*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
text="#000000" bgcolor="#FFFFFF" link="#000099" vlink="#CC33CC" alink="#FF0000" 
background="background.jpg">   
 
<Picture>....TERJEMAHAN ARTIKEL GLOBAL (433) 
Keangkuhan FBI dan Sikap Berahsia Yang Menjijikkan 
(FBI arrogance and secrecy dismays US)

http://e-umno.tripod.com/mar_tag433.html

------------------------------------------------------------------------
Sesiapapun belum didakwa kerana menyerang Amerika. Ketua FBI bercakap mengenai 
beberapa agen yang dikerahkan dalam kes ini, mengenai pintu rumah yang diketuk setiap 
hari, ribuan orang yang disyaki yang mereka tangkap dan sehingga kini mereka tidakpun 
memberi penjelasan kenapa mereka gagal untuk memerangkap sesiapa yang 
bertanggungjawab. 
  
Kerana tertekan oleh segala kegagalan, Presiden Bush berura-ura membuat ucapan di TV 
minggu hadapan memberitahu apa yang sedang dilakukan untuk mempertahankan Amerika 
daripada serangan keganasan. Para datubbandar, pemimpin kongress dan semakin ramai 
golongan rakyat Amerika dapat merasakan perlunya keyakinan in disuarakan mengenai apa 
yang sedang dijalankan oleh CIA dan FBI dalam hal ini. 
  
Keagalan siasatan in semakin menyenak. Himpunan bahan risikan menunjukkan betapa 
agensi risikan itu tidakpun tahu apa-apa mengenai kewujudan puak pelampau di antara 
mereka sebelum September 11 melanda, sehinggakan kini mereka tidak berupaya mengeheret 
sesiapa ke medan penghakiman. Yang lebih mengkhuatirkan ialah kepercayaan popular 
bahawa rangkaian Osama Laden masih utuh dan bebas merencana serangan terhadap Amerika. 
  
Inilah sebabnya Paul Wolfowitz, Timbalan Setisusaha Pertahanan, menyampuk spekulasi 
apakah sasaran pengeboman Amerika seterusnya untuk memberi amaran: “Keutamaan kita 
ialah peperangan membasmi keganasan di tanahair sendiri.” 
  
Dalam hal ini banyak perasaan yang mengatakan Amerika sedang dihenyak, sebenarnya.  
  
Dengan turut mengorbankan nyawa mereka dulu, 19 perampas pesawat dulu telah sengaja 
merencana keperitan di pihak penyiasat kesan-kerja mereka dengan menyediakan apa yang 
kini diakui pula sebagai kesan kerja yang mengelirukan sambil membuat penentuan tidak 
ada antara mereka yang masih bernyawa untuk mendedahkan siapakah ketua mereka. 
  
Tertuduh utama masih dalam tahanan AS – seorang pelajar di Lonodon, Zacarias Mousaoui 
31, sedang “dituduh menjadi perampas nombor ke-20” tetapi dia enggan memcahkan rahsia 
sejak dia menjerit kesukaan melihatkan tayang TV yang menunjukkan pesawat yang 
menhunjam dua menara di New York. Warga Peranchis itu telah ditahan oleh pihak 
imigresen pada bulan Ogos tetapi FBI tidak membenarkan perisiknya menyelidik bahan 
isian komputer laptop miliknya yang mengandungi beberapa jawapan kepada persoalan 
mengenai missi September 11. 
  
Scotland Yard (agen risikan British) telah merungut betapa sejak awal siasatan lagi, 
FBI telah sengaja berahsia dan membuat banyak angkara. Scotland Yard telah diberikan 
400 nama orang untuk disiasat tetapi senarai itu mengandungi banyak kesilapannya dan 
FBI tidak pula menyebut kenapa orang-orang itu mesti diselidikki. Penangkapan yang 
paling penting ialah membabitkan Lotfi Raissi, 27, seorang juruterbang Algeria. Ketika 
pasukan anti-pengganas dihantar untuk menangkapnya, tidak ada sesiapa memberitahu 
mereka bahawa dia telah menjadi pelatih kepada empat orang pejuang relamati dulu untuk 
menjadi juruterbang. 
  
Setakat ini, Mr.Rissi telah dikenakan tuduhan hanya kerana gagal memberi maklumat pda 
borang permohonan untuk mendapatkan lesen juruterbang bahawa dia pernah menjalani 
pembedahan lutut dan pernah dihukum kerana mencuri sebuah beg. 
  
Robert Mueeler, Pengarah FBI, memperakaukan bahawa agensi beliau itu perlu 
diperbetulkan. “Memang jelas kami perlu lakukan sesuatu yang lebih bercorak proaktif 
dan bersifat lebih cenderung kepada penahanan,” katanya. 
  
Mueller menyebut bahawa seorang antara setiap tiga orang agennya ditugaskan menyiasat 
maklumat yang diterima, tetapi dia enggan menyebut berapa ramaikah agennya yang 
ditugaskan dalam kes anthrax dan siasatan September 11. Sudah wujud perasaan kehampaan 
apabila para saintis tidak mampu membuktikan apakah jenis bakteria anthrax yang sama 
telah digunakan dan FBI masih tidak tahu siapakah yang mengirimkan surat melalui pos. 
  
Yang menaikkan kemarahan penguatkuasa tempatan ialah keangkuhan FBI tidak mahu 
mendapatkan pertolongan. Martin O’Maalcy, datukbandar Baltimore , berkata: “FBI 
mempunyai seramai 7,000 petugas yang menyiasat. Kami mempunyai 650,000 petugas yang 
bersedia membantu.” Ketua jabatan polis mengadu bahawa FBI enggan mengongsi maklumat 
dengan mereka. 
  
Minggu lalu, tercetus kegemparan di kalangan agensi siasatan di Eropah, apabila FBI 
membuat pengumuman bahawa ia telah hilang-punca dalam siasatan mereka dan semakin 
yakin bahawa kunci operasi utama kumpulan Al Qaeda wujud di Jerman. Namun, segala 
penangkapan di Britain, Peranchis, Belgium, Sepanyol dan Jarman menunjukkan hampir 
semua sel kumpulan itu tidak pun tahu-menahu akan kejadian September 11. 
  
Presiden Bush cuba berlagak wujudnya aktiviti yang rancak apabila dia membuat 
pengumuman terhadap orang yang disyakki sebagai musuh ketat Amerika, yang diketuai 
oleh Osama Laden, bulan lalu. Kerancakan muslihat itu akhirnya terdedah dengan 
kegagalan FBI menyebut di manakah mereka yang ditangkap itu sedang ditahan. 
  
Ketika Condoleezza Rice, penasihat majlis keselamatan negara, ditanya kelmarin kenapa 
Presiden Bush mahu berucap mengenai “keselamatan tanahair”, dia menjawab: “Dia 
beranggapan adalah penting meyakinkan rakyat Amerika agar mereka sedar bahaya serangan 
yang mengancam kita dan segala kemajuan usaha kita menanganinya.” Pungutan suara 
pendapat (opinion polls) menunjukan betapa sebilangan besar rakyat Amerika sedang 
dihantui ketakutan apa pula yang akan dilakukan oleh orang-orang Osama Laden kepada 
Amerika selepas ini.  
  

------------------------------------------------------------------------
<Picture><Picture>

<Picture>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Farina <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke