*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TAG 708: 
Kisah Serangan Israel Yang Zalim 
(Tales of Abuse Amid Israeli Attack) 
Oleh Cameron W.Barr - The Christian Science Monitor 

--------------------------------------------------------------------------------
BURQIN, Tebing Barat – Kalau diperhatikan dari kebun pepohon zaitun di bukit berbatu 
di perkampungan Tebing Barat, Jenin merupakan satu perkhemahan orang pelarian yang 
sungguh tenang. Tidak ada apa-apa yang bergoyang. Ada beberapa kereta kebal Israel dan 
tenteranya yang mundar-mandir di jalanraya yang lengang. Di bahagian dalam perkhemahan 
itu, dua buah bangunan sedang terbakar sambil mengeluarkan kepulan asap yang naik 
berlegar-legar ke angkasa. 
  
Tetapi di Burqin dan juga di beberapa perkampungan yang lain, para pelarian Jenin yang 
didera oleh penaklukan 10 hari tentera Israel telah menceritakan dengan lantangnya 
kisah kezaliman tentera Israel: betapa puntung rokok dicucuh kepada kulit manusia, 
lima orang muda ditembak mati di khalayak ramai, penimbusan mayat yang banyak 
bergelimpangan dengan menggunakan jentolak sahaja. 
  
Sambil duduk menceritakan pengalamannya semalam, Atra Nijmi merenung beberapa muka 
wartawan dan menitiskan airmatanya. Perkataan yang keluar dari mulutnya jelas dan 
pantas sahaja: “Mereka musnahkan rumah, membunuh kanak-kanak dan budak-budak lelaki,” 
katanya, dan perkataan “mereka” itu dimaksudkannya askar Israel. 
  
“Tidak ada air, ataupun apa benda untuk membasuh pakaian,” kata beliau. Pesawat 
pengebom menyerang kami siang dan malam.” 
  
Walaupun askar Israel berundur kelmarin daripada 24 perkampungan di Tebing Barat, 
mereka masih bertahan di pusat yang penuh manusia dalam usaha membasmi “akar-umbi 
keganasan.” 
  
Dalam pertemuan hari ini di Israel, Setiausaha Negara Colin Powell dijangka akan 
mendesak perdana menteri Ariel Sharon untuk berundur, tetapi Sharon sudah bertegas 
bahawa operasi ketenteraan itu akan diteruskan sehingga kerajaan puas hati ia dapat 
diselesaikan. 
  
Pihak Israel memang memperakui betapa mereka menghadapi tentangan yang hebat di khemah 
pelarian Jenin – ratusan pejuang bersenjata yang menggunakan raifel, bom tangan, 
jerangkap samar dan dalam satu peristiwa seorang pengebom relamati, menunggu ketibaan 
askar Israel. Tetapi jurucakap Israel telah bertegas menafikan adanya pembunuhan 
beramai-ramai warga Palestin di situ. 
  
Pagi semalam tentera Israel mengumumkan penyerahan diri tiga dozen pejuang Palestin di 
khemah pelarian itu, dalam usaha menonjolkan kekuasaan Israel ke atas kawasan itu. 
(pejuang yang menyerah diri telah dibunuh dengan kejam oleh tentera itu akhirnya – 
penterjemah) 
  
Pegawai Israel berkata askar mereka telah berhati-hati dengan kehadiran orang awam. 
Brig. Gen Ron Kitrey , ketua jurucakap tentera Israel telah mengeluarkan arahan agar 
askar Israel tidak menggunakan peluru mereka apabila berdepan dengan orang awam. 
  
Gen Kitrey menambah betapa militant Palestin “sengaja memilih kawasan yang sesak 
dengan orang awam” untuk memerangi askar Israel. Tetapi orang awam yang lari dari 
khemah pelarian itu menyatakan betapa askar Israel sengaja mengganas dalam satu 
peperangan keganasan yang disebut oleh ketua mereka. 
  
Memang tidak dapat disahkan laporan yang keluar daripada khemah pelarian Jenin, kerana 
askar Israel terus menghalang wartawan asing di kawasan itu, dan juga di banyak 
kawasan di Tebing Barat. Semalam ramai wartawan yang mahu memasuki Jenin telah dihalau 
keluar di beberapa sekatan pemeriksaan di jalanraya. 
  
Ada wartawan yang berjaya membolosi sekatan itu telah ditangkap, dan ramai lagi yang 
mendapati kesukaran bertugas dalam keadaan begitu takut ditangkap ataupun didera lebih 
teruk lagi. Michael Keating, seorang pegawai PBB yang berjaya memasuki Bandar itu dan 
tidak dibenarkan memasuki khemah pelarian telah berkata melalui telefon betapa Jenin 
“sudah hancur lebur, lebih dahsyat dari Ramallah.” 
  
Bandar itu merupakan pusat ekonomi dan budaya di Tebing Barat, telah diduduki oleh 
askar Israel sejak Mac 29. Tentera Israel telah menguasai sebahagian besar ibupejabat 
PA dan pejabat Yasser Arafat di Ramallah. 
  
Mr. Keating berkata PBB dan beberapa pertubuhan amal telah menerima laporan kehadiran 
penduduk yang sudah diserang trauma di Jenin. Inilah gambaran yang seiras kisah yang 
diceritakan oleh Puan Nijmi yang lari dari perkhemahan itu pada hari Rabu dan kini 
berlindung di Burqin. 
  
Nijmi berkata pasukan perjuangan Palestin telah kehilangan 200 pejuang syahid di 
khemah itu. Israel menganggarkan kematian hanya sekitar 100 sahaja. 
  
Mengikut taksiran Israel, warga Palestin yang mati adalah mereka yang dibunuh kerana 
menentang kemaraan tentera Israel. Nijmi tidak dapat menceritakan kisah 200 yang mati 
itu, tetapi berkata dia bersama ramai lagi orang lain telah menyaksikan bagaimana 
askar Israel telah menembak mati anak=anak muda yang tidak bersenjata. 
  
Anak-anak lelaki muda telah menyorok dalam rumah dan enggan keluar untuk disoal-siasat 
oleh askar Israel. Apabila mereka dikesan oleh askar itu mereka dihukum mati di situ 
jua. Beliau menceritakan bagaimana askar Israel telah mengheret keluar mayat Palestin 
itu. 
  
Nijmi menceritakan bagaimana askar Israel telah menanam 13 mayat di kawasan hospital, 
lima di kawasan masjid dan antara 15-20 mayat dalam satu kubur besar yang digali oleh 
jentolak. Dia masih tidak tahu apa yang terjadi kepada suami dan anak lelakinya sejak 
mereka diheret oleh askar Israel pada 3 April lalu. 
  
Di kampung Rummane, pelarian lelaki daripada Jenin yang telah ditahan dan dibebaskan 
oleh askar Israel telah menjadikan masjid tempatan sebagai tempat mereka berlindung. 
Amjad Khazem adalah seorang pembaik TV, telah menunjukkan kesan deraan di tangannya. 
  
Kesan Penderaan 
  
Dua pergelangan tangan lebam dan mempunyai kesan luka. Katga Khazem itulah kesan 
ikatan plastik yang menggari tangannya yang dilakukan oleh askar Israel. Ramai lagi 
orang bekas tahanan menceritakan bagaimana askar Israel merempuh masuk rumah kediaman 
mereka sambil memecahkan kelengkapan dan perabot rumah dengan menggunakan manusia 
rebusan sebagai perisai mereka. 
  
Setelah ditahan pada 5 April askar Israel telah menggari Khazem, menanggalkan 
pakaiannya dan membiarkan dia berseluar dalam sahaja dan matanya pun ditutup. Ketika 
disoal-siasat berkali-kali penyiasat yahudi telah mendesak apakah dia menganggotai 
Hamas, yang dikatakan bertanggungjawab dengan serangan terhadap Israel. Khazem 
menjawab dia bukannya anggota Hamas, dan mengulangi jawaban itu berkali-kali. 
  
Beliau dialihkan daripada satu rumah ke satu rumah yang lain dan kerap disumbat ke 
atas bas untuk beberapa jam tanpa sebarang makanan, air untuk diminum ataupun diberi 
peluang melegakan diri ke tandas. Oleh kerana kesukaran itu dia tidak ada pilihan lain 
kecuali kencing dalam seluar sendiri. 
  
Ada satu ketika dalam tahanan rumah, dia telah melonggarkan ikatan matanya dan melihat 
seorang askar Israel mencucuh puntung rokok yang masih menyala pada badan seorang 
tahanan yang telah melanggar perintah untuk tidak merokok. 
  
Setelah melepaskan Khazem pada hari Selasa, askar Israel telah membiarkannya sendirian 
dia satu persimpangan jalan Jenin, tanpa sepatu dan memakai seluar dalamnya sahaja. 
Untuk pertama kali selama empat hari itu, barulah mereka memotong plastic yang 
menjerut pergelangan tangannya. 

http://marhaen0.tripod.com/mar_a_tag708.html

Terjemahan oleh SPAR - 13.04.2002 



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bintang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke