*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ SIAPAKAH THOLIBAN? Penulis: Fadhal Mohammad Bin Nur Muhammad Yusuf Zaei Penterjemah: Abu Barzah Al-Jitrawy
Dalam pasaran sekarang !!! ------------------------------------------------------------------------ Kesilapan Negara-negara Orang Islam Lanjutan dari kekacauan yang berleluasa dan keadaan politik yang terumbang-ambing telah mengakibatkan jatuhnya kota Kabul. Era kejatuhan ini bermula di peringkat perlantikan pucuk pemerintahan negara. Negara barat iaitu musuh Islam seperti Amerika, Britain, Perncis dan negara kafir yang lain telah berusaha sedaya upaya supaya pemerintahan Islam yang tulin tidak tertegak di bumi Afghanistan. Oleh itu mereka telah memperalatkan beberapa bauh negara orang Islam untuk menyempurnakan pakatan atau misi mereka ini. Pertubuhan yang dipertanggungjawabkan untuk memainkan peranan penting ini ialah PBB dan Majlis Keselamatan Dunia (Security Council). Akhirnya, satu sistem pemerintahan telah dibentangkan hasil daripada kata sepakat negara-negara Islam. Pertama sekali Prof. Mujaddidi telah dilantik menjadi Presiden selama dua bulan sahaja kemudian Prof. Burhanuddin Rabbani pula menggantikannya untuk jangkamasa enam bulan. Setelah itu, puak kepimpinan telah dilantik melalui pilihanraya, pelik dan melucukan (begitu mudah dicapai kata sepakat dalam perkara yang sangat penting ini) sehinggakan budak-budak pun tersenyum mendengarkannya. Mengapa tidak? Ianya adalah satu peringkat yang tersangat penting sehinggakan ia boleh menjadi racun jika diperlewatkan walaupun seketika. Sejarah Islam telah membuktikan bahawa selepas sahaja kewafatan Rasulullah saw, maka Abu Bakar As-Siddiq ra telah dilantik menjadi khalifah sebelum jenazah Rasulullah dikebumikan. Perlantikan Umar Al-Faroq sebagai khalifah telah diumumkan melalui wasiat bertulis tanpa pengetahuan sesiapapun, apabila kertas wasiat itu dibacakan barulah diketahui umum bahawa Umar Al-Faroq ra telah dilantik menjadi khalifah dan semua orang mengiktirafnya. Pada waktu itu Umar Al-faroq telah mendapat kecederaan, beliau telah memilih enam sahabat ra dan menahan mereka dalam sebuah bilik, selagi mana khalifah tidak diputuskan maka tidak siapa dibenarkan keluar masuk dari bilik tersebut. Pengawal khas pula ditugaskan mengawal dengan rapi bagi mengelakkan sebarang gangguan berlaku dalam bilik mesyuarat tersebut. Lihatlah betapa pening dan telitinya mereka dalam soal khalifah. Di sini pula mujahiddin telah diberikan kerajaan seperti satu hadiah dan ini merupakan satu kesilapan besar, setelah itu memberi kebenaran pula kepada pihak musuh menyebarkan dakyah dengan mudah, kemudian menggunakan pula istilah Presiden dan Perdana Menteri (macam Malaysia - Enot) sedangkan perjuangan syuhada’ adalah untuk menegakkan sistem khalifah dan pemerintahan khalifah Islam yang tulin. Lahirnya Gerakan Islam Tholiban Di Afghanistan Apabila sistem pemerintahan negara berada dalam kelemahan maka kemaksiatan dan kemungkaran berleluasa kembali. Ini disebabkan kekuatan musuh masih lagi wujud di dalam negara yang mana kawasan ketenteraan yang penting masih lagi wujud di dalam genggaman mereka. Oleh sebab itu mereka membiarkan sahaja pergolakan yang berlaku dalam proses pembentukan negara yang baru ini atas ehsan dan belas kesian mereka. Pihak komunis pulabila melihat mujahiddin ini boleh dipecahbelahkan dan dilagakan, maka mereka mula menanam racun permusuhan kepada kumpulan mujahiddin yang berbeza itu. Mereka tahu bahawa dalam suaana begini persetuuan pasti mudah diterima. Bagi mnyempurnakan pakatan memburukkan nama jihad an mujahiddin maka mereka telah berpura-pura menyokong kumpulan mujahiddin yang berbeza (puak) itu. Negara kafir an negara orang Islam lain yang tidak ingin sebauh negara Islam tulin tertegak di sana telah mengambil bahagian dalam konspirasi itu. Bantuan-bantuan telah disediakan dan pihak komunis dari dalam mula menggerakkan kerjanya dengan cepat sekali. Setelah itu berlaku huru-hara di Afghanistan dengan pelbagai kemaksiatan seperti kecurian, perogolan dan pergaduhan sesama sendiri. Akibatnya, semua yang berlaku dipertanggungjawabkan ke atas negara mujahiddin ini. Sedangkan semua ini adalah hasil perancangan pakatan negara-negara luar dan kecaman yang dibuat telah melibatkan nama jihad dan mujahiddin. Kerosakan yang diperbuat pihak lain tetapi mujahiddin yang dipersalahkan. Dalam kesempatan ini, pihak komunis an sekutunya telah mendapat banyak faedah bagi mengukuhkan pengaruhnya. Keadaan di Afghanistan yang kucar-kacir ini telah membuatkan rakyat hampa dengan kerajaan yang sedia ada. Sehinggakan mereka rela menerima kedatangannegara kafir lain menjajah negara mereka walaupun negara itu lebih teruk daripada Russia. Asalkan saja mereka mendapat keselamatan daripada penzalim-penzalim itu. Akibatnya harta, nyawa dan kemuliaan seseorang sudah tidak terpelihara lagi. Selepas Asar sahaja, bandar menjadi lengang. Orang ramai berkejaran pulang ke rumah dan menjaganya sepanjang malam walaupun dalam keletihan selepas bekerja pada siang hari, namun begitu keadaannya masih tidak terselamat dan tidak terpelihara. Tiada siapa pun boleh bersiar-siar bersama anak isteri di siang hari secara aman. Kanak-kanak yang cantik dan tidak berjanggut pula terpaksa dipindahkan ke Pakistan oleh kerana kanak-kanak sebegini berada dalam kebimbangan tidak selamat bila saja keluar dari rumah. Zina dan hubungan sejenis sudah berleluasa dilakukan sehinggakan mengikut satu berita pernah berlaku di Kandahar seorang lelaki berkahwin dengan lelaki lain, orang ramai telah merayakannya dengan kegembiraan dan maruah mereka telah ‘terkubur’. Keadaan yang lain pula ialah di setiap bandar besar seorang komando memiliki kekuasaan tersendiri dan dia berkuasa di kawasannya. Jika sekiranyan komunis masuk dalam kawasannya (yang menjadi sekutunya) dan membuat kezaliman terhadap orang Islam atau kepada sesiapa pun, maka komando ini akan berdiam diri sahaja. Beginilah kezaliman yang dilakukan oleh komunis dan sekutunya di bumi Afghanistan sehinggakan rakyat lupa kepada kezaliman yang telah dilakukan Russia dahulu. Di setiap jalan, komando-komando ini memiliki kubunya sendiri dan di setiap kubu ada sekatan yang merentangi jalan yang dibuat dengan pagar berantai besi. Mereka akan menahan kenderaan yang melaluinya dan merampas apa sahaja harta yang dimiliki mengikut sesukanya. Termasuk jam tangan, cincin, wan dan lain-lain lagi. Jika mereka melihat serorang perempuan cantik bersama maka mereka akan mengeluarkannya dari kenderaan tersebut secara paksaan dan berkata: “Inilah perempuan yang telah hilang dari kita”. Mereka mempermainkan harta dan kemuliaan musafir. Belas kasihan dan tangisan tidak memberikan apap-apa kesan kepada mereka. Malahan aduan daripada si lemah ini membuatkan mereka itu semakin menggila dan naik darah. Mengikut satu berita, seorang lelaki telah melalui salah satu kubu di jalanraya Kandahar, ketika itu penzalim itu meminta wang darinya maka musafir ini berkata: “Adakah Allah dan RasulNya mengizinkan kamu mengambil wang cara begini?” Maka mereka pun berkata: “Ayuh kita adukan hal ini kepada Allah dan RasulNya”. Kemudian musafir tersebut dibawa ke sebuah bilik di dalamnya dua orang sedang duduk, kedua-duanya tidak berjanggut dengan wajah yang hodoh. Penzalim itu telah bertanya kepada salah seorang dari keduanya: “Ya Allah, adakah kamu mengizinkan kepada kami untuk mengambil dari musafir ini?”. Lalu dijawabnya: “Saya izinkan”. Selepas itu mereka bertanya kepada yang seorang lagi: “Ya Rasul, adakah kamu mengizinkan?”. Jawabnya: “Saya izinkan”. Kemudian penzalim itu berkata kepada musafir tersebut: “Lihatlah Allah dan RasulNya sudah mengizinkan kami. Sekarang serahkan wang kepada kami”. Sidang pembaca yang dihormati! Perkataan ini tidak dituturkan oleh lidah orang Islam sekalipun ianya fasiq, bahkan yang mengucapkannya tidak lain lagi merekalah komunis tulin yang tidak beriman kepada Allah swt dan RasulNya saw. Apabila keadaan sebegini berlaku dan komunis beserta sekutu-sekutunya menduduki bumi Afghanistan dengan cara melampaui batas, maka kemurkaan Allah swt yang tidak ada tandingannya sehingga sampai ke tahap syahid (lihat surah al-Buruj: 12) dan azizuntiqam (lihat surah Ali Imran: 4) an meruskan sanjungan buat 16,000 darah syuhada’ yang terkorban dan ketika penerimaan doa para ulama’ dan syuhada’. Allah telah membangunkan tenteranya di bawah Tholiban di bandar Kandahar bertepatan dengan ayat (lihat surah Muhammad: 38) mengukuhkan Revolusi Islam berwajah Tholiban di bawah satu Amir yang soleh di Afghanistan dan menzahirkan semula revolusi keadilan, kemuliaan, keharmonian dan syariat Islam di bumi jihad itu. Tholiban seolah-olah terbukti dengan sifat-sifat berikut: 1. Berani dan tidak gentar dalam syarahan adalah kebenaran orang Islam. 2. Keadilan tertegak dan bebas dari pencemaran ataupun kekotoran. 3. Memiliki sifat malu dan maruah diri adalah fitrah orang Islam. 4. Mempunyai keberanian dalam kehidupan yang tidak ada tandingannya. 5. Setiap orang Islam berjuang untuk menghancurkan, memutuskan urat (punca) kebatilan. 6. Cermin kehidupan disaluti dan dipenuhi dengan amalan soleh. Bersambung ke..... Siapakah Tholiban Dan Dari Mana Datangnya? Siri 1 http://mari209.tripod.com/2001okt/2001-3334.htm siri 2 http://mari209.tripod.com/2001okt/2001-3338.htm siri 3 http://mari209.tripod.com/2001okt/2001-3335.htm siri 4 http://mari209.tripod.com/2001okt/2001-3336.htm siri 5 http://mari209.tripod.com/2001okt/2001-3337.htm (Versi internet ini disediakan oleh Enot Sabah) ------------------------------------------------------------------------ <Picture><Picture> <Picture> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Farina <[EMAIL PROTECTED]>