Cili Api memang sudah duga. Mula-mula dulu kes Azmin Ali dibuang tanpa beliau
dipanggil untuk membela diri. Pihak Peguam Negara dan polis tidak puas hati.
Oleh kerana itu pihak mereka membuat rayuan melalui pendakwa raya. Rayuan
didengar di hadapan hakim Wahab Patail, adik-beradik dengan Gani Patail.
Keputusannya? Wahab memerintah supaya Azmin dibicarakan semula.
Di hadapan pengadil mana pula Azmin dibicarakan? Kalau masih belum tahu,
namanya Akhtar Tahir. Di hadapan Akhtar ini jugalah Rahim Noor, kaki pukul yang
mengaku sebagai ketua lanun, dibicarakan. Akhtar tidak boleh melepaskan kaki
pukul itu, kerana segala bukti sudah jelas daripada laporan Suruhanjaya yang
menyiasat tenang peristiwa mata lebam Anwar.
Dia cuma boleh pastikan hukuman ke atas kaki pukul yang jadi ketua kepada
semua polis tidak akan berat sangat. Itulah sebabnya kaki pukul ini dikenakan
hukuman penjara dua bulan, dua bulan saja, dan denda cuma sebanyak RM2000 saja.
Setelah 31 bulan, barulah lanun kaki pukul dimasukkan ke dalam penjara.
Tetapi Akhtar ini juga menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan ke atas Azmin
Ali. Azmin dibenarkan ikat jamin, Akan tetapi si Akhtar ini menaikkan pula
jumlah jaminan daripada RM10,000 yang dikenakan dulu kepada RM20,000. Cili Api
dengar, pengadil yang kurang adil ini telah menaikkan jumlah jaminan dengan
tidak payah diminta oleh pihak pendakwa.
Sekiranya rayuan Azmin nanti ditolak, dan kemungkinan besarnya ini akan
berlaku, maka Azmin akan hilang kerusinya dalam Dewan Undangan Selangor dan
tidak boleh bertanding dalam tempoh lima tahun akan datang. Inilah yang
dikehendaki oleh PM Dr M @ Cek Det. Dan inilah yang akan dilakukan oleh
kroni-kroni yang dikuasainya dalam mahkamah. Cek Det hendak pastikan keADILan
menjadi lumpuh.
Cili Api percaya ini adalah permulaan daripada beberapa kes akan datang.
Tidak lama lagi tentu ada pula wakil rakyat lain yang dikemukakan ke mahkamah.
Mereka tidak semestinya dari keADILan saja. Tetapi, kali ini tumpuan Cek Det dan
kroni-kroninya dalam Kamar Peguam Negara ialah terhadap pemimpin-pemimpin
keADILan. Sebabnya, Cek Det senantiasa dihantui oleh bayang-bayang Anwar
Ibrahim, dan khabarnya dia tidak lelap tidur, walaupun didodoi oleh Siti Hasmah.
Sebelum ini, kita sudah ketahui, Cek Det menggunakan ISA untuk menahan 10
orang pemimpin keADILan serta aktivis reformasi. Siapa hendak percaya pada Dolah
Badwi yang mendakwa kononnya penahanan mereka ini tidak bermotifkan politik.
Wahai Dolah Badwi, jangan sangka rakyat sebodoh sesetengah pemimpin UMNO.
Sekarang ini kita tidak tahu apa yang sedang dibuat oleh polis ke atas tahanan
ISA ini.
Suhakam dan keluarga masih belum dapat berjumpa dengan mangsa ISA. Polis kata
mereka belum habis siasat lagi. Atau adakah sebenarnya mereka belum habis
mendera semua tahanan politik ini supaya mereka mengaku bersalah atas segala
tuduhan palsu yang dibuat oleh Ketua Polis Negara? Atau adakah polis hendak
tunggu sampai semua bukti deraan yang ada pada tahanan ISA ini itu hilang dulu?
Cili Api lihat Cek Det, mahafiraun ini akan terus menggunakan ISA dan
hakim-hakim untuk melaksanakan segala kehendak dan cita-cita mahazalimnya.