*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Assalamualaikum, Kelmarin..........
Sambil menunggu isteri membeli barang-barang keperluan diPasar, aku kewarong
untuk sarapan pagi.Aku memilih disatu sudut yang terbuka agar senang nampak
apabila isteriku melintasi untuk ketempat parking.Disebelah meja ku
sekumpulan wanita rancak berbual. aku masih ingat lagi salah seorang
daripadanya berkata,sambil mengangkat kakinya, "aku beli kasut ini dengan
harga 40 rial,aku beli dua pasang dia bagi 70 rial",tersenggeh-sengeh
bangga.Memang dasar perempuan suka menunjuk-nunjuk.Aku memerhati seorang
demi seorang.....Aku kenal salah seorang dari merika,dia juga memandang
tepat pada ku.Sah dia,,,,,,,,,tidak silap lagi!!!.Barangkali dah lama dia
memerhatiku, tetapi aku tidak perasan.Aku tidak akan lupa kata-kata pedasnya
pada isteriku semasa Pilihan Raya tempuh hari..Beliau guru Quran,beliau juga
guru isteriku ,beliau adalah kaum ibu,barangkali  beliau sekarang nidah jadi
puteri UMNO, mungkin baru balik bersidang.Umornya barang kali hampir sama
perdana menteri kita.Sah merika ini baru balik dari persidangan UMNO,,,sah
bila ada yang menyebut tentang kesibukkan kl.Dulu seorang Guru Quran
terkenal tinggal dikampungku.Semasa hidupnya  beliau ramai melahirkan Qari
dan Qariah.Hajjah Rogayah Sulong,johan antara adalah salah seorang anak
muridnya....tapi bila aku buat culaan(dikampungku)kebanyakkan guru Quran ini
penentang kuat gerakkan islam.Arwah pakSu aku pernah berpesan,"kalau nak
baca Quran mesti kena niat'"Niat ikut saperti allah suruh dalam Quran dan
tinggal apa yang allah larang.Guru Quran kena ajar niat ni,pada anak
muridnya......... 

        Seterusnya terbayang diruang mata ku akan gelagak perwakilan
UMNO,terbayang wajah Tuan presiden yang amat disayangi,Dato Abdullah
BNadawi,Yusof nor,Tuan guru Hamid othman, Rashid ngah ,Ahmad said,dan
lain-lain lagi.Apakah barisan pimpinan ini yang akan membawa kebahgian umat
dunia dan akhirat?..Maka Tuan Presden hentam melayu bagitu rupa,hentam
pas,hentam sana hentam sini.....hidangan tahun ini yang disediakan olih Tuan
presden amat meloyakan...makanan busuk berulat yang tidak lalu dimakan,cuma
merika yang tidak punya deria rasa yang meratah dan menelannya,malah ada
yang memuji akan keenakkan hidangan yang disediakan olih Tuan presden.Kalau
inilah hidangan yang disediakan tahun ini,orang umno sendiri akan beralih
ketempat hidangan yang  berzat untuk dunia dan akhirat(PAS).


        Kelantan,Trengganu sejak pas ambil alih, dia buat dengan kuasa yang
dia ada.judi dah tak dok,bagitu juga arak,riba  dan kaki tangan kerajaan trg
pinjaman tidak ada riba.Bagitulah tugas pemimpin yang nak menyelamatkan umat
islam.kita kena faham tentang menegakkan Islam ini adalah menjadi tugass
kita semua umat islam,bukan dikelantan,terengganu dan malaysia saja islam
mesti ditegakkan, tetepi diseluruh dunia.,"waraqa bin naufal bin asad
saorang pendita nesrani pernah memberitahu kepada nabi kita "Demi Allah yang
mengguasi jiwa waraqa, kau adalah pilihan Allah kau adalah rasul untuk kaum
ini.Telah datang  jibrail yang dulunya menemuai nabi musa,sekarang datang
kpd kamu, orang akan menentang kamu,mengejek kamu dan meyeksa kamu merika
memulau kamu dan berperang dengan kamu.jika aku masih hidap waktu itu aku
akan sedaya upaya menolong kamu",jika allah menghendakinya.Dan kita tidak
hairan kalau amno menentang pas bagitu rupa.

        kalau dulu orang nak beramal dengan islam sembunyi-sembunyi,kerana
takut pada Abu Jahal,tetapi sekarang merika yang menentang Islam adalah
Guru-guru yang mengajar Quran,ustaz-ustaz,guru-guru agama,yang tahu
agama.arwah ayah su pernah beritahu,"kalau nak ngaji Quran mesti kena niat
dulu,niat,,,niatnya "aku kena ikut apa yang allah suruh dalam Quran ni dan
tinggal apa yang dilarang".Dok tahulah tok guru lain ada ajar ke dok pada
anak muridnya...........Arwah Ayah su pernah beritahu,kalau nak kenal orang
munafik senang je,sama ada diri kita atau orang lain."kalau janji dia
mungkir,kalau bercakap dia bohong,kalau dia diberi amanah dikhianati,"kata
ayah su lagi, orang munafik ni tinggal di patat neraka yang tidak ada
dasar.Jadi kita bolih peratilah ucapan-ucapan yang
berapi-rapi,janji-janjinya dan amanah yang diberi.Mu kata "sedap mulut
aja,malah inilah
pertama kali dengar aku dengar perkataan "HAPRAK".....mungkin orang
kelantan,Terengganu tak pernah dengar perkataan tersebut,tapi ingatlah kita
semua," Nabi kita melarang kita  memenggil nama dengan nama yang tidak
disukai...."Luka kena lembing senang sembuh,tapi luka kerana lidah akan
dibawa sampai mati.......Orang tidak akan lupa..........
Dilidah terletak seribu satu kejahatan dan dilidah juga terletak
kebaikkan.Lidah yang Hudoh adalah lidah yang mengikut syaitan.........
Maaf isreri telah datang Aku sambung lagi...............





 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Idrus, Sulaiman" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke