. Saya memasuki kedai itu 
untuk mencari buku mengenai Islam, budaya Islam sejarah Islam dan ajaran al-Kuran. 
Semuanya ada di situ. Di bahagian para yang besar, itu juga bentuk bukunya. Tetapi di 
kedai buku Kaherah, saya akan menjumpai buku mengenai sains nuklear, kejuruteraan 
kimia, aeronotik, kajian biologi dan sebagainya. 

http://e-umno.tripod.com/mar_tag380.html

Buku teks penerbangan tentu buat waktu kini, membawa kiasan yang baru pula. Begitu 
juga buku mengenai kajian biologi. Saya mengsyaki, alasan kenapa semua itu disangsikan 
mempunyai kaitan kepada sejarah Arab yang diaibkan. Masyarakat Arab merupakan golongan 
yang terawal di kalangan ahli sains di permulaan millenium kedua. Ketika itulah 
kumpulan Kristian – satu lagi bahan tumpuan Osama Laden, - baru sahaja cuba melepasi 
dunia kebengongan mereka mengenali dunia Islam. Jadi, sejak beberapa dekad yang lalu, 
ketika fahaman kita mengenai Arab itu terlalu terpaut kepada kekayaan minyak - yang 
memaut pula satu kumpulan Arab yang mudah disogok, dan kebanyakannya masih mundur 
kehidupannya, yang menunggukan sumbangan bantuan kita. Ramai antara mereka yang 
mengemukakan soalan yang wajar mengenai sejarah dulu dan masa depan mereka, mengenai 
agama dan sains, mengenai - seperti yang saya syaki - apakah Tuhan dan teknologi itu 
merupakan sebahagian daripda dunia yang sama. 

Kita tidak pernah dihantui pemikiran dan soalan yang serupa ini. Kita hanya terus 
memberikan sokongan kepada diktator Islam di dunia ini – terutama di Timur Tengah – 
sebagai ganjaran kepada keakraban persahabatan mereka dan janji kosong kita untuk 
membetulkan sejarah ketidak-adilan mereka semua. 

Kita telah merelakan diktator yang bersubahat dengan kita untuk mencekik parti komunis 
dan sosialis mereka. Kita tidak memberikan peluang kepada penduduk negara ini untuk 
mengamalkan sistem pembangkang kecuali melalui agama. Kita telah membuat kerja 
memperlekehkan seolah olah mereka itu adalah haiwan - Imam KHOMEINI, Abu Nidal, 
Gaddaffi, Arafat, Saddam Hussein dan Osama Laden, tanpa mahu mempersoalkan rakaman 
sejarah itu. Kemudian kita membuat janji-janji manis lagi. Saya masih ingat bagaimana 
Presiden Carter dan Reagan, membuat janji kepada kumpulan Mujahidin Afghan. Perangilah 
Russia dan kami akan bantu anda pula. Barulah ada bantuan untuk membaiki ekonomi 
Afghanistan. Itulah janji membaikkan ekonomi Afghanistan serupa dengan janji 
memperbaiki ekonomi Pakistan yang baru sangat dijanjikan oleh Amerika. Itulah juga 
janjinya yang telah diberikan kepada rakyat Saudi, Palestin, Uzbeks dan siapa lagi? 
Sebetulnya, sebaik sahaja Russia berundur, pada 1989, tidak adapun secebis bantu!
an ekonomi yang ditunaikan. 

Tetapi, pada tahun lalu, ada seorang presiden bernama Clinton yang telah berjanji 
membantu Pakistan seandainya sanggup menolak Osama bin Laden. Sedangkan perbuatannya 
itu samalah dengan memberikan ingatan kepada orang Pakistan betapa “sejarah mereka 
menunggukan janji itu tertunai adalah sama panjangnnya dengan jarak jauh sungai 
Indus.” 

Saya amat takut sekarang ini, kalaulah kita tidak menghormati sejarah, kita tidak akan 
memahami masalah ketidak-adilan. Kita hanya memadatkan sifat ketidak-adilan itu, 
setelah lama sangat culas dalam hal itu. Itulah ketikanya kita menyuap dan merasuah 
sekutu kita dengan janji-janji manis yang bersifat mempunyai kepentingan sejarahnya, 
seperti resolusi penubuhan Palestin, Kashmir, Timur Tengah yang bebas daripada ancaman 
senjata perang, kemerdekaan Arab, satu nirwana dunia ekonomi - kerana kita sedang 
berperang. Kerana itu kita beritahu apa yang mereka mahu dengar dan janjikan apa juga 
yang mereka mahu kita berjanji,- apa sahaja, untuk membolehkan kita menggunakan ruang 
angkasa raya mereka dalam usaha kita “memerangi keganasan.” 

Itulah kiasannya apabila Jeneral Powell berjanji mahu menyelesaikan masalah Kashmir 
setelah Jeneral Musharraf merayu agar dibantutkan peperangan itu, sedangkan pesawat 
pejuang terus mengaum angkasa Afghanistan daripada pangkalan Peshawar. 

Janji-janji Manis: 

1915 TE Lawrence menjanjikan kemerdekaan Arab sebagai balasan sokongan mereka melalui 
Sheriff Hussayn; 

1917 Dalam satu surat daripada Arthur Balfour kepada Lionel Rothchild menjanjikan 
tanah air Yahudi di Palestin. 

1944 Presiden Roosevelt menjanjikan Raja Ibn Saud bahawa Palestin tidak akan 
dipinggirkan. 

1979-90 Presiden Carter dan Reagan berjanji membangunkan Afghanistan kalau mereka 
bersetuju menghalau  
Russia. 

1991 George Bush Senior menjanjikan rantau aman di Timur Tengah kalau Arab menyokong 
peperangan Teluk. 

2001 Tony Blair meyakinkan Yasser Arafat akan iltizam Britain untuk ‘penubuhan negara 
Palestin’ yang merangkumi Israel. 

http://e-umno.tripod.com/mar_tag380.html

Tamat. 
Diterjemahkan oleh SPAR 
  

------------------------------------------------------------------------
<Picture><Picture>

<Picture>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Farina <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke