*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mana  Ada  Bom, Cerita Seks  Adalah...
(Nothing On bombs, just sex..........)


       Seorang  bekas tahanan  ISA menceritakan  bagaimana dia soal siasat 
berjam-jam lamanya mengenai pengalamannya dengan wanita
dan bukannya mengenai  tuduhan-tuduhan  bahawa dia  bercadang  menjatuhkan  
kerajaan  melalui  tindakan  militan.

“Tidak  ada satu  soalan  tentang  bom,  molotov koktel, ataupun  
kerja-kerja  militan,” demikian kata  Ketua  Pemuda  Keadilan 
N.Gobalakrishnan
kepada  Malaysiakini  dalam  satu  wawancara eksklusif.

“Sebaliknya  mereka memberitahu saya betapa Tian (Chua) dan Ezam Mohd Nor 
telah mengaku betapa mereka meniduri ramai perempuan, dan
saya mesti juga berbuat  pengakuan  yang serupa,” katanya.

“Mereka  telah juga memberitahu  sebab saya  ditangkap  ialah  kerana  saya  
kerap mengaibkan perdana  menteri dengan menyebut  “Mahathir
undur”  ketika  berceramah.”

Gobalakrishnan adalah  antara  10 aktivis reformasi  yang telah ditahan 
bawah undang-undang ISA yang  membolehkan  penahanan tanpa
perbicaraan,  dalam  satu  operasi  polis bermula  10  April.  Beliau dan  
seorang ketua  pemuda  Abdul Ghani Haroon, telah dibebaskan  oleh
Mahkamah Tinggi Shah Alam  setelah  ditahan  selama 51 hari. Dua orang lagi  
telah  dibebaskan  tanpa syarat oleh  pihak  polis.

Namun, empat orang lagi, timbalan presiden Keadilan, Chua, pemimpin  pemuda  
Ezam  dan Shaari Sungaib, dan kolumnis Malaysiakini
Hishamuddin   Rais, telah dihantar  ke  Kamunting   di  Perak  pada  2 Jun, 
untuk ditahan selama  dua  tahun atas  arahan  Menteri Dalam Negeri
Abdullah  Ahmad Badawi.

Nasib  ahli majlis  tertinggi Keadilan, Dr. Badrul  Amin Bahiron  dan 
seorang lagi  pemimpin  pemuda  parti itu  Lokman Noor Adam,  yang  ditahan
pada 20 dan 24 April, masih  belum diketahui.   Permohonan habeas  corpus   
di  Mahkamah  Tinggi  Shah Alam  akan  didengar  esok hari.

Habeas  corpus ialah satu  writ  yang  memerintahkan banduan  dihadapkan 
kepada  seorang  hakim  untuk  menentukan  kesahihan
penahanannya.

Harimau Tamil

Gopalakrishnan telah  memberitahu  Malaysiakini  apabila  dia  enggan   
mengaku   segala  tuduhan  kelakuan  seksualnya, dia telah  dijerit dan
didera  dan  ditolak  ke  dinding  oleh  para  penderanya.

“Pada  satu  hari  mereka   membiarkan  seorang anggota polis yang besar 
tubuh  badannya yang  memang  menggerunkan.  Dia  telah menolak
saya  daripada  tempat  duduk dan  menekan saya ke dinding  dan  berkata:  
‘Aku pernah  mendera  orang  Tamil Elam, dan  engkau  tidak  perlu
berlagak,”  katanya.”


“Pernah  mereka mahukan saya  membuat  pengakuan kerana  telah menerima 
banyak maklumat.  Saya hanya  perlu  menceritakan yang benar  dan
jika enggan, saya akan  dihantar  ke Kamunting,” tambah beliau.

Gobalakrishnan   menceritakan  para  pendera  itu  menghabiskan masa yang 
panjang  setiap  hari dimana tiga hingga  empat  anggota  polis
menderanya pada  sekali masa. Sepanjang   penahanannya itu,  terdapat 12 
pegawai polis  yang  berasingan,  tiga  daripadanya  kaum  India, tiga
Cina  dan  enam Melayu. Dia  tidak  dapat membezakan  perjalanan  masa  
setiap penderaan itu  kerana  dia  sudah kehilangan arah akan
peredarannya.

Gopalakrishnan menambah  betapa  dia  diberitahu  yang isterinya  R.Vasanthi 
  telah  pun  mjenghilangkan diri, dan  sedang menjalin hubungan
dengan  lelaki lain dan dia juga sentiasa menghadiri ceramah   dengan  
ditemani oleh  pemimpin  pemuda  PAS, Mahfuz  Omar.  Dia juga
memberitahu bagaimana polis  telah mengugutnya  untuk menahan isterinya juga 
seandainya dia terus  berkempen  terhadap ISA ketika ceramah
itu.

“Kasihanilah  anak-anak kamu, kata mereka. Apa akan  jadi kepada mereka 
kalau kami  tahan  isteri kamu  pula," kata  Gobalakrishnan.

“Saya  beritahu mereka  terdapat 1,000 penyokong di luar sana  yang sanggup 
menjaga keselamatan keluarga saya.  Saya tidak akan menahan
isteri saya  (menghadiri ceramah itu),” katanya.

Propaganda

Mengikut  kata Gobalakrishnan, dia dikurung sendirian  dalam satu bilik  
yang berukuran lapan kali enam kaki dengan  satu lampu kecil yang
meneranginya. Dia terpaksa tidur  tanpa  bantal dan selimut. Pancuran  mandi 
dan  kemudahan  tandas  memang  terdapat  di  kamar itu.

“Itu  memang  kerja  penderaan  yang mengaibkan. ISA tidak  layak  untuk  
manusia,” kata  beliau.

“Mereka  sediakan makanan yang tidak  boleh  saya makan. Saya dihinggapi  
penyakit gusi dan hampir mengalami masalah kesihatan kerana
terpaksa   membuat gerakan   riadah dengan  pakaian  penjara  yang  tidak  
menyediakan seluar  dalam.”

Ketika seorang  doktor  datang memeriksanya dia  telah meminta  diberikan 
masakan India, dan seluar dalam, tetapi hapah  pun  tidak  ada.

Gobalakrishnan tidak diizinkan sebarang  pelawat  selama lebih satu  bulan. 
Dia  mengatakan bagaimana  dia  sentiasa diberitahu  betapa
keluarganya  enggan  menemuinya  dan tidak  ambil kisah  akan  dirinya.

“Mereka menunjukkan keratan  akhbar  tentang  permohonan habeas corpus   
yang  membabitkan  rakannya yang lain, tetapi  menyatakan  tidak
ada  sesiapa  yang  memohon untuk  saya,”  katanya .

Gopalakrishnan  menuduh bahawa  para  penderanya berlagak  lebih hebat  
laksana   pakar  propaganda  Barisan Nasional daripada  sebagai
pegawai  polis. Dia mengatakan betapa  pihak  polis  semakin  risau  apabila 
  pergerakan  anti-ISA dikendalikan  oleh  para isteri,  sahabat dan
keluarga  para  tahanan.

“Mereka cub memutar  minda saya  mengenai BN. Mereka  terus  memberitahu 
saya  bahawa Mahathir  adalah manusia baik, dan Anwar tidak  baik
kerana  mereka telah  menyaksikan  Anwar  melakukan kerja yang tidak 
senonoh,” kata  Gobalakrishnan.

Dia  telah  mencabar  pegawai  polis  itu bersumpah  kepada  Allah kerana  
telah  menyaksikan perbuatan  Anwar  sebegitu tetapi  mereka  hanya
berdiam  membisu  dengan cabarannya  itu.

Mantan  timbalan perdana  menteri kini  sedang  menjalani  hukuman  15  
tahun  penjara di Sungai  Buluh  kerana (apa  yang  dikatakan)  korupsi
dan  perbuatan  tidak senonoh.

“Soal-siasat mereka memang bersifat perkauman.  Mereka kerap mendesak  saya  
menganggotai  MIC semula kerana  Keadilan tidak  berlaku  adil
kepada  orang India.  Mereka memberitahu saya  untuk  menganggotai  IPF 
ataupun PPP di mana saya  mempunyai  masa  yang  cemerlang.”

Suhakam  Yang Tidak Bebas

Gobalakrishnan  berkata  apabila  dia  ditemui oleh  perwakilan Suhakam  di 
ibu pejabat  polis  Kuala  Lumpur, dia  telah ditemani  oleh  para
penderanya  yang  menyekatnya  daripada  bercakap kepada  para  suruhanjaya 
akan pengalamannya ketika ditahan.

“Apabila  saya disoal  apakah  ada  apa-apa yang  mahu  saya  cakapkan, para 
pendera  saya  akan menyuruh  pesuruhjaya itu  berhenti di situ
dan  menanyakan   soalan  lain,” kata  beliau.

“Apabila  pesuruhjaya  itu  menyoal saya cara saya dilayan  ataupun  
mengenai kesihatan  saya, ada  pendera  saya  yang  mengatakan  soalan
itu  tidak  relevan, “ katanya.

Gobalakrishnan menceritakan  ada  pesuruhjaya  yang menanyakan kalau dia  
diberikan makan tiga kali sehari  dan samada  dia dipukul, didera
ataupun  dizalimi.

Malahan, katanya,  salah  seorang pesuruhjaya  itu  perasan  betapa  saya 
kelihatan  lemah,  menggeletar  dan  mencungap-cungap.

“Pesuruhjaya   itu  menanyakan  umur saya, dan  apabila saya  sebut  saya  
berusia 41,  mereka menjadi  terkejut," katanya.

Dia  berkata,  pertemuan dengan Suhakam, tidak  membawa sebarang  makna.

“Mereka  mudah  dikelentong  oleh  polis. Sepatutnya  mereka menemui kami 
selepas  kami  dibebaskan,” kata beliau.

Pada  24 Mei, empat orang    pesuruhjaya  Suhakam -  Anuar  Zainal  Abidin,  
Mehrun Siraj,  Dr.  Mohammad  Hirman Ritum  Abdullah  dan  Prof
Hamdan Adnan -  telah  bertemu  10 tahanan  ISA  secara  berasingan,  enam  
minggu selepas  Suhakam  membuat  permohonan  itu kepada polis.

Mereka  telah  melaporkan  betapa  tidak  ada  penderaan  terhadap  10 orang 
  tahanan  itu,  melainkan seorang  tahanan yang  mengatakan  dia
telah ditolak  ke  lantai dari  tempat  duduknya  dan  menuduh  dia  tidak  
dibenarkan  membuat  lapuran  polis.

Namun,   Suhakam tidak pula  menamakan  sebarang  tahanan  dalam  kenyataan  
akhbarnya  yang telah  dikeluarkan  selepas perjumpaan  yang
memakan masa tiga  jam. Gobalakrishnan  menyebut dialah  orang yang Suhakam  
   maksudkan  sebagai  ditolak  ke  lantai itu.

Kenyataan  itu  juga menyebut  nama  timbalan  pengarah  Cawangan Khas  
Abdul Razak  Sulaiman  dan seorang pegawai polis lagi telah
menghadirkan  diri  di sepanjang pertemuan  itu.

Suara  Allah

Gobalakrishnan menyatakan  betapa  dia dinafikan hak berjumpa peguamnya  
ketika dalam  tahanan. Dia juga  kerap dinafikan  haknya  membuat
aduan  terhadap  para  penderanya. Dia berkata, pada  hari  dia diarahkan 
bebas oleh  Mahkamah  Tinggi  Shah Alam,  dia  telah di kurung  dalam
satu  lokap  mahkamah  dan telah didatangi oleh sekitar  30 anggota cawangan 
khas  .

“Saya fikir  mereka  mahu  mengecam  muka  saya  supaya  mudah  menangkap 
saya  semula  apabila dibebaskan,” katanya.

Dalam  satu  keputusan  yang  bersejarah,  Hakim Mahkamah Tinggi Shah  Alam 
YA  Mohd  Hishamuddin  Mohd  Yunus  telah  mengarahkan
Gobalakrishnan  dan  Abdul  Ghani  Haroon dibebaskan atas alasan  penahanan  
mereka  di  bawah  ISA adalah  tidak  sah,  dilaksanakan  dengan
niat  jahat  dan  alasan    yang  tidak  jelas.

Hishamuddin  juga memberikan  arahan  agar polis  tidak  menangkap mereka 
semula dalam  waktu 24 jam  selepas dibebaskan.

Ketua  Polis  Negara  telah  pun  mengemukakan  rayuan terhadap  penghakiman 
  Hishammuddin  itu  dan perkara  itu  akan didengar  di
mahkamah  persekutuan  pada  18  Jun.

Ditanya  apa  perasaannya  terhadap  penghakiman  itu, Gobalakrishnan  
berkata. “Suara  Hakim  Hishamuddin seolah-olah   merupakan  suara
Yang maha Esa  untuk  saya  pada  hari  itu. Doa  permohonan  kami telah  
dimakbulkan.”

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke