*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamu'alaikum, Berita dalam Harakahdaily.com http://www.harakahdaily.com/sept/m12sep2000_5.shtml Beritanya: Bukan Islam dijemput melawat Kelantan OLEH: JOHARI JAAFAR IPOH, 12 Sept (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempelawa masyarakat bukan Islam di luar Kelantan melawat negeri itu untuk melihat sendiri apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri berkenaan terhadap bukan Islam di sana. Gesaan itu dibuat oleh beliau sewaktu bercakap di majlis dialog bersamanya yang dianjurkan oleh DAP Negeri Perak di sini, baru-baru ini. Menurut beliau, media massa yang pro terutama akhbar berbahasa Melayu kerajaan tidak melaporkan berita yang tepat mengenai Kelantan, malah media massa arus perdana sering kali memberikan gambaran yang buruk terhadap Kerajaan Kelantan yang diterajui oleh PAS. Begitu juga pemimpin-pemimpin Umno yang sentiasa mencanangkan tentang keburukan dan kelemahan Kerajaan Kelantan dengan memberikan gambaran bahawa Kerajaan Negeri itu menindas orang-orang bukan Islam. "Saya amat mengalu-alukan kedatangan orang-orang Cina dan India di negeri ini melawat Kelantan dan bertemu sendiri dengan masyarakat Cina dan India di sana." "Saya percaya jika orang-orang Cina dan India di negeri ini mendapat gambaran yang sebenarnya tentang Kerajaan Kelantan pimpinan PAS, bukan Islam di Negeri Perak tidak akan merasa takut untuk memberikan sokongan kepada Barisan Alternatif khususnya kepada PAS," tambah beliau. Masyarakat bukan Islam tidak pernah dianiayai, malah mereka tidak pun dipaksa memeluk agama Islam kerana Islam mengajar bahawa tidak ada paksaan dalam memilih agama kepada mereka yang bukan Islam. "Orang bukan Islam kekal dengan anutan agama masing-masing dan kita tidak paksa mereka supaya menganut Islam, kenapa pula bukan Islam takut kepada PAS," katanya. PAS yang berjuang atas dasar Islam akan mempertahankan keadilan yang hakiki, kerana itu Kerajaan Kelantan seberapa daya akan menjalankan pemerintahan yang adil kepada semua tanpa mengira agama dan fahaman politik. Beliau berharap dengan adanya majlis dialog seumpama itu tembok penghalang antara bukan Islam dengan PAS akan dapat dipecahkan, sekaligus salah faham terhadap Islam dan PAS itu dapat dihapuskan. "Bukan Islam yang melawat Kelantan diharapkan akan memberikan memberitahu saudara-mara dan sahabat handai mereka di sini tentang apa yang lihat dan dengar daripada masyarakat Cina dan India di Kelantan," katanya lagi. Turut hadir di majlis itu Speaker DUN Kelantan, Pengerusi DAP, Encik Kit Siang, Setiausahanya, Encik Kerk Kim Hock, Pengerusi DAP Perak, Nge Hoong Kam, dan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Sabran Asmawi. _________________________________________________________________________ Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com. Share information about yourself, create your own public profile at http://profiles.msn.com. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>