*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamulaikum

PM Dr. Mahathir membuat kenyataan bahawa beliau akan memberi tumpuan lebih
kepada parti UMNO dan tidak kepada tugas kerajaan sebagai PM ketika berucap di
perjumpaan Pemuda semalam. Ini adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab!

Beliau dipilih oleh rakyat. Gaji beliau dibayar oleh rakyat untuk mengurus
kerajaan. Tiba-tiba beliau kata beliau mahu mengurangkan tumpuan kepada tugas
kerajaan dan memberi tumpuan lebih kepada parti UMNO khususnya bagi mendekati
golongan muda. Jika beliau berbuat demikian, maka elok jugalah kalau ada
kakitangan kerajaan yang ikut jejak langkah PM kita. Tuan-Tuan dan Puan-Puan
yang bekerja dengan pihak kerajaan bolehlah beri tumpuan pada parti
masing-masing kerana kita ikut kepimpinan melalui tauladan. Walaupun kita
dibayar gaji oleh rakyat, tetapi PM membenarkan kita memberi tumpuan pada
parti dan meringankan tugas-tugas. 

Inilah PM yang berumur hampir 75 tahun yang sudah sampai usia tidak menentu.
Beliau seolah-olah sudah tidak tahu menilai dan tidak tahu membezakan antara
seorang PM dan tugas seorang Presiden UMNO. Malah pimpinan UMNO dan BN
seluruhnya pun tidak tahu membezakan antara tugas pimpinan umum dengan
pimpinan parti sehingga menyalahgunakan perhimpunan rakyat dengan perhimpunan
parti, antara jentera kerajaan dengan jentera parti, antara duit kerajaan
dengan duit parti. Hanya rakyat yang tidak reti beza inilah sahaja yang terus
menyokong PM dan UMNO-BN. 


____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at 
http://home.netscape.com/webmail

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: hello hi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke