*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bila terbaca tulisan Fathi ni, ada jugak baiknya.
Sebab dengar ceritanya, dari mulut kengkawan saya yg
berada dalam sebuah anak syarikat Kerajaan Trengganu,
ramai Pengarah baru yg dilantik dari Parti PAS yg
sering membuat tuduhan tanpa asas terhadap pentadbiran
lama. Yg jadi mangsanya kawan saya inilah. Beliau
pernah "bertegang leher" dgn Pak Su Wan Mokhtar dlm
urusan pemberian tender kpd kroni. Kini, Tuan Guru tak
buat perkara macam tu, tapi org parti Tuan Guru yg
baru dilantik ke pentadbiran baru sedang
memulakannya.........

Harap-harap Hizbah Trengganu dapat meneropong perkara
ini. Bukan semua kakitangan anak syarikat tersebut yg
"sebulu" dgn UMNO dulu. Mereka bekerja atas dasar
profesionalisma, bukan ampuisma, UMNOisma, PASisma,
dll.

Wassalam 
====================++++++================
KeADILan 'baik' daripada PAS? 
Fathi Aris Omar 

Nampaknya penyokong dan ahli Parti KeADILan Nasional
mula tergugat dengan pendedahan demi pendedahan
gelagat perebutan kuasa dalam parti itu. Surat bekas
Naib Presidennya, Marina Yusoff, menambahkan senarai
kebingungan mereka. 

Mereka mencari jawaban dan mungkin gelembong ilusi
mereka pun pecah berderai. 

Reaksi mereka yang berkepentingan dalam konflik
dalaman itu tidak seragam. Ada yang mengambil sikap
low-profile; sementara ada yang benar-benar 'berasap'
kemarahan. 

Sementara mereka yang membenci kerajaan dan
bermati-matian menyokong Barisan Alternatif
menjustifikasikan dengan pelbagai alasan – sehingga
reformasi dalam jiwa rela dihancurkan. Mereka digelar
reformis kerana bersepah di pinggir-pinggir jalan
tetapi lompong idealisme reformasi tulen atau total. 

Sebahagiannya berasa perlu menyorong sampah ke bawah
permaidani kerana mereka mempunyai kepentingan dalam
jawatan-jawatan politik pembangkang. 

Kemarahan itu bagaimanapun belum sampai ke peringkat
kumpulan ‘tiga Abdul' dalam PAS di Kelantan. Nampaknya
dari satu segi, KeADILan yang majmuk dan muda itu
"lebih baik" daripada parti Islam. 

Misalnya, pengarang buku Hikayat Tok Guru dan Tiga
Abdul yang menyentuh penyelewengan itu, Sayuti Omar
memberitahu malaysiakini bahawa beliau diugut. 

Tetapi apa yang dialami oleh Sayuti itu belum lagi
serius berbanding beberapa aktivis PAS yang dipukul
ekoran pendedahan salah laku tertentu dalam kerajaan
Kelantan sejak 1991 lagi. Lebih memalukan, gelagat
memukul itu berlaku di dalam sebuah mesyuarat penting
parti Islam itu. 

Tidak cukup dengan itu, khabarnya puak 'tiga Abdul'
yang rasa tergugat dengan pendedahan itu mengupah
'gedebe' untuk membelasah aktivis-aktivis PAS yang
membongkar kebusukan yang tersimpan, tidak lama
selepas kemenangan pada Oktober 1990. 

Presiden PAS, Datuk Fadzil Noor, sendiri yang
menyimpan rekod-rekod salah laku kerajaan PAS di
Kelantan tentunya tidak akan menafikannya. 

Bekas Presiden Parti Melayu Semangat 46, Tengku
Razaleigh Hamzah, tentunya mengetahui hal ini melalui
wakil-wakil exco, malah mungkin melalui bekas Timbalan
Menteri Besar II, Rozali Ishak. Pembantu Ku Li, Ahmad
Shabery Chik juga mengetahui betapa ‘Islamiknya' parti
Islam itu berbanding beberapa salah laku pentadbiran
negeri. 

Ketika Ku Li berkata wujud penyelewengan tertentu
dalam pengagihan konsesi balak di Kelantan - menjelang
pilihan raya umum lalu - tentunya kenyataan itu
dilihat sebagai ‘fitnah' terhadap satu daripada empat
komponen BA. Tetapi bangkai gajah tidak boleh
disembunyikan dengan daun lalang! 

<Picture>Dan, PAS di Kelantan pernah ditumbangkang
pada 1978, antara faktor utama ialah penyelewengan
dalam mengagihkan harta kekayaan negeri sejak dua
dekad mentadbir negeri itu. Pada waktu itu, lambang
bulat bulan purnama itu pernah juga disifatkan bulatan
batang balak! 

Lebih mengelirukan, seperti dakwa Sayuti lagi, PAS di
negeri itu tidak mewujudkan jawatankuasa hisbah
walaupun berjanji dalam manifesto pilihan raya umum –
perlanggaran satu 'kontrak sosial' yang serius. 

Malah, tidak seperti Terengganu, dengar khabarnya
tidak ada political will di semua peringkat pemimpin
Kelantan untuk menubuhkan kumpulan yang akan memantau
salah laku atau penyelewengan dalam pentadbiran
negeri. 

Bagaimanapun, penubuhan jawatankuasa hisbah di
Terengganu di bawah pimpinan Tun Mohamad Salleh Abas,
nampaknya perlu bertindak lebih bebas, maksudnya
mempunyai mekanisme yang membolehkannya menyiasat
secara bebas salah laku (jika muncul kemudiannya)
dalam pentadbiran, khususnya melibatkan pemimpin kanan
PAS sendiri - yang menjadi tempat bekas Ketua Hakim
Negara itu menumpang kuasa. 

Jika tidak, kewujudan pembangkang tidak jauh
perbezaannya daripada Umno dan Barisan Nasional yang
didakwa kaya dengan amalan KKN (korupsi, kronisme dan
nepotisme). 

Dan perlu diingat, tidak ada "penyelewengan yang
Islamik" walau kecil sekali pun! 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Kick off your party with Yahoo! Invites.
http://invites.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pak EnGkU <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke