*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ WORLD BANK CHIEF REITERATES SUPPORT FOR ANWAR WASHINGTON, Sept 21 (AFP) - World Bank president James Wolfensohn on Tuesday reiterated his support for jailed Malaysian ex-deputy premier Anwar Ibrahim, saying he still regarded him as a friend and hoped he would be freed. "I am of course deeply concerned still that Anwar has had his first anniversary in jail and there are allegations of actions being taken against him that are not very attractive," Wolfensohn told a press conference."Last year he was a friend, he is a friend today, I continue to worry about him" Wolfensohn said, adding he hoped that he would be released from jail.Anwar was sacked and arrested last September and was sentenced to six years’ jail in April for abuse of power. He is now on trial again for sodomy but the trial was adjourned September 10 after lawyers alleged that abnormally high levels of arsenic in his urine indicated a murder attempt. APA KATA AZIZAN KEPADA PAK MERTUANYA. Kata Azizan sebelum nak nikah dengan Norhayati ialah dia tak pernah diliwat pun oleh DSAI. Sebab itulah dapat kebenaran boleh menikah. Sekian. LAPORAN PERBICARAAN AZIZAN Assalamualaikum, 1) Pertuduhan a) Bersekedudukan b) Cuba melakukan persetubuhan haram 2) Sabit Kesalahan a) Seksyen 52 - RM3000 atau 2 tahun penjara b) Seksyen 53 - RM5000 atau 3 tahun penjara 3) Semasa perbicaraan hendak dimulakan, tilam dibawa masuk ke dalam mahkamah 4) Azizan mengaku tidak bersalah dan perbicaraan akan dilakukan pada 28/9/99 5) Hakim tidak membenarkan Azizan diikat jamin. Semasa hakim membuat keputusan, dengan tiba-tiba hadirin memberi tepukan kepada hakim dengan keputusan tersebut. 6) Orang ramai mem’boo’ Azizan semasa beliau keluar dari mahkamah 7) Sekarang ini Azizan ditahan reman oleh pihak polis. Sekian, Ahli Barisan Alternatif Alor Gajah, MAHKAMAH DILIWAT, HOSPITAL DIPERKOSA. Mahazalim telah pun mula memainkan jarumnya mempengaruhi keputusan ujian HUKM. Apabila terpampang kenyataan di muka depan Utusan Meloya Bahawa keracunan hanyalah helah DSAI semata-mata samalah nadanya apabila Mahazalim menjatuhkan hukum sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman.Bezanya mahazalim memberi keputusan ujian sebelum keputusan ujian diumumkan. Sama-sama kita tunggu ujian keracunan DSAI. Yang pasti jika ianya positif Ianya adalah ledakan bom nuklear buat Mahazalim dan BN. Dan jika negatif Ianya adalah seolah senjata makan tuan bagi DSAI. Ah..siapa tidak tahu putar belit keling sekor ni. Seribu satu kemungkinan boleh berlaku. Ugutan ke atas para doktor, paksaan ke atas kakitangan hospital, penyeludupan perisik, pertukaran bahan ujian, pindaan keputusan dan serba mak nenek cara penipuan untuk menidakkan bahawa DSAI diracuni. Kezaliman paling jelas Mahazalim ialah apabila DSWA dinafikan hak menziarahi DSAI yang sedang menderita. Penderitaan fizikal tidaklah sedahsyat penderitaan batin. Sudahlah fizikal nya disakiti , menafikan DSAI bertemu dengan anak isteri dan ibubapanya adalah terlalu zalim dan tidak berperikemanusiaan. Semua Pemimpin melayu UMNO tersimpul lidah mereka. Kini baru mereka sedar Binatang jenis apa yang berjasadkan Mahazalim. Saya menyeru agar sekelian reformis memainkan peranan lebih gigih Berkempen khasnya isu kemanusiaan ini khususnya dikampung kampung masing-masing. Ambilllah cuti khas dengan misi suci pulang kekampung-kampung untuk menyedarkan sekelian Rakyat jelata yang juga menderita diracun segala jenis media Mahazlim. Gelombang yang makin membesar ini pastikan cukup besar dan kuat untuk Menumbangkan mahazalim dan menenggelamkan BN buat selama-lamanya dari bumi Malaysia yang sedang bangsat keadilan. ABU JANDAL Faizal Sanusi (Ketua Pemuda PRM) Cedera DiPukul FRU Saya baru sahaja pulang dari Hospital Universiti jam 2 pagi ini. Tujuan saya ke sana adalah melawat saudara Faizal yang ketika itu masih menunggu keputusan ujian darahnya buat kali kedua memandangkan doktor bimbang beliau mengalami kecederaan pada hatinya akibat dipukul oleh anggota FRU petang tadi di hadapan Masjid Negara. Beliau bersama-sama beberapa pimpinan Pusat PRM serta Angkatan Pemuda PRM telah bersembahyang di Masjid Negara dan seterusnya ingin menyampaikan memorandunm rakyat kepada DYMM Di Pertuan Agong. Keluar sahaja dari kawasan masjid tanpa sebarang amaran mereka telah dikepung dan berikutnya dipukul oleh anggota FRU tanpa sebarang amaran. Saudara Faizal telah dipukul dua kali di sebelah kanan badannya mengakibatkan lebam yang besar. Lebam ini terhasil dari pendarahan dalam. Saudara Hassan Karim pula bernasib baik tidak dipukul dikepala kerana beliau tunduk cuba mengambil kasutnya yang tetanggal semasa FRU menghayunkan cota kearahnya. Namun demikian pergelangan lengannya bengkak kerana menahan pukulan tersebut. Saudara Faizal juga akan menjalani ‘ultrasound’ malam ini bagi memastikan tahap kecederaan yang dialami oleh beliau. PEGAWAI KERAJAAN DIPAKSA KE CERAMAH PM Kami kakitangan kerajaan yang bertugas di Perlis khususnya para pendidik serta rakan sejawat kami dari Kedah,(dari Institut Perguruan Darul Aman Jitra, dan Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani) dan dari Pulau Pinang,(Maktab Perguruan Tuanku Bainun, dan Maktab Perguruan Persekutuan, Pulau Pinang) serta 100 orang penuntut dari tiap maktab tersebut diarahkan ke Maktab Perguruan yang baru di Kangar untuk mendengar siri pembohongan Mahathir pada Selasa. 21.9.99.Kami rasa sungguh kesal dengan tindakan sedemikian keatas kakitangan kerajaan. Mengapa UMNO seringkali mengheret kakitangan kerajaan terlibat dengan siri pembohongan ini. Kami sebenarnya tidak mahu terlibat langsung dengan mana-mana parti politik, sebagai mana arahan KSU kami. Jelas sekali perjumpaan tersebut bermotifkan politik UMNO. Sebelum ini kami tidak pernah didedah dengan politik sekotor ini. Tetapi sekarang kami rasa semua kakitangan kerajaan telah diperkosa dengan politik UMNO yang amat ketara terlalu kotor lagi mengotorkan.Kalau UMNO nak kotor, kotorlah, janganlah melibatkan kami kakitangan kerajaan yang tidak mahu memihak kepada mana-mana parti politik, sebagaimana arahan, terlibat sama dalam kekotoran yang UMNO telah lakukan. Sekarang kami juga terdengar yang seorang dari bekas ahli UMNO yang disingkir dari jawatannya, telah diracuni dengan racun arsenik. Setahu kami, sebagai dari golongan guru sains, arsenik ini amatlah bahaya dan boleh membawa maut. Kalaulah berita ini betul, tentang bekas ahli UMNo tersebut diracun dengan arsenik. ini sudah menjadi kes cuba membunuh, atau membunuh.Kami juga difahamkan yang bekas ahli UMNO ini adalah seorang tahanan penjara. Bagaimana kami nak ceritakan kepada penuntut kami tentang perkara ini? Kami ditanya berkali-kali bagaimana seorang tahanan diracuni ? KSU belum pun keluar panduan menjawab soalan sedemikian. Najib dalam ucapannya dimajlis tersebut ada menyentuh tentang saudara Anwar Ibrahim menerima nasib sedemikian kerana dia tidak bersyukur kepada apa yang didapatinya.Itulah balasan Tuahan terhadapnya. Menteri kami ni pun tidak kurang hebatnya dengan fatwa-fatwa songsang dengan penuh dalil-dalilnya. Tetapi yang kami tidak pasti adakah tahanan yang diracuni itu sama orangnya dengan Anwar Ibrahim yang dimaksudkan Najib, Menteri kami tu. Satu perkara lagi tentang Najib , menteri kami tu, ternampak sangat kehijauannya sebagai menteri. Pertama dia suruh kami tepuk tangan. Kami pun tepuklah. Mula-mula kami tak berasa nak tepuk pun, sebab tidak ada apa yang perlu ditepukkkan. Lagi pula kami sebagai pegawai kerajaan konon tak beranilah nak lakukan sesuatu sebab tidak ada arahan bertulis dari kementerian atau dari KSU kami. Keduanya Najib, menteri kami ni,bercakap tentang perjumpaannya dengan (guess Who?) siapa lagi kalau tidak dengan Mahathir, menteri perdana kita yang membela nasib rakyat. Katanya si Najib ini. dalam perjumpaan itu, kononnya dia (Najib, menteri kita ni) menasihat Mahathir menteri perdana yang membela nasib rakyat ni, berehat kerana selalu dia mengidap selesema dan sebagainya. Kata pula Mahathir, menteri perdana yang membela nasib rakyat, dia tidak boleh berbuat berehat selagi rancangan membangunkan negara kita belum selesai. Nah. Itu dia memteri perdana yang sebenarnya. Tak kira sakit demam pun tapi masih mahu melihat pembanngunan negara diteruskan. Dan Najib terus menerus menyokongnya sampai terjilat-jilat lidah merahnya, mentei kita ni. Amboi. Kalau dah nak jilat pun janganlah di hadapan kakitangannya. Najib ooi. Janganlah memalukan diri sendiri dihadapan kakitangannya. Kami yang merasa malu dengan pengakuan Najib, menteri kami ini. Apa pembangunan yang Mahathir kena lihat sendiri? Apakah sekarang pun dia yang pergi melihat sendiri? Kalau dari pejabatnya tak bolehkah? Najib, kami tahu kau seorang yang kurang pengetahuan, janganlah anggap kami pun macam kau juga. Lawatan menteri atau perdana menteri sekali pun adalah untuk tujuan politik semata. Politik kotor yang kami telah didedahkan ini. Tambah-tambah lagi dalam musim pilihan raya seperti ini. Kami difahamkan malam sebelumnya Mahathir telah mengadakan perhipunan di stadium. Cukuplah kalau itu yang hendak dilawatinya.mengapa perlu guru-guru dipaksa datang, sekolah ditutup, khusus untuk memaksa kami berjumpa dengannya.keesokannya pula. Apakah pembangunan yang dilihatnya dengan memaksa kami datang dari jauh berhimpun di dewan tersebut? Sudahlah menteri kami. Kami tidak rela lagi diperkosa oleh UMNO untuk kepentingan politik UMNO. Kami tidak mahu lagi diperbodohkan ucapan-ucapan dan fatwa-fatwa songsang kamu . Kamu kotor jangan kami dilibatkan sama. Kamu UMNO pembunuh, jangan kami diheret dalam niat jahat kamu. Demi Tuhan, kami sekali-kali tidak bersubahat dengan kezaliman UMNO ini. Kami terang-terang menentang dan mengecam tindakan jahat UMNO membunuh Anwar Ibrahim, ya! Allah. Musnahkanlah orang-orang bersubahat sama ada secara terus atau tidak, dalam usaha membunuh Anwar, ya, Allah. Kami kakitangan kerajaan yang dipaksa ke Kangar tempoh hari kebanyakannya pergi atas dasar paksaan bukan atas kehendak kami sendiri.Ingat UMNO kami tidak mahu terlibat dengan mana-mana parti politik. Kami patuh kepada arahan Ketua kami.Anak Tani Kedah.Pembaca Doimoi 98.21.9.99 ______________________________________________________ Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>