*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Bekas profesor yang bersuara lembut dan sentiasa merendahkan diri tetapi tegas serta berprinsip, Dr Chandra Muzaffar adalah tokoh bukan kerajaan dari Malaysia yang cukup dikenali di peringkat antarabangsa sama ada dalam disiplin akademik mahupun pertubuhan sosial. Namanya cukup sinonim dengan gerakan-gerakan keadilan sosial yang diasaskannya dan paling dikenali di Malaysia kerana kelantangan memperjuangkan hak-hak asasi kemanusiaan. Selepas meninggalkan jawatannya dalam Aliran, Dr Chandra memimpin International Movement for a Just World atau JUST yang merupakan sebuah gerakan sosial dan hak-hak asasi yang sama popular dengan Aliran. Beliau masih menjadi Presiden JUST sehingga sekarang. Sepanjang hidupnya, Dr Chandra mengabdikan diri dalam dunia pendidikan - memberi sinar cahaya kepada anak-anak muridnya di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan kemudiannya di Universiti Malaya, Kuala Lumpur sebagai profesor di Pusat Dialog Ketamadunan sehinggalah kontraknya tidak disambung semula pada bulan Mei 1999, yang menimbulkan kontroversi di sebalik tindakan tersebut. Dalam pada itu juga beliau juga menduduki Lembaga Penasihat Program Dialog dan Kerjasama Dunia Islam-Barat yang berpusat di Washington D.C. serta beberapa lembaga penasihat dalam siri kajian universiti-unversiti di Amerika dan juga di Eropah. Beliau telah menghasilkan sepuluh (10) buah buku dalam bahasa Inggeris dan enam (6) buah buku dalam bahasa Melayu. "Saya menyertai politik bukan sebagai satu kerjaya tetapi sebagai memegang satu amanah bangsa dan rakyat yang mahukan keadilan..." adalah merupakan kata-katanya yang paling popular dan diingati ramai.n ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: [EMAIL PROTECTED]