*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
<Picture>
<Picture: hosted by tripod>
E-mail this page to a friendTell me when this page is updated
  
 
<Picture>....TERJEMAHAN ARTIKEL GLOBAL (475) 
Keindahan Di Sebalik Jendela 
(The Only Window In The room)
Penulis: Tidak diketahui

http://e-umno.tripod.com/mar_tag475.html

------------------------------------------------------------------------
Dua orang lelaki yang sedang kuat sakitnya, mengongsi sebuah kamar di hospital yang 
sama. Seorang antara mereka dibenarkan duduk di atas katil satu jam setiap waktu 
tengah hari untuk membolehkan cairan dalam peparunya turun ke bahagian bawah badannya. 
Mujur kepadanya kerana diberikan katil yang paling dekat kepada satu jendela di kamar 
itu. Pesakit yang seorang lagi terpaksa berbaring menelentang di atas katilnya itu. 
Mereka berdua mampu berbual-bual sepanjang yang mereka suka tanpa ada penghujungnya. 
Mereka bercerita hal ehwal isteri dan keluarga, rumah kesayangan, pekerjaan mereka, 
tugas dalam perkhidmatan tentera, dan kisah lama ketika bercuti. Setiap muncul waktu 
tengah hari ketika pesakit yang berbaring di sisi jendela perlu bangun dan duduk di 
atas katilnya, dia menghabiskan banyak masa memberikan gambaran pemandangan luar yang 
dapat dilihat melalui jendela. 
  
Pesakit yang hanya mampu terbaring itu memang amat menunggukan tibanya satu jam itu 
yang memberikan gambaran aktiviti yang berlaku di dunia luar. Jendela itu menghala 
kepada satu taman bunga yang mempunyai satu tasik yang cantik. Itik dan angsa sentiasa 
bermain di tasik itu sedangkan kanak-kanak bergembira di sana dengan mainan bot buatan 
mereka. Pasangan muda-mudi berjalan berkepit tangan antara barisan bebunga yang 
sungguh indah warnanya sambil menikmati bayangan bandar yang kelihatan sayup-sayup di 
kaki langit. Semua keindahan pemandangan ini diceritakan oleh pesakit di tepi jendela 
itu dengan jelas untuk dinikmati oleh rakan sekamarnya yang menutupkan mata untuk 
membayangkan gambaran secara lintas langsung yang diberikan. 
  
Pada satu hari pesakit di tepi jendela itu menceritakan gambaran satu barisan manusia 
yang lalu di jalanraya. Walaupun pesakit yang mendengar kisah itu tidak berdaya 
mendengar bunyi mainan pancaragam yang mengiringi perbarisan itu – dia masih mampu 
membayangkannya juga . Di peti minda pandangannya apa juga gambaran yang diulas oleh 
pesakit di tepi jendela itu mempunyai perkataan yang penuh maknanya untuk memberikan 
gambaran yang dapat ditafsirkan.  
  
Hari berganti minggu dan begitulah pengalaman mereka di hospital itu. 
  
Pada satu pagi, ketika seorang jururawat muncul membawa air untuk mengelap badan 
mereka, dia mendapati pesakit di tepi jendela itu sudahpun kaku. Dia sudah tidak 
bergerak lagi, menghembus nafas terakhir tanpa sesiapa yang menyedari. Jururawat itu 
merasa kedukaannya dan memberitahu pambantu hospital untuk membawa keluar mayat itu. 
  
Beberapa hari kemudiannya, setelah memikirkan tidak ada salahnya lagi, pesakit yang 
keseorangan itu meminta izin agar dia dipindahkan ke katil yang berdekatan jendela di 
kamar itu. Jururawat menjadi gembira dengan permohonan itu, dan setelah menentukan 
pesakit itu selesa di katil baru, diapun membiarkan beliau bersendirian di situ. 
Secara perlahan dan sambil menanggung kesakitan, pesakit itu mula menopang siku 
menaikkan badannya untuk menjenguk pemandangan di luar jendela. Walaupun kesakitan, 
dia terus mengangkat kepala melihat keadaan di luar jendela di sisi katilnya. Dia 
terkejut kerana melihat satu tembok yang tinggi berada di luar. Kemudian pesakit itu 
menanyakan jururawat apakah sebabnya pesakit yang baru mati menceritakan segala kisah 
yang indah-indah di luar jendela sedangkan semuanya tidak pernah ada. 
  
Jururawat itu menjawab bahawa pesakit yang baru mati itu sudahpun kehilangan 
penglihatan kerana buta matanya dan sudah tentu tidak dapat melihat tembok tinggi di 
luar jendela. Jururawat itu menambah: “Mungkin kerana dia mahu memberi galakan kepada 
anda sahaja.” 
  
 ***** 
  
Epilog: Sebenarnya bukan mudah membuatkan orang lain berasa gembira, walaupun kita 
sendiri tidak mampu meraih kegembiraan itu. Kedukaan yang dikongsi adalah mengurangkan 
bebanan si penanggungnya, tetapi apabila kegembiraan dikongsi jua, nikmatnya muncul 
berganda. Seandianya anda mahu merasakan kaya-raya, anda hanya perlu memikirkan setiap 
benda yang boleh dibeli oleh wang yang anda miliki. “Setiap kali kita menerima hadiah, 
ia disebut sebagai cenderahati.” 
  
Asal usul artikel asal berbahasa Inggeris ini tidakpun diketahui, tetapi ia akan 
membawa rahmat kepada sesiapa yang memanjangkannya.. 
  
-Marhaintua- 
Khamis, 15 November, 2001. 
  

------------------------------------------------------------------------
<Picture><Picture>
http://e-umno.tripod.com/

<Picture>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Farina <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke