*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam~

Baru-baru ini saya pi Pantai Timur; ikut Gerik, masuk
Jeli, masuk Jerteh, ikut Kuala Berang, ambik jalan
Bukit Besi, tembus kot area Kemaman, kemudian lajak pi
Kuantan. On the way back, bawak anak-anak makan angin
di Kuala Terengganu ambik jalan ikut Cukai, Paka,
Kerteh, Marang lalu kot Rusila.

Masa balik tu ambik Jalan dari KT hala ke Permaisuri,
masuk Jerteh, balik ke Jeli terus ke balik ke sini.

Tu dia aih nak habag kat hangpa, bendera keris tak
bersarung, parti UMNO yg pernah saya join suatu ketika
dulu dan yg pernah diberi logo 'HARAM' oleh Mahkamah
sekitar tahun 1987/88 dulu, bendera depa nie naik
merata jalan, macam bendera Cina dok halau hantu yg
selalu naik tak kira musim di sebelah Penang sini nie.
Berpinar bijik mata saya tengok bendera2 depa tu
sampai tak berapa boleh nak concentrate bawak
kereta...dah la la nie musim panas, bendera depa pulak
warna merah, tak match langsung.

Kalau warna HIJAU tak apa jugak, tengah2 panas, bila
bawak keta tengok warna hijau...sejuuukkk rasanya!

Saya kata kat orang rumah saya:
"Nie tanda dekat nak p/raya dah nie!"

Sebab tu lah jugak tayangan MEMALI depa dok ulang
tayang. Depa target nak tunjuk kat orang bukan Islam,
kita pulak target kalau boleh biaq ramai sikit orang
islam yg pakat tengok, tambah-tambah generasi muda.

So, isu Video Memali di RTM nie kira win-win situation
la, UMNO menang sikit PAS menang sikit; kita sama-sama
tengok keputusannya dlm p/raya 2003 nanti. Mungkin
kerana tayangan Video Memali yg diulangtayang tak kira
jam tu, KEDAH nanti akan jatuh ke tangan kita....sapa
tau noh!

Baca paper pulak, tu dia aih ramai sungguh depa kata
orang PAS di Kelantan dan Terengganu masuk UMNO.

Malaslah nak ulas betul ke tak; masuklah kalau depa
nak masuk, rekalah kalau depa nak reka. Tektik tu dah
jadi tektik lama dah. La nie dah tahun 2002 dah aih,
dah lepas alaf baru dah, tak kan dok pakai tektik lama
tu lagi kot.

Kalau org UMNO baca email ini, nak habag ka hangpa la,
tektik tu dah tak makan dah; silap-silap makan hangpa
balik. 

Nie ada cerita benar aku nak habag kat hangpa kisah
orang PAS masuk UMNO. Aku dapat tau daripada member
aku dari Baling baru2 ini.

Di sebuah kampung di Baling, ada seorang pemuda
lulusan Pondok Kg Pisang, Kupang, Baling Kedah. Mak
Pak dia orang PAS pure, dia pun asalnya depa kata
jenis tu jugak.

Nak jadi cerita, sekitar tahun lepas rasanya, heboh di
kampung tu kata dia dah masuk UMNO; siap nama dia
masuk dlm minit mesyuarat UMNO kampung dia tu kata dia
keluar PAS, isi borang masuk UMNO.

Bila depa siasat tengok, memang betul pun dia isi
borang masuk UMNO. Bila orang tanya pasal apa, dia
jawab:

"Nak jadi guru KEMAS, depa bagi syarat kena isi borang
UMNO".

Maka jadilah dia orang UMNO; orang PAS tak berapa nak
kawan dengan dia, orang UMNO pulak pakat dok jaja kata
hardcore Pemuda PAS dah masuk geng depa.

Dijadikan cerita, berlakulah tragedi Kubang Cicar, di
mana Mat Sabu dan Ust Suhaimi digari dan ditahan dlm
ceramah PAS di Banggol Cicar, Baling Kedah dan
berpuluh-puluh orang penyokong PAS turut ditahan di
balai Polis baling (beberapa hari sebelum ceramah TG
Nik Aziz di Kubang Bok).

Hangpa nak tau:

"Salah seorang yg ditahan itu ialah Pemuda PAS yg dah
isi borang UMNO itu!!!"

Tu dia aih, UMNO kena tipu hidup-hidup!!

Sekian Adanya.

-Ra Barakuda-



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: =?iso-8859-1?q?Ra=20Barakuda?= <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke