*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dubai On-line

MB Terengganu diwawancara TV AlJazeera 
Oleh : [EMAIL PROTECTED] 

http://202.157.186.6/November/fe2nov2001_1.shtml


Bila program ‘Bilahuhud’ AlJazeera Rabu 31 Oktober yang bermula dengan gambar lebam 
mata Anwar Ibrahim sebagai montaj memperkenalkan ‘Haji Abdul Hadi bin Awang Menteri 
Besar Negeri Terengganu, Malaysia’ sebagai tetamu, terasa satu kegembiraan dan 
kejayaan yang manis oleh kami yang tertunggu-tunggu. 

Dengan sambutan hebat terhadap siaran TV AlJazeera yang kini dikatakan ditonton 
melebihi 40 juta orang seluruh dunia (kecuali Malaysia?), kemunculan seorang Menteri 
Besar dari Malaysia dan termasuk dalam 10 pemimpin paling berpengaruh di Asia 
memberikan satu wajah baru kepada Malaysia sendiri. 

Penulis selalu juga sewaktu di tanahair (dari semenjak pulang ke tanah air dari New 
Zealand akhir 80an) mengikuti syarahan Tuan Guru di Masjid Subang Jaya dan melihat 
beliau sebagai pemimpin yang konsisten dan mempunyai kredibiliti. 

Kehebatan beliau berpidato memang sudah diakui dan penulis salah seorang generasi baru 
yang mengkagumi beliau walau waktu itu masih tidak begitu peduli mengenai banyak 
perkara. 

Selain Tuan Guru MB Kelantan, boleh dikatakan MB lain yang ada tidak masuk dalam liga 
yang sama kerana kebanyakannya cakap tidak serupa bikin dan tidak seperti imej yang 
digembar-gemburkan oleh media perdana tempatan. 

Malah pertemuan peribadi dengan beberapa Menteri, MB atau KM yang melawat Dubai 
memberikan gambaran sebenar taraf pemikiran dan kepimpinan mereka. Boleh dikatakan 
tanpa ‘political patronage’, kebanyakan mereka hanya layak untuk membawa fail atau 
pemandu kereta Perdana Menteri. 

Persoalan mengenai kesan selepas serangan Amerika terhadap Afghanistan di Malaysia dan 
Negara Islam lainnya menjadi bahan utama wawancara. Tuan Guru berjaya menampakkan 
ciri-ciri seorang pemimpin yang boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa. Selain 
fasih berbahasa Arab, hujah-hujah yang dikemukakan adalah bernas dan berfakta. 

(Penulis tidak dapat mengulas lanjut kerana kegagalan memahami sepenuhnya wawancara 
atas kelemahan bahasa Arab tetapi akan berbuat demikian dengan pertolongan seorang 
sahabat dari rakaman video) 

Melihat dari lokasi para pemanggil dan penghantar emel, jelas Tuan Guru kini semakin 
dikenali di dunia Arab. Dengan sendirinya tidak salah dikatakan dapat memberikan wajah 
‘alternatif’ kepada kepimpinan baru umat Islam. Satu perkara yang tidak mustahil. 

Sememangnya seorang pemimpin yang baik bukan sekadar kerana kuasa dan pangkat yang 
dimilikinya. Ada pemimpin yang tidak mempunyai jawatan tetapi berpengaruh kerana 
ciri-ciri kepimpinan yang diterima ramai. 

Malah berani dibuat kesimpulan tentang ramai juga mereka yang bergelar ‘pemimpin’ 
rasmi di tanahair ini tidak lebih sekadar ‘badut’ dan kalau ada yang baik pun sudah 
tidak lagi di arus perdana. 

Berita sensasi ketika ini tentang kegilaan ‘rasuah’ seorang MB bukan berita baru dan 
mengejutkan. Sekadar cerita kitar semula yang akan terus menjadi ‘trademark’ dan 
sebahagian dari sistem korup pentadbiran selagi tiada perubahan dari segi 
pemerintahan. 

Pemimpin-pemimpin alternatif di Malaysia sejak lama di’senarai-hitamkan’kan oleh media 
perdana kepunyaan parti pemerintah yang sering pula memutar-belitkan kenyataan. 

Pemimpin seperti Tuan Guru perlu pendedahan di peringkat antarabangsa. Pemikiran dan 
wawasan mereka perlu diketengahkan untuk memberi ruang kepada satu perspektif baru 
terhadap Malaysia sendiri. 

Strategi begini dengan sendirinya memperlihatkan kemampuan para pemimpin alternatif 
selain pemimpin ‘rasmi’ negara yang sudah tidak relevan dan sekadar ‘liabilities’. 

Bila ramai rakyat Amerika sendiri sudah mula muak dan bosan dengan retorik bersifat 
keganasan oleh Presiden Bush, apalagi rakyat Malaysia yang sejak lama dihidangkan 
dengan menu yang sama dan basi setiap hari. 

Kepimpinan alternatif yang bukan sahaja muda dan intelektual tetapi bersih perlu lebih 
bijak menggunakan ‘media’ antarabangsa seperti AlJazeera. 

Tulisan-tulisan yang membentangkan hujah berfakta perlu lebih luas diterbitkan. Bukan 
sekadar retorik di ceramah-ceramah yang mungkin dihadiri oleh orang yang sama. 
Bagaimana untuk mereka yang dikatakan ‘majoriti diam’? 

Sudah sampai masanya sekumpulan penyokong pemimpin alternatif yang bertaraf pemikir 
ini melibatkan propaganda melalui media (selain yang berfahaman kuno di tanahair) 
secara lebih teratur, konsisten dan sistematik. Termasuk penerbitan berbentuk massa 
seperti akhbar tanpa berkala yang boleh disebarkan meluas. Internet adalah salah satu 
media yang popular tetapi belum mencapai taraf pendedahan maksimum seperti VCD yang 
sudah disekat. 

Melihat wajah Tuan Guru di AlJazeera sendiri sudah cukup memberikan satu kegembiraan 
buat kami yang sejak lama tidak melihat beliau di mana-mana kaca TV. Bukan mudah untuk 
menatap seorang pemimpin alternatif menjadi tetamu khas dan disiarkan ke serata dunia 
bercakap dan berhujah dengan baik dalam bahasa Arab. 

Harapan di masa terdekat, untuk melihat lebih kerap kemunculan pemimpin alternatif 
Malaysia mengisi program perdana antarabangsa. Mungkin strategi begini dapat 
memecahkan tembok media perdana tempatan yang semakin dibenteng oleh pagar yang reput! 

  



Comments ? E-mail Us








 

 


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Farina <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke