Jumlah orang yang menyambut pelakon air mata Mahathir Mohamad di Lapangan Terbang Subang "hanya 3,000 orang", demikian laporan akhbar Straits Times, milik kerajaan Singapura.

Jumlah tersebut meleset berbanding jangkaan awal New Straits Times iaitu 10,000 orang dan laporan Malaysiakini.com seramai 5,000 orang.

Di antara laman-laman internet, hanya Agenda Daily yang dipercayai mendapat sokongan fraksi tertentu dalam UMNO tidak melaporkan jumlah yang sedikit itu.

Sebelum ini, sumber UMNO mendakwa boleh membawa "100 atau 200 ribu orang" untuk menghadiri "sambutan" terhadap Mahathir itu.

Mahathir juga dikhabarkan mengarahkan Setiausaha Agung UMNO Khalil Yaakob untuk mencari "200 ribu" orang untuk menyambutnya di Markas TUDM tersebut.

Bagaimanapun, banyak sepanduk dan nasi bungkus terbuang kerana jumlah yang hadir merosot di luar jangkaan.

Sementara itu, wartawan Malaysiakini.com melaporkan sebanyak lapan bas terdiri daripada pelajar-pelajar empat IPTS sekitar Kuala Lumpur turut hadir dalam sambutan hambar itu.

Sumber pemuda-keadilan.org melaporkan, mereka diarahkan menghadiri sambutan itu oleh pentadbir IPTS mereka. Pentadbir IPTS pula diarah berbuat demikian oleh Setiausaha Pengelola UMNO Tengku Adnan Mansor kerana badan-badan perhubungan negeri gagal mencari "penyokong" yang cukup walaupun menyediakan wang saku RM50, makanan dan pengangkutan percuma.

Sokongan terhadap Mahathir dalam UMNO semakin merosot sedangkan perhatian tertumpu kepada mereka yang ingin merebut jawatan.
 
 

Kirim email ke