*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
A'kum sdra mat noor,

Saya tidak pasti apa sebenarnya agenda saudara, tetapi menulis dari kaca
mata seorang pekerja industri yang telah sekian lama bergelumang di sektor
industri, saya merasakan seolah-olah saudara punya agenda sendiri untuk
menulis seperti yang di bawah.

Saya tidak kisah sekiranya saudara ingin meluahkan rasa hati saudara, tetapi
ada baiknya diberikan fakta/statistik yang tepat, dan bukan sekadar andaian
semata-mata.

Pertama-tamanya ingin dinyatakan bahawa saya bukanlah penyokong gomen atau
penyokong mana-mana klik dalam Kesatuan Pekerja. Saya cuma ingin memberi
pendapat berdasarkan maklumat yang saya ada.

Pertamanya, adalah tidak benar mengatakan bahawa mahkamah industri bersikap
berat sebelah terhadap majikan atau pekerja; maklumat yang tepat yang saya
perolehi mengatakan bahawa:

Daripada 100% kes yang dibawa ke Industrial Relation department untuk
conciliation, 80% berjaya diselesaikan di situ. Yang baki 20% itu, apabila
dibawa ke mahkamah industri; selalunya 90% daripadanya dengan mudah
dimenangi oleh pihak pekerja.

Keduanya, ingin dimaklumkan di sini bahawa perkembangan terbaru di pihak
yang 'PUNYA KUASA' menunjukkan bahawa mahkamah kini lebih cenderung untuk
menyebelahi pekerja; pun begitu bukan pampasan yang mereka utamakan.
Perkembangan terbaru menunjukkan bahawa mahkamah lebih mengutamakan untuk go
for re-instatement (bagi kerja balik) instead of bagi pampasan.

Walau pun begitu, cakap pasal pampasan, majikan memang takut dengan
pampasan-pampasan ini; mungkin kerana itu, hari ini majikan tak begitu mudah
nak buang orang dengan sewenang-wenangnya, paling kuat pun mereka bagi turun
pangkat.

Kalau suka sangat nak buang orang, kalau kes tersangkut di mahkamah
industri, silap-silap boleh kena juta-juta.....macam cerita sorang pekerja
wanita dari KFC yang dapat ~RM1 juta sebab constructive dismissal.

Kepada pekerja-pekerja industri di luar sana, kalau tak tahu, ingin
dikhabarkan bahawa terdapat satu section dalam Industrial Relation Act,
section 20 yang mengatakan bahawa kita boleh bawa kes ke Pejabat Perhubungan
Industri kalau kita rasa macam kita kena dismiss (BUANG) walau pun
hakikatnya kita masih kerja kat situ, tapi majikan macam dah buang kita.
Contohnya: bagi satu meja, suruh duduk kat satu korner tak buat kerja
apa-apa, pagi pergi, petang balik, dengan harapan nak pressure kita suruh
berhenti kerja. Kalau jadi kes macam tu, no problem, sila mengadu ke pejabat
perhubungan industri terdekat....rujuk kes Victor Lazarus vs Toto Malaysia!

Sekadar Pendapat,
Ibrahim


=====================================================

mat noor sanglang <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

* Perhatian semua pekerja Malaysia yang mempunyai kes terhadap bekas
majikan.

Beberapa perubahan yang berlaku di Kementerian Sumber
Manusia akan membawa musibah kepada anda.Perubahan
yang bermula dengan menteri sumber manusia itu sendiri
di tukar dengan orang lain.Kini sudah ketahap dimana
Hakim hakim mahkamah industri itu sendiri kini diubah
ketempat, dan juga sudah banyak kes yang tertunggak
dan terhenti.

Anda yang mempunyai kes yang tertunggak dengan
Mahkamah Industri patut behati hati, peluang anda
memenangi kes tidak ada walaupun anda berada dipihak
yang benar dan syarikat anda telah melakukan
kesalahan.

Ini sejajar dengan arah tuju dimana sebanyak mana
mungkin industri terus beroperasi di Malaysia dan
menunjuk kepada dunia bahawa orang Malaysia ialah
pekerja yang tidak akan mendapat perlindungan undang
undang, walaupun berlaku kesalahan dipihak majikan.

Imej sebegitu sememangnya akan membawa jumlah pelabur
berniat jahat yang besar, namun begitu ianya akan
meyebabkan ketidaktentuan dan masalah pada peringkat
sosial.Sudah ada tanda tanda nyata tidak puas hati
dikalangan pekerja di Malaysia didalam media massa dan
setiap hari dikalangan penguna internet malaysia.

Untuk megelakkan masalah sosial yang besar, kerajaan
Malaysia mestilah mengkaji semula strategi dalam
membawa masuk pelabur dan juga meyelidik latar
belakang pelabur yang hendak beoperasi di Malaysia.

Pada masa ini Jabatan Buruh dan Pejabat Hubugan
Industri di seluruh Malaysia sudah tidak befungsi dan
telah gagal mencapai matlamat penubuhan.Jabatan Buruh
dan Pejabat Hubugan Industri di seluruh Malaysia hanya
wujud untuk menerima masalah pekerja dan tidak membuat
apa apa yang positif untuk meyelesaikan masalah itu.

Apa yang telah terjadi kepada cadangan Senator Zainal
Rampak supaya setiap rakyat Malaysia diberikan RM 1200
sebagai gaji minima.Apakah Senator Zainal juga telah
disumbat mulutnya dengan rasuah.

Sila forwardkan maklumat ini kepada setiap rakan anda
dan tolong forwardkan maklumat ini kepada Senator
Zainal Rampak.

______________________________________________
FREE Personalized Email at Mail.com
Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ibrahim Yaakob <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke