KERAJAAN CADANG WAJIBKAN ZAKAT, KATA HAMID OTHMAN

 

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Kerajaan bercadang mewajibkan pembayaran zakat bagi umat Islam di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paduka Dr Abdul Hamid Othman di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan sedang merangka satu undang-undang bagi tujuan itu.

"Buat masa ini, hanya zakat fitrah dan zakat padi di Kedah yang diwajibkan dibayar," katanya pada sidang media selepas merasmikan seminar "Kaedah Pengagihan Dana Zakat: Satu Perspektif Islam", di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), di sini.

"Kita juga akan mempermudahkan pembayaran zakat iaitu melalui arahan potongan di bank dan kaedah elektronik e-zakat, pembayaran melalui internet," katanya.

Abdul Hamid juga berkata buat masa ini, jumlah pungutan zakat di Wilayah Persekutuan adalah RM55 juta setahun.

"Sebanyak 35 peratus sumbangan itu adalah daripada pegawai kerajaan dan 25 peratus daripada perniagaan, selebihnya oran! g perseorangan," katanya.

Sumbangan zakat adalah penting kerana ia memainkan peranan utama dalam program membantu fakir miskin dan pembasmian kemiskinan.

Antara programnya ialah pembangunan pendidikan, kesihatan dan pelajaran.

Semasa menjawab soalan pemberita mengenai tanda halal yang dikeluarkan sendiri oleh peniaga, beliau berkata tiada peruntukan undang-undang pada masa ini yang mewajibkan peniaga mendapatkan sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau mewajibkan tanda itu dipamerkan di premis perniagaan mereka.

"Ia dipohon daripada Jakim secara sukarela tapi sekiranya tanda halal yang dipamerkan tidak betul maka itu adalah salah di sisi undang-undang," katanya.

Hamid mengingatkan umat Islam di negara ini supaya makan di tempat makanan yang mempamerkan tanda halal yang dikeluarkan oleh Jakim.

"Jika was-was, jangan makan atau menggunakannya," kata beliau.

Seminar dua hari yang bermula ! hari ini dihadiri oleh kira-kira 80 peserta dari pusat zakat, majlis agama dan syarikat swasta.

Yang turut hadir pada majlis itu adalah Pengerusi IKIM Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Ketua Pengarah IKIM Datuk Dr Ismail Ibrahim.

-- BERNAMA


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke