*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PUTERI RASULULLAH S.A.W. - SITI FATIMAH R.A


>> >>Kisah Puteri Rasulullah s.a.w. Yang Bernama Siti
>> Fatimah r.a.
>> >>>
>> >>>Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s.a.w.
>> Tertitis air matanya,
>> >>berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri
>> yang paling dikasihi oleh
>> >>junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang
>> paling dicintai, Siti
>> >>Khadijah. Itulah Siti Fatimah r.a., wanita
>> terkemuka di dunia dan
>> >>penghuni syurga di akhirat.
>> >>>
>> >>>Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu
>> kebanggaan yang menjanjikan
>> >>>kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali
>> yang merupakan salah
>> >>seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat
>> dengan Rasulullah
>> >>s.a.w., merupakan kalangan sahabat yang sangat
>> miskin berbanding dengan
>> >>yang lain. Namun jauh di sanubari Rasulullah
>> s.a.w. tersimpan perasaan
>> >>kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya.
>> >>>
>> >>>Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadanya,"
>> Fatimah lebih kucintai
>> >>daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau
>> >>>lebih mulia daripada dia." (Riwayat Abu Hurairah)
>> >>>
>> >>>Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah
>> mewarisi akhlak ibunya
>> >>Siti Khadijah.Tidak pernah membebani dan menyakiti
>> suami dengan
>> >>kata-kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut
>> kepulangan suami hingga
>> >>hilang separuh masalah suaminya.
>> >>>
>> >>>Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan
>> baju perang kepada
>> >>Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan
>> penghidupan dengan
>> >>wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan
>> di Akhirat.
>> >>>
>> >>>Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan
>> seorang pembantu untuk
>> >>isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu
>> berbuat demikian.
>> >>Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari
>> bertungkus-lumus
>> >>menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan
>> menggiling tepung, dan yang
>> >>lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air
>> berbatu-batu jauhnya
>> >>sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan
>> kanannya.
>> >>>
>> >>>Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada
>> ketikanya bila Sayyidina
>> >>Ali berada di rumah, beliau akan turut sama
>> menyinsing lengan membantu
>> >>Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima
>> kasih suamiku," bisik
>> >>Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di
>> celah-celah kesibukan sudah
>> >>cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang
>> isteri.
>> >>>
>> >>>Suatu hari, Rasulullah s.a.w. masuk ke rumah
>> anaknya. Didapati
>> >>puterinya yang berpakaian kasar itu sedang
>> mengisar biji-biji gandum
>> >>dalam linangan air mata.
>> >>>
>> >>>Fatimah segera mengesat air matanya tatkala
>> menyedari kehadiran
>> >>ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh
>> baginda, "Wahai buah
>> >>hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga
>> Allah
>> >>menggembirakanmu."
>> >>>
>> >>>Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda,
>> sesungguhnya anakmu
>> >>ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum
>> dan menguruskan segala
>> >>urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya
>> tidak keberatan
>> >>bolehkah
>> >>>ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang
>> pembantu untukku?"
>> >>>
>> >>>Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan
>> kisaran tepung itu. Dengan
>> >>lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam
>> gandum ke dalam kisaran
>> >>itu.
>> >>>
>> >>>Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu
>> dengan sendirinya.
>> >>Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat
>> gembira dengan hadiah
>> >>istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua
>> gandumnya dikisar dan batu
>> >>kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada
>> arahan untuk berhenti,
>> >>sehinggalah Rasulullah s.a.w. menghentikannya.
>> >>>
>> >>>Berkata Rasulullah s.a.w. dengan kata-kata yang
>> masyhur, "Wahai
>> >>Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku
>> untuk menjadi emas,
>> >>namun ayahanda memilih untuk keluarga kita
>> kesenangan di akhirat."
>> >>Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya
>> bahawa kesusahan bukanlah
>> >>penghalang untuk menjadi solehah.
>> >>>
>> >>>Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya
>> dengan pandangan kasih
>> >>sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan
>> sesuatu yang lebih baik
>> >>daripada apa yang kau pinta itu?"
>> >>>
>> >>>"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah
>> kegirangan.
>> >>>
>> >>>Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jibril telah
>> mengajarku beberapa kalimah.
>> >>Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca
>> 'Subhanallah' sepuluh
>> >>kali, 'Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu
>> Akbar' sepuluh kali.
>> >>Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah',
>> 'Alhamdulillah' dan
>> >>'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."
>> >>>
>> >>>Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada
>> Siti Fatimah. Semua
>> >>kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan
>> sempurna meskipun tanpa
>> >>pembantu rumah.
>> >>>
>> >>>Itulah hadiah istimewa dari Allah buat
>> hamba-hamba yang hatinya
>> >>sentiasa mengingatiNya
>> 
>> Thanks & Regards :
>> Juliana Jamlus
>> Voice : 603-7102107
>> Fax     : 603-7174617
>> Email : [EMAIL PROTECTED]
>> 
>> 
>> 
>> 
>> 
>> 
>> 
>>
>------------------------------------------------------------------------
>> Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?
>> DAKWAH EGROUP  - 
>> http://www.egroups.com/group/dakwah/info.html
>> Untuk melanggan: Hantar email ke
>> [EMAIL PROTECTED]
>> Berhenti melanggan: Hantar email ke
>> [EMAIL PROTECTED]
>> Kisah politik seperti UMNO vs PAS tidak dibenarkan
>> 
>> 
>> 
>
>
>=====
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com
>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Razilah Doraman" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to