*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lebih kurang 30% penduduk Thailand beragama Islam.  JAdi nak cari tempat 
makan Muslim kat Thailand taklah susah sangat.  Kat Airport Bangkokpun ada 
satu kedai makan muslim.  Kat mana-mana actually ada kedai makan muslim, 
cuma kena cari sikit ajelah.  penat le kita bawak roti ngan sardin ngan 
serunding, bila balik serunding tu elok lagi berbungkus.

Hari pertama kami di Bangkok, keluar dari airport kami menuju satu Restoran 
muslim.  Kakitangannya bertudung.  Tapi punyalah malang, makan nasi beriani 
ayam, tergolek ayam sekor dalam pinggan, lauknya ayam panggang sekor 
semeja(4 orang), kari ayam, kerabu ayam dan yang lain sikit ialah tomyam 
daging.  tak pa nasib kami lebih baik dari rakyat somalia yang tak dak 
makanan, cuma kami dihidangkan dengan serba ayam tak dak ikan.  masa tu dah 
pukul 5.  Air mineral kat sini 10 baht (90 sen)

Destinasi pertama kami ialah Pattaya. perjalanan memakan masa 2 1/2 jam.  
Anak saya yang kecik dah mula meragam sebab perjalanan jauh sangat, dia 
belum dapat rest betul lagi, asyik tidur atas pangku je, penat jugak dia..., 
maknya lagilah penat.

Dalam perjalan kami dihebahkan dengan kelebihan Pattaya, program untuk malam 
tu bagi yang berminat.  jam 9:00 malam ada Alcazar show iaitu show orang 
pondan.  katanya pondan kat siam lagi lawa dari pondan KL, 100% malah lagi 
lawa dari perempuan asli.  pertunjukannya dalam bentuk cerita.  jam 10:00 
malam ada sexy show oleh wanita Russia.  nanti dia orang tunjuk sekali body 
massage.  satu lagi ialah thai girl show, ingat eh bukan tiger show, tapi 
thai girl show. saya pandang je wakil travel agent tu.  dua-dua pompuan, 
yang dari Malaysiapun perempuan, yang dari Thailand pun perempuan.  dua-dua 
dok promote benda maksiat ni.  "kalau you all tak pergi you all rugi, this 
is your life experience"  alahai rosak!  yang wakil travel agent dari 
malaysia tu lagi best katanya "For Thai Girl show, i rasa better you all 
pergi yang kat Bangkok punya, yang tu lagi best"  Saya memang pandang dia 
tak berkelip nak suruh dia rasa guilty, tapi biasalah, mesti dia pandang 
tempat lain.

Sampai di Pattaya kami dibawa ke original Thai Restoran.  Kami dihidangkan 
dengan berbagai seafood.  Saya dan suami memang tak makan le.  Sebab kami 
rasa kuali yang sama digunakan untuk masak pork.  you all tau dak cacing 
dalam pork tu memang tak akan mati walau direbus dengan suhu 400 darjah 
celcius.  entah-entah telor dia ada lagi dok melekat kat kuali, nampak macam 
bersih, tapi telur dia melekat kat kuali, masak seafood kat situ, hidang kat 
kita, telur tu masuk dalam perut kita, menetas dalam badan kita. eeee.....  
patutle jews pergi travel bawak pinggan, sudu ngan garfu sendiri, depapun 
tak makan pork.  pinggan pulak, lepas orang makan pork guna pinggan tu, dia 
basuh, kasi kita makan sotong on the same pinggan, tak samakpun.  Tak 
apalah, baru je sat kami makan di bangkok, kenyang lagi.




_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ui Dann" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke