*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KENYATAAN MEDIA
CALON PM DARI PARTI-PARTI ALTERNATIF-ANWAR IBRAHIM TERHARU

Saya telah diberi kebenaran untuk melawat suami saya Sdr. Anwar Ibrahim 
kelmarin yang sedang dirawat di Hosspital University Kebangsaan Malaysia 
kerana disyaki mengalami keracunan arsenik. Dalam pertemuan itu, saya telah 
menyampaikan kepada beliau keputusan daripada kepimpinan utama Barisan 
Alternatif yang bersetuju mengemukakan nama Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai 
calon untuk jawatan Perdana Menteri sekiranya Barisan Alternatif memenangi 
pilihanraya ke-10 akan datang. Berita yang saya sampaikan itu membuatkan 
Sdr. Anwar begitu terharu dan beliau telah meminta saya menyampaikan ucapan 
setinggi penghargaan dan terima kasih beliau atas kepercayaan yang diberikan 
kepada beliau oleh rakan-rakan dalam kepimpinan Barisan Alternatif. Sdr. 
Anwar Ibrahim menganggap pencalonan itu merupakan satu pengorbanan yang 
tinggi daripada kepimpinan dalam parti-parti Barisan Alternatif kerana 
beliau menyedari bahawa Barisan Alternatif tidak ketandusan pemimpin; malah 
ramai yang juga berkebolehan dan berwibawa untuk menjadi pemimpin negara. 
Sdr. Anwar memberitahu bahawa PAS umpamanya, adalah sebuah parti yang 
mempunyai sejarah perjuangan yang gemilang yang mana ramai pemimpin-pemimpin 
mereka berkorban disepanjang sejarah. Secara peribadi Sdr. Anwar menyanjungi 
kepimpinan Y.B. Dato’ Ustaz Fadzil Noor dan menganggap beliau seorang rakan 
yang jujur. Beliau juga mendapati DAP sebagai sebuah parti yang 
menyumbangkan perjuangan yang konsisten menentang ketidakadilan, rasuah, 
penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Ini jelas dicerminkan melalui 
kepimpinan YB Saudara Lim Kit Siang yang tidak gentar membongkar pelbagai 
skandal dalam parlimen.
         Sdr. Anwar juga menyatakan bahawa PRM yang dipimpin oleh Saudara 
Dr. Syed Husin Ali, telah memberikan sumbangan yang besar, contohnya 
menegakkan perjuangan hak golongan masyarakat setinggan, golongan yang 
miskin dan tertindas. Begitu juga dengan kepimpinan dalam KeADILan, Sdr. 
Anwar mengakui bahawa ramai diantara mereka yang terlibat dalam 
memperjuangkan hak asasi manusia, akauntibility dan perpaduan kaum dinegara 
ini. Saudara Anwar Ibrahim menyatakan lagi bahawa muafakat yang ditunjukkan 
dalam persoalan pencalonan kepimpinan negara (sekiranya Barisan Alternatif 
memenangi pilihanraya akan datang) menunjukkan bahawa semangat kerjasama 
antara Parti-parti Alternatif sebenarnya berada pada tahap yang amat 
memberangsangkan. Ini jelas membuktikan bahawa pelbagai cemuhan, propaganda 
murahan dan kenyataan-kenyataan oleh Dr. Mahathir dan regim beliau yang cuba 
melaga-lagakan pemimpin- pemimpin dalam Barisan Alternatif adalah perkara 
yang paling ditakuti oleh Dr. Mahathir dan penyokong-penyokongnya dari 
Barisan Nasional oleh kerana kerjasama seperti itulah yang akan mencabar dan 
meruntuhkan regim Dr. Mahathir. Sdr. Anwar cukup senang dengan konsep 
kepimpinan muafakat yang diutarakan oleh Barisan Alternatif. Itulah 
kecenderungan beliau, berbeza dengan cara kuku besi yang mirip kepada 
kediktatoran yang berlaku sekarang—yang mana media digembeling dan 
diperalatkan untuk memperkuatkan imej seorang pemimpin yang sudah kehilangan 
pengaruh dan popularitinya, disamping mengheret institusi0institusi penting 
negara seperti polis, pejabat Peguam Negara,Badan Kehakiman serta media 
untuk mengekalkan kuasa. Sdr. Anwar seperti pemimpin-pemimpin Barisan 
Alternatif yang lain sedar bahawa kepimpinan itu adalah satu amanah. 
Nilai-nilai mulia dan murni seperti kejujuran, kebijaksanaan, ketegasan dan 
keberanianmesti ada pada setiap pemimpin untuk menegakkan keadilan. Oleh 
itu, beliau meminta agar semua pihak,terutamanya pemimpin, mesti melindungi 
hak rakyat dan membela mereka yang terpinggir dan menegakkan prinsip hak 
untuk semua. Dr. Wan Azizah bte Wan Ismail Presiden Parti KeADILan Nasional 
(KeADILan) 22 September 1999

SAH - UTUSAN MELOYA DAN BERITA HAIRAN PENIPU DAN PEMBOHONG!
Pengarah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia Hospital (HUKM) Prof Datuk 
Dr Khalid Abdul Kadir hari ini  MENAFIKAN ia telah membuat kenyataan bahawa 
ujian yang dijalankan oleh HUKM menunjukkan bahawa tiada kesan keracunan 
dalam Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Dalam sebuah kenyataan yang diterbit oleh BERNAMA, Dr Khalid berkata bahawa 
beliau tidak menerima mana-mana keputusan ujian makmal yang menunjukkan 
bahawa tiada kesan racun dalam Dato Seri Anwar. Beliau juga kata bahawa 
Utusan Malaysia dan Berita Harian telah sensasikan laporan mereka yang tidak 
tepat itu. Beliau menegaskan bahawa keputusan semua ujian belum lagi 
diketahui dan pihak beliau terpaksa menunggu selesainya ujian tersebut 
sebelum mereka boleh membuat kenyataan atau keputusan yang muktamad. 
Berkenaan laporan suratkhabar tersebut yang mengatakan bahawa HUKM tidak 
menjumpai tanda jelas keracunan dalam Dato’ Seri Anwar, Dr Khalid berkata
bahawa "saya tidak pernah berkata itu". Ia juga kata bahawa "media tersebut 
tidak patut membuat keputusan bahawa Anwwar tidak diracun"
Sila lihat laporan BERNAMA tersebut di lama web di 
http://www.bernama.com/bernama/general/ge2209_22.htm Yang peliknya, laporan 
BERNAMA tersebut ada versi Inggerisnya, tetapi tidak terdapat di laman web 
BERNAMA versi Bahasa Melayu. Begitu juga dengan laporan suratkhabar yang 
mengatakan Anwar tidak diracun - ia keluar di suratkhabar Melayu saja tetapi 
tidak diterbit di mana-mana suratkhabar Inggeris.Memang nyata musuh-musuh 
Anwar ingat orang Melayu saja yang bodoh, yang biul, boleh percaya 
pembohongan dan tipu helah mereka. Memang budaya mereka untuk mengina orang 
Melayu. Sudah sah - Utusan Malaysia dan Berita Harian pembohong dan penipu. 
Saya rasa pihak keluarga Dato Seri Anwar dan juga pihak HUKM patut mengambil 
tindakan undang-undang dan menyaman kedua-dua suratkhabar tersebut - dan 
tidak kurang dari RM60 juta!

ULASAN TAJUK AKHBAR BERITA HARIAN DAN UTUSAN
Macam ribut bunyinya hari ini Berita Harian dan Utusan Malaysia mengumumkan 
bahawa DSAI tidak diracuni arsenic. Kedua-dua akhbar ini memang diketahui 
adalah akhbar mewakili iblis-iblis Malaysia tetapi saya rasa cara Berita 
Harian memutarbelitkan kenyataan Pengarah HUKM Dato’ Prof. Khalid Kadir 
lebih iblis dari Utusan. Kenapa tidak jadikan berita Azizan bangsat itu 
berkhalwat dan berkemungkinan juga berzina sebagai tajuk berita anda? Kenapa 
tidak siarkan tilam Azizan berkhalwat di muka hadapan akhbar anda seperti 
yang disiarkan oleh akhbar-akhbar berbahasa Cina? Sisial senyum kambing 
Utusan tidak pula menunjukkan reaksi " aku terperanjat besar " apabila 
Azizan ditangkap berkhalwat seperti yang dikatakannya dahulu apabila Sukma 
dan Dr.Munawar kononnya mengaku diliwat oleh DSAI. Sebaliknya senyum kambing 
itu dengan berani berkata " lagi-lagi sembahyang hajat, tapi hajat tak 
kesampaian" semalam. Ya Allah! mengapakah Engkau jadikan senyum kambing ini 
manusia, bukankah lebih baik Engkau jadikan dia binatang kerana 
mempersendakan ugamaMu? (Nota: Kata-kata yang diukirkan dalam senyum kambing 
itu menunjukkan perkataan yang terkeluar dari seorang yang sudah murtad 
menurut seorang pensyarah UIA. Mungkin permohonan dan permintaan apa sahaja 
yang diinginkan akan termakbul dengan memohon dari Mahathir dan bukannya 
dari ALLAH S.W.T.- mahazalimtwo)
        Apabila saya membaca kenyataan Pengarah HUKM, saya dapat membuat 
kesimpulan bahawa setakat ini belum ada apa-apa pengesahan dari HUKM 
mengenai keracunan arsenic DSAI. Dato’ Khalid Kadir cuma berkata " Tidak ada 
tanda-tanda khusus DSAI mendapat keracunan arsenic. Walaubagaimanapun, tidak 
semestinya ketiadaan tanda-tanda tersebut bermakna DSAI tidak mendapat 
keracunan arsenic. Kita masih menunggu laporan ujian yang dilakukan". Inilah 
kenyataan yang disebut oleh Dato’ Khalid Kadir tetapi yang ditulis di dalam 
Berita dan Utusan ialah kenyataan beliau yang mula-mula sahaja. Tidak 
mungkin sesaorang doktor walaubagaimana pakar sekali pun boleh membuat 
kesimpulan yang sedemikian tanpa disokong oleh ujian-ujian yang berkaitan. 
Ada kalanya keputusan ujian yang dilakukan berlawanan dengan pemeriksaan 
klinikal ( Sometimes, biochemical testings negate the doctor’s clinical 
diagnosis ). Sebagai orang yang mengenali Dato’ Khalid Kadir, saya ingin 
menegaskan bahawa beliau adalah saorang doktor yang berwibawa dan sangat 
mementingkan kualiti di dalam pemeriksaan dan rawatan pesakit-pesakit 
beliau. Beliau akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan sesuatu diagnosa 
dengan tepat dalam masa yang paling singkat. Oleh itu, saya berasa keputusan 
ujian-ujian yang dilakukan oleh HUKM akan dapat diketahui secepat mungkin. 
Saya percaya beliau dapat memberitahu keputusan ujian-ujian tersebut 
"without fear and favour". Kalaupun Dato’ Khalid disingkirkan dari HUKM, ada 
berpuluh tempat di dalam dan luar negara yang mahukan kepakaran beliau. Kita 
tidak akan mempercayai siasatan yang dilakukan oleh Polis setelah apa 
yangterjadi dengan kes kecederaan DSAI dahulu. DSAI memang tidak perlu 
bekerjasama dengan Polis sebab Polis memang tidak boleh dipercayai. Cuma 
orang bodoh sahaja yang mempercayai siasatan Polis. Ahmad Badwi ( hamba abdi 
Mahathir ) tidak payahlah memberi komen DSAI tidak bekerjasama dengan Polis. 
Dato’ Khalid Kadir juga ada menyatakan bahawa DSAI dikesan mengalami masalah 
paru-paru melalui CT scan dan juga berdarah tinggi yang menurun apabila 
bangun ( postural hypotension ). Kita tidak tahu lagi apakah masalah 
postural hypotension dan paru-paru DSAI ada berkaitan dengan arsenic atau 
tidak masih di dalam siasatan HUKM. DSAI cuma dilihat sihat pada zahirnya 
sahaja tetapi kini telah terbukti bahawa beliau mempunyai masalah kesihatan 
yang memerlukan siasatan lanjut. Ramai orang yang nampak pada zahirnya sihat 
tetapi mereka tidak sedar bahawa mereka ada membawa penyakit tertentu yang 
hanya boleh dikesan apabila siasatan mendalam dilakukan.
SAYA MENDOAKAN DSAI SENTIASA DILINDUNGI ALLAH.  DOKTOR PAKAR SIBER

Wawancara Terbaru MRF Dengan Datin Seri Wan Azizah Ismail
ANWAR MENAFIKAN SEKERAS-KERASNYA LAPORAN PALSU AKHBAR TEMPATAN

Dalam wawancara terbaru MRF, Datin Seri Wan Azizah Ismail telah mengesahkan 
bahawa ura-ura yang puteri sulungnya, Nurul Izzah telah ditangkap polis 
adalah tidak benar sama sekali. Buat masa sekarang Nurul Izzah sihat 
walafiat serta tabah memperjuangkan keadilan bersama-sama rakyat. Setakat 
ini masih lagi belum ada cubaan untuk menangkap Nurul Izzah oleh pihak 
polis. Selain itu Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan salam dan selamat 
sejahtera kepada semua rakyat Malaysia khususnya para penyokong reformasi. 
Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan agar semua pejuang-pejuang reformasi 
supaya terus beristiqamah walaupun ramai pemimpin-pemimpin muda telah pun 
ditangkap. Semua ini perlu dihadapi dengan sabar dan tabah kerana 
sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar. Rentetan daripada
penangkapan beramai-ramai ini banyak bakat-bakat muda dicantas terus 
daripada mewarnai peradaban Malaysia menuju ke alaf baru.
Buat masa sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi berasa penat dan 
pihak HUKM sedang menjaga beliau dengan baik. Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin 
mengesahkan kepada rakyat bahawa laporan oleh media tempatan seperti Utusan 
Malaysia dan Berita Harian bahawa beliau tidak diracun adalah LANGSUNG TIDAK 
BENAR sama sekali.
       Menurut Doktor Khalid, tiada kesan racun pada peringkat awal dalam 
diri Datuk Seri Anwar Ibrahim DI BAWAH JAGAAN HUKM. Berkemungkinan kesan 
racun akan lebih jelas sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi di 
dalam penjara. Setakat ini hanya ujian jangka masa pendek yang dijalankan 
dan keracunan Arsenik pula memerlukan jangka masa yang panjang untuk 
dikesan.Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada semua yang 
menyokongnya lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang di mana beliau diseksa 
secara fizikal sekali lagi oleh kerajaan MAHAFIRAUN. Beliau berpesan kepada 
rakyat Malaysia supaya mengambil iktibar rentetan peristiwa racun ini kerana
ia membuktikan bahawa MAHAFIRAUN sanggup melakukan apa sahaja untuk terus 
berkuasa. MEDIA RAKYAT FIRAUN 22 SEPTEMBER

Menjawab Pak Lah B Di Berita Harian
MEMIMPIN ADALAH AMANAH BUKAN SEKADAR TAMAKKAN KUASA

Polis terpaksa bertindak dan tidak boleh berdiam diri apabila keselamatan 
anggotanya serta orang awam diancam penunjuk perasaan, kata Datuk Seri 
Abdullah Ahmad Badawi dalam Berita Harian 22 September 1999 muka 
dua…Porahhh! Naik geli geleman saya membaca berita tersebut. Selama ini saya 
hanya suka membaca berita tak kira dari Arus Perdana atau Suara Rakyat di 
Internet tetapi kali ini kenyataan itu mendorong saya untuk menulis. Mungkin 
ini sebagai sumbangan kecil saya untuk para reformis.
Dengar sini Datuk yang semakin hilang Seri… saya ingin bertanya Datuk (yang 
tiada ditempat kejadian dan menyatakan kepercayaannya kepada anggota 
keselamatannya). Apakah yang menyebabkan Polis terpaksa bertindak; adakah 
terdapat unsur-unsur keganasan dari orang awam yang hadir di Masjid Negara 
mengiringi rombongan rakyat yang ingin mengadap Tuanku untuk menyerahkan 
Memorandum Rakyat. Apakah Datuk percaya perhimpunan itu bertujuan jahat 
seperti jahatnya niat Majijikan Datuk terhadap bekas TPMnya.  Apakah datuk 
percaya selepas perhimpunan rakyat di Masjid Negara itu rakyat akan 
bertindak ganas membakar masjid, Pusat Islam dan Muzium Islam.Sebagai 
seorang muslim kita telah dididik supaya menghormati tempat ibadah dan 
institusi agama yang lain. Rakyat Malaysia menuju alaf baru tidak sebodoh
anggota keselamatan Datuk yang mengikut arahan melulu dari Majijikannya.
          Sepanjang penglibatan saya mengikuti siri Demonstrasi di ibu 
negara pihak Polislah yang memulakan Provokasi terhadap orang awam. 
Peristiwa kekecohan (bukan rusuhan ganas) di masjid Negara juga bermula 
dengan tindakan GANAS Polis memukul orang awam di barisan depan, menembak 
gas pemedih mata dan memancut air dari Draconionnya. Semua tindakan Pihak 
keselamatan Datuk seolah-olah tidak menggunakan akal yang di kurniakan Allah 
Subhanawataala untuk berfikir. Berhadapan dengan berpuluhan ribu orang awam 
bukan begitu caranya. Tiada tanda seruan supaya orang awam beredar. Jika 
benar-benar mahu orang awam beredar buat pengumuman secara jelas bukan 
sekadar dua tiga kelompok sahaja yang mendengar arahan. Gunakan pembesar 
suara… bukankah Datuk dapat menjangkakan berapa ramai orang awam akan hadir 
hari itu kalau tak masakan begitu ramai Polis dan FRU di kerahkan ke situ. 
Setelah arahan dibuat, berilah masa buat beberapa ketika untuk orang awam 
beredar. Bergerak dalam puluhan ribu bukan sepantas pergerakan dalam 
kumpulan dua atau tiga orang. Hai takkanlah benda-benda macam ni Orang Awam 
macam saya nak kena ajar pulak!  Tetapi sesungguhnya saya percaya Datuk 
sengaja membuat kenyataan tersebut bagi menutup maksud tersirat Datuk 
terhadap persekongkolan Datuk dengan pemimpim yang zalim. Marilah kita 
sama-sama berdoa agar Allah membalas perbuatan durjana ini terhadap Datuk, 
Majijikan Datuk dan orang-orang suruhanDatuk…Amin Yarabbil alamin ! 
PnJimmySetiawangsa 23 September 1999

Polis Malaysia Kejam Dan Zalim
POLIS YANG MELAYAN KAMI BAGAIKAN BINATANG TERNAKAN SAHAJA YANG LAYAK DICEMUH

Pada Rabu yang lepas, pasti ramai tergempar dengan berita bahawa seorang 
doktor yang kebiasaannya pendiam dan pemalu telah ditembah mati oleh 
polis.Polis mendakwa bahawa doktor tersebut cuba melanggar mereka, lalu 
mereka menembaknya.Seperti biasa, media propaganda MAHAFIRAUN cuba menutup 
kejadian ini dengan tidak menyiarkan kenyataan daripada saksi berkecuali di 
kejadian itu, sebuah jururawat dan kawan doktor. Rakyat tidak sekali-kali 
mencemuh polis yang menjalankan tanggungjawab dengan penuh wibawa dan 
kesedaran. Tetapi mereka yang melayan kami sebagai binatang ternakan sahaja 
memang layak untuk dicemuh sahaja. Apa, ingat kami ini binatang sahaja? 
Doktor yang pendiam dianggap binatang liar yang cuba melarikan diri. Kalau 
cuba berlari sikit, tembak sahaja.Selepas ini, apa lagi tindakan polis untuk 
"mengawal keadaan"? Tembak mereka yang berkumpul beramai-ramai? Pukul orang 
sampai mati sahaja? Sampai bilakah kita mahu hidup dalam keadaan ini? Kami 
tidak tahan lagi dengan sikap polis yang berkasar-kasaran dengan rakyat 
biasa. Kami tidak kisah kalau polis bertindak kasar kepada mereka yang nyata 
ganas dan cuba melawan. Tetapi sampai anak-anak kecil pun hendak diganasi, 
masya-Allah! Saya amat berharap bahawa polis pun mengalami reformasi diri 
dan sikap. Rakyat mahukan satu angkatan polis yang berwibawa dan 
bertanggungjawab, bukan yang sama sahaja seperti penyangak-penyangak yang 
mereka memburu.Anti-keganasanoleh pembaca MAHAFIRAUN 2020 23 SEPTEMBER 1999
MAHAFIRAUN Jual Harta Rakyat Kepada Hong Kong, US Dan UK
AKHIRNYA RAKYAT TERPAKSA MEMBAYAR DENGAN KADAR TINGGI KEPADA SYARIKAT ASING 
!
Rupa-rupanya komen www.keadilan.org mengenai penjualan Tenaga Nasional 
Berhad (TNB) sebuah syarikat diperbadankan kepunyaan rakyat Malaysia, kepada 
orang asing, benar belaka. Dalam laporan www.keadilan.org itu Pengarah 
Urusan TNB Tan Sri Datuk Tajuddin Ali dikatakan menulis surat kepada Sdr 
Anwar Ibrahim menyeru beliau memberhentikan perbuatan durjana MAHAFIRAUN 
itu.Walaupun MAHAFIRAUN berkali-kali menyatakan bahawa dia tidak mahu orang 
asing "menjajah" negara, dia telah memberi kebenaran kepada salah seorang
kroninya, Tan Sri Yeoh Tian Ling (Pengerusi YTL) untuk bergabung dengan CLP 
Holdings Ltd (sebuah syarikat Hong Kong kepunyaan peniaga Republik Rakyat 
Cina)untuk membeli harta TNB, termasuk penjana elektrik di Kapar, Selangor. 
Hari ini, CLP mengumumkan mereka akan membeli RM 4 billion harta TNB. Selain 
itu, TNB telah dipaksa menjual sebanyak RM 15 billion hartanya kepada orang 
asing. Antara pembeli termasuk National Power plc (United Kingdom), Northern 
States Power Company (US) dan PowerGEn plc (United Kingdom).
Dengan demikian, TNB akan kehilangan kuasanya ke atas 60% penjana elektrik 
negara ini. Sebaliknya, TNB akan menaikkan harga bil letrik demi membayar 
kos membeli letrik daripada syarikat kepunyaan orang asing yang rata-ratanya 
mempunyai hubungan rapat dengan anak-anak Dr MAHAFIRAUN! Rakyat bukan sahaja 
kehilangan harta awam tetapi juga terpaksa membayar bil letrik yang lebih 
tinggi. MAHAFIRAUN yang zalim dan tamak haloba itu terus memeras rakyat! 
Bilalah kamu nak mapus??? oleh Ir. Syed Muhammad Adli 23 September 1999

Sekali Lagi Ketololan TV3 Suku
PEMIMPIN
Buletin Utama TV Tiga Suku sekali lagi mengulangi ketololannya menyampai 
Berita Terkununnya mengenai dakwaan Wan Azizah tidak dibenarkan berjumpa 
suaminya (Anwar) ketika di rawat di HUKM. Seperti biasa penampilan 
personaliti begitu mengkagumkan dan berkeyakinan menyampaikan dakwaan Wan 
Azizah tidak benar…diberikan beberapa tarikh Wan Azizah berjumpa dengan 
Anwar termasuk dengan lawyernya sekali semenjak Anwar dipenjarakan.Perkara 
itu kununnya berdasarkan kenyataan dari pihak penjara jadi nampaklah dakwaan 
Wan Azizah tidak betul. Ditunjukkan sekali keratan yang diambil dari akhbar 
Harakah mengenai dakwaan Wan Azizah itu…nak nampakkan kekelentungan Wan 
Azizah. Bagi orang kampung, orang-orang yang tak baca akhbar harakah,dan 
orang yang tak ikuti perkembangan politik semasa mereka akan percaya dengan 
berita TV Tiga suku itu. Maka simpati dan kepercayaan orang terhadap Wan 
Azizah akan hilang begitulah kesan yang di kehendaki oleh pihak TV tiga suku 
terhadap Wan Azizah yang mana suaminya telah dianianya. Mai sini Cek nak 
cerita kat orang ramai tentang ketololan pemberita ?pemberita TV Tiga Suku 
yang telah melanggar etika kewartawanannya ketika menyampaikan berita 
(fitnah). Dalam dakwaan Wan Azizah di akhbar Harakah itu beliau menyatakan 
pihak penjara menafikan hak Wan Azizah untuk berjumpa dengan suaminya 
sepanjang Anwar dirawat di HUKM. Tetapi berita yang disiarkan di TV bahlul 
itu ialah kebenaran telah diberikan terhadap Wan
Azizah untuk berjumpa dengan suaminya sepanjang ia dipenjarakan semenjak 
September 1998. Bukankah berbeza antara…Sepanjang suaminya dirawat dengan 
sepanjang suaminya dipenjarakan.Itulah akibatnya apabila dunia kewartawanan 
telah dilacurkan oleh pemerintah.. Walau bagaimanapun Cek berharap orang 
awam tidak kecewa untuk terus mengikuti Buletin Utama itu (bukan kerana Cek 
dapat saham) tapi supaya kepalsuan berita dapat dikesan dan didedahkah 
kepada umum.Semoga Allah membalas perbuatan orang yang bersekongkol dengan 
perintah yang zalim.Amin.PnJimmy 23 September 1999

AZIZ SHAMSUDDIN TUBUHKAN "YUPPIE" PENYOKONG MAHAFIRAUN
MAHAFIRAUN dan kuncu-kuncunya cukup takut kerana  kaum  muda begitu ramai 
yang bangkit menentang  kezalimannya.  Setelah hampir kesemua pemimpin muda 
KeADIlan  ditangkap, termasuk Ezam dan Tian Chua yang masih  dalam 
lingkungan tiga puluhan, MAHAFIRAUN bertindak  mencari sokongan di kalangan 
golongan muda.  Mula-mulanya, MAHAFIRAUN menugaskan pemangku Ketua  Pemuda 
UMNO Hishamuddin Hussein untuk mencari  "budak-budak bodoh" yang sanggup 
menyatakan sokongan   terhadap MAHAFIRAUN.  Hishamuddin hanya berjaya  
mendapat sokongan dua tiga kerat pemuda bukan Melayu  yang bekerja dengan 
Tan Sri Noordin Sopiee di ISIS. Setelah itu, MAHAFIRAUN meminta bantuan 
Saifuddin  Abdullah, Haman Kecil yang kini bertugas sebagai  Presiden MBM.  
Saifuddin berjanji untuk
menolong,  tetapi dia juga gagal.  Malah, Saifuddin ditentang  habis-habisan 
oleh golongan muda dan hanya mendapat  sokongan belia tua nak mati dalam 
Majlis Belia  Felda,  GPMS dan Belia 4B.
        Akhirnya, MAHAFIRAUN menyuruh Aziz Shamsuddin,  Setiausaha 
Politiknya untuk berbuat sesuatu.  Aziz  Shamsuddin yang merupakan "guru 
politik" Saifuddin  Abdullah lebih pandai.  Dia mengupah sebanyak RM  20,000 
kepada seorang pemuda lingkungan dua puluhan  untuk mencari sokongan. Pemuda 
itu ialah anak Ketua Setiausaha Kementerian   Dalam Negeri, Tan Sri Samsudin 
Osman.  Samsudin  merupakan seorang pegawai kerajaan yang cukup rapat  
dengan MAHAFIRAUN, semasa menjadi Setiausaha  Persekutuan Sabah dahulu dia 
pernah memberi projek  sebanyak RM 2 billion kepada putera MAHAFIRAUN iaitu  
Mirzan. Setelah diketahui oleh pemimpin BN Sabah, Samsudin  ditukarkan ke 
Kuala Lumpur.  Kini anaknya yang  merupakan lulusan Australia dan bekerja di 
Petronas  itu pula menjadi kroni MAHAFIRAUN dan Aziz  Shamsudin.  Budak 
berhingus ini telah berlari ke sana ke mari  untuk mencari "budak-budak" 
usia 20an (seperti  spesifikasi Aziz Shamsuddin) untuk mnubuhkan persatuan  
bernama "Professional Muda Menyokong MAHAFIRAUN".  Dia  kata dia sanggup 
membayar jika mereka masuk  persatuan  ini.  Persatuan ini pula sudah 
menulis memorandum  menuntut hukuman berat dijatuhkan ke atas pemimpin  
Reformasi yang kononnya "merusuh" di Masjid Negara  Sabtu lepas. Sayangnya, 
tidak ramai yang menyokong budak  berhingus  upahan Aziz ini.  Budak bernama 
Nizam ini dapat  mencungkil dua tiga penyokong, sayangnya mereka  penyokong 
kuat PAS dan berpura-pura di hadapannya!  Itulah Aziz Shamsuddin, nak buat 
kerja tak reti buat  kerja, tahu buat fitnah sahaja...Siapa hendak sokong  
kamu sekarang?  Mati sahaja MAHAFIRAUN, kamu pun  eloklah tempah nesan 
sepasang... oleh Jo, UNSW

CERITA DARI PERLIS.
Mamak Kutty dan kerajaan barisan taik baru sahaja selesai mengadakan 
roadshow terakhir ke negeri kelahiran saya iaitu negeri Perlis Indera 
Kayangan.Berita yang didapati disana sungguh membangkitkan kemarahan beliau 
beserta seluruh kerajaan barisan taik. Saya sempat bertemu dengan salah 
seorang ahli jawatankuasa yang mengendalikan majlis anjuran kerajaan barisan 
taik itu.Mereka (UMNO) dalam keadaan
yang sungguh genting sekarang, katanya. Berita yang akan saya sampaikan ini 
datang dari sumber yang cukup rapat dengan Shahidan Kassim sendiri.Tambahan 
pulak saudara saya Yazid Mat adalah adalah salah seorang orang kanan beliau. 
UMNO dalam keadaan yang amat getir.Setiap ahli yang masih tinggal dalam UMNO 
hanya berpura-pura dalam apa jua keadaan.Mereka juga sudah muak dan meluat 
dengan fitnah dan salah laku Perdana Menteri P****Mak itu.Namun mereka 
terpaksa dan dipaksa untuk terus berada dalam kerajaan barisan taik ini 
dengan berbagai ugutan.Berbagai tindakan akan diambil sekiranya mereka cuba 
menentang Mamak Mahazalim ini.
          Dalam majlis anjuran UMNO di Stadium Utama, Kangar dua hari lepas 
katanya, hujan telah turun dengan lebatnya dikawasan persekitaran dan 
berhampiran stadium.Ramai yang pelik dengan kejadian itu.Awan hitam dan 
mendung hanya berlegar disekitar kawasan perhimpunan anjuran Mahazalim dan 
kroninya.Program hebat (kononnya) banyak yang terpaksa diubah pada saat 
akhir.Kesian pihak penganjur yang terpaksa kena hamun dengan pegawai-pegawai 
mereka selepas majlis itu...  Katanya lagi, kami mengeluarkan arahan kepada 
semua kakitangan kerajaan negeri Perlis supaya hadir ke majlis tersebut 
sebelum jam tujuh malam dan semua agensi yang terlibat dengan pihak kerajaan 
diwajibkan hadir untuk mengelakkan sebarang tindakan keatas 
mereka.Pelajar-pelajar sekolah juga dijemput dan paling menyedihkan mereka 
terpaksa mengimport sebahagian besar pengunjung untuk memenuhi stadium.Namun 
yang datang pulak hanya berkata, kami datang nak tengok Noraniza Idris 
menyanyi, bukannya nak dengar orang ceramah politik!!!
          Selepas tamat majlis, Shahidan Kassim memberitahu bahawa negeri 
Perlis dibenarkan bercuti kepada semua penyokong kerajaan pada keesokan 
harinya...heh nak bodek rakyat kononnya....boleh blah la lu.. Kata mamat 
yang masih terlibat dalam Umno itu lagi, kami dok dalam UMNO ni pun sebab 
ada banyak kelebihan.Apa kami nak semua dengan mudah kami dapat.Tambahan 
pulak dah dekat sangat dengan pilahanraya ini.Cuba hang tengok jalan nak 
masuk kampung kita, dah depa turap sampai depan ghumah kita...heh...apa nak 
susah...tapi dengan cepat saya katakan  padanya, kalau betul UMNO jalankan 
amanah rakyat dengan baik kenapa tiada jalan nak masuk kerumah saya ditengah 
sawah bendang ni?Dah lebih empat puluh tahun kita merdeka, sampaikan nak 
jalan nak masuk kerumah saya sendiri pun tak boleh nak tolong, saya melihat 
dengan mata sendiri bagaimana seorang doktor daripada hospital besar Kangar 
datang kerumah saya dan mendukung kakak saya yang sedang tenat kerana sakit 
jantung untuk dibawa kehospital kerana tiada jalan untuk kenderaan masuk.Ini 
adalah cerita benar dan saya bersedia membuktikan kepada semua! Bagaimana 
seorang ahli jawatankuasa UMNO yang berada disebelah rumah saya dalam jarak 
kurang
100 meter boleh membodohkan diri sendiri tanpa melihat kesengsaraan orang 
lain....alasannya mudah kerana kami memang dari mula lagi tidak menyokong 
kerajaan barisan taik.Sebab itu kami tak perlu diberi bantuan yang 
sewajarnya.Bahkan kakak saya yang sakit jantung itu diugut untuk ditarik 
balik kemudahan rawatan percuma dihospital KAngar dan Pulau Pinang!!!Begitu 
zalim dan kejam binatang Mahazalim ini!!!!
        Akhir sekali kata mamat UMNO ini, kami akan setia dengan Mahazalim 
ini hanya untuk beberapa waktu sahaja...la ni dia banyak bagi kami 
kemewahan,kemudahan, dan tahukah anda bahawa mamak Mahazalim ini sedang 
bersiap untuk bersedia menerima kekalahan pilihanraya ini dengan cara yang 
paling kotor dalam sejarah...Mahazalim sudah pasti benar dia akan kalah 
berdasarkan roadshow yang telah dibuatnya....kini dia sedang menyembunyikan 
harta miliknya..!!! Saya doakan moga Allah memberi balasan yang setimpal dan 
amat dasyat kepadamu wahai Mahathir. Ingatlah bahawa doa-doa orang teraniaya 
akan Allah perkenankan Kepada pejuang reformasi sekelian, majulah, jangan 
gentar dengan ugutan Mahafiraun ini.Hapuskan mereka dari muka bumi ini. 
Allah huakbar!!!Allah huakbar!!!Allah huakbar!!!

PEMBETULAN BERITA

MP Kuala Selangor, yb DATO’ JAMALAUDIN ADNAN accident di Jalan Ampang, masuk 
A & E pukul 3 pagi dan 8 pagi ke neuro-icu, HKL.  Parah nampaknya.  Keluarga 
telah dipanggil untuk baca Yaasin.  3 pagi aksiden.... bersama-samanya 
seorang perempuan yang sedang mabuk teruk, dia tak apa-apa pulak 
tu...mungkin ALLAH minta perempuan tu bertobat dulu.   Persoalannya...dimana 
Datin?  Apa Dato’ buat kat Jalan Ampang jam 3 pagi.


______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke