*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
…….sambungan……

ii) Makna ‘addin’ yang kedua (ustaz Halim Nasir ambik
dua sahaja,pasai panjang sangat
perbahasannya),iaitulah memperhitung/mengadili/memberi
ganjaran.Apa maknanya?…Itulah kepercayaan kepada
‘yaumil qiamah’.Oleh yang demikian,makna ‘addin’ itu
ialah kepercayaan kepada ugama ALLAH dan kepercayaan
kepada negeri akhirat.
Sebab apa negeri akhirat disebut sebagai tempat
‘mengadili/menghitung/memberi ganjaran yakni
syurga/neraka?…Sebab,inilah yang diucap oleh
Saiyyidina Ali karammallahu wajhah,katanya,”Di sini
dunia,tempat beramal,tiada ganjaran.Tapi, di sana
akhirat,tempat ganjaran,tiada lagi beramal.” Maka
makna ‘addin’ yang kedua ialah meyakini
‘al-Qiamah’.Sebab itu,bila kita baca Quran,kita akan
dapati ayat-ayat tentang qiamat ni,cukup banyak.Satu
contohnya ialah dalam Surah Yaasiin yang bermaksud,
“Dan setiap semua kamu (makhluk) akan dikumpulkan di
sisi Kami,dan dihadirkan.”
[  ALLAH kata setiap makhluk itu (termasuklah jin
ifrit,manusia dan binatang),semuanya dikumpulkan di
Padang Mahsyar.Dan ‘addin’ mengajar kita supaya kita
kena tahu/ingat  tentang alam ini (qiamah). ]
Sebab itu,disebutkan dalam Suratul Fatihah ayat 4 yang
maknaNya,
“Raja pada hari ‘addin’ atau pada hari ugama.”
[ Ulama menafsirkan bahwa ‘hari ugama’ ialah hari
balas membalas,yakni qiamah.Sebab itu,ustaz Halim
selalu sebut bahwa qiamat ini sudah terlalu hampir
dengan kita.Kita saja yang dok rasa jauh lagi qiamat
ni,walhal ALLAH kata bahwa qiamat ni dekat sangat
dah,dari masa Quran diturunkan.Tapi bagi orang-orang
beriman,mereka tahu yang qiamat ini sudah cukup dekat
dah.Mereka dapat merasai bahangnya setelah
berbagai-bagai tanda telah dilihat oleh manusia.
Lalu ustaz menceritakan perihal gawatnya peristiwa di
Padang Mahsyar,yang setiap kita pasti akan tempoh juga
kelak.Bagaimana ada riwayat menyebut bahwa Nabi s.a.w.
memberitahu kepada para sahabat radiallahu
anhum,”Bahwa sesungguhnya,lamanya kamu berdiri besok
di Padang Mahsyar ialah 50,000 tahun akhirat,dalam
keadaan bersesak-sesak dengan segala jenis makhluk.”
…Bayangkan tuan-tuan,punyalah ramai sampai kita tak
kenal siapa pun di Padang Mahsyar tu.Semua jenis
makhluk akan berkumpul di sana; jin ifrit sejak Adam
sampai jin ifrit hat pengabih mati; manusia sejak Adam
sampai manusia pengabih mati; binatang sejak dinasour
sampai semut yang kecik; semua pakat berhimpun di sana
hingga keadaan menjadi kelam kabut.
Yang Nabi kata,”Kamu akan berdiri besok,50 000 tahun
akhirat.”
…Sedangkan 1 hari di akhirat bersamaan dengan 50 000
tahun dunia; Masya`ALLAH.Sila rujuk dalam Suratul
Ma`arij ayat 4.Tuan-tuan,kita bukan berdiri 50,000
tahun dunia ( sama dengan 1 hari akhirat),tapi kita
kena berdiri 50,000 tahun akhirat.Hmmm,kalau ikut
kiraan dunia,tuan-tuan kiralah sendiri,berapa lama
kita nak kena berdiri di Padang Mahsyar kelak.Punyalah
lama tuan-tuan, sehinggakan ada sahabat yang
mengeluh,katanya,”Alangkah lamanya kita akan berdiri
nanti.”…Tiba-tiba Nabi jawab,”Bagi orang yang beriman
dan bertaqwa,janganlah dia merasa bimbang.Kerana bagi
orang-orang yang beriman dan bertaqwa,dia hanya
merasakan lamanya berdiri di Padang Mahsyar itu ialah
sekira-kira lamanya sama dengan satu sembahyang
fardu.”…Insya`ALLAH,yang ni yang kita kena minta kat
ALLAH.Inilah beruntungnya jadi orang yang beriman dan
bertaqwa,kerana merasai berdiri di Padang Mahsyar
hanya lebih kurang 10 minit sahaja ( 1 sembahyang
fardu),walhal sebenarnya dia berdiri ratus ribu-ribu
tahun di Padang Mahsyar untuk dihisab oleh ALLAH.Dalam
waktu di Padang Mahsyar inilah berlaku jumpa dengan
Nabi Adam,Nabi Noh dan akhirnya Nabi Muhammad
s.a.w..Waktu tu,bukan kata nak minta masuk syurga,tapi
semua pakat dok minta supaya ALLAH mai hisab
cepat-cepat,pasai tak tahan dah.Oleh kerana qiamat ni
dikenali juga sebagai hari dimana didedahkan segala
rahsia (rujuk Surah ath-Thaariq ayat 9),maka Nabi kata
bahwa ALLAH akan dedahkan semua rahsia kita.Jadi,orang
pakat tengok,dan akibat daripada tak tahan menanggung
malu yang amat sangat,sehinggakan kata Nabi bahwa ada
manusia di Padang Mahsyar yang lebih rela dilontar
masuk ke dalam neraka,daripada menanggung malu melihat
amal perbuatannya dipertontonkan oleh ALLAH SWT.
( Di dunia dulu boleh la ‘hang’ cover-up.Boleh dok
pinda undang-undang pulak,macam mahkamah tu ‘hang’
yang punya.Hakim boneka dan peguam ‘hang’,boleh cover
sorang sikit; janji line mau clear.Hah,di Padang
Mahsyar,’hang’ baru tau; nak ‘line clear’ apa? Tarak
line dah,semua dah putus.Nak cable balik ka, nak minta
tolong daripada kroni-kroni ka; kira time tu tak dak
dah.ALLAH kata,”Hari tu,Aku dedah semua rahsia kamu.”)
Lalu para ulama membahas hadis itu,bahwa orang yang
akan selamat sebab ALLAH tidak akan mendedahkan
rahsianya,ialah orang yang suka bertaubat.Oleh kerana
itu,kita kena selalu bertaubat.Orang yang suka
bertaubat,ALLAH sendiri yang cover-up untuk dia.Sebab
segala kesalahannya sudah pun diampunkan ALLAH,maka
tidak ada apa lagi yang nak dipertontonkan.Dan orang
yang bertaubat akan merasa lega di akhirat. 
Jadi,menurut Mawdudi,itulah maknanya ‘addin’,yakni
hari memberi ganjaran.Dimana ALLAH memberi ganjaran;
kepada yang baik masuklah syurga; kepada yang jahat
masuklah neraka.Kemudian nanti pula,akan berlakulah
seru menyeru antara ahli syurga dengan ahli
neraka.Kerana ahli syurga,ALLAH bagi dia nampak ahli
neraka; tapi ahli neraka pula,ALLAH haramkan daripada
dia nampak ahli syurga.Sebab itu,kata Nabi bahwa
diantara nikmat ahli syurga ialah mereka boleh melihat
ahli neraka disiksa.Di dalam syurga tu ada laluan yang
ALLAH buat untuk ahli-ahli syurga pergi menonton
ahli-ahli neraka disiksa oleh ALLAH SWT.Ahli-ahli
neraka inilah yang dulu semasa di dunia,merekalah
golongan yang mengejek-ngejek orang-orang yang
beriman,serta menuduh orang-orang beriman dengan
berbagai-bagai tuduhan seperti sesat,menyeleweng,pecah
belah dan macam-macam lagi.Muslim/muslimat,sila rujuk
dalam Surah al-Muthaffifin ayat 29-34 yang ALLAH kata,
“Dan sesungguhnya puak-puak yang yang berdosa
itu,apabila mereka melihat orang-orang yang
beriman,mereka suka benar memperlekeh-lekehkan
orang-orang yang beriman.”
…Inilah perangai puak-puak yang disiksa oleh
ALLAH,semasa mereka hidup di dunia dulu.Mereka suka
benar mentertawa/mempersenda/mempermainkan orang yang
beriman, itu saja kerja mereka.Mereka menuduh
macam-macam kepada orang beriman,sama lah macam Nabi
s.a.w. kena dengan kaumnya, sama lah juga dengan para
sahabat kena.Sifat Nabi yang perlu kita contohi ialah
bagaimana sabarnya Nabi menghadapi kerenah-kerenah
daripada musuh-musuh ALLAH.Disamping memohon
pertolongan ALLAH,Nabi menyusun strategi demi strategi
untuk menawan Mekah,yang akhirnya diberikan oleh ALLAH
kemenangan kepada Nabi s.a.w.
Kita berbalik kepada Surah al-Muthaffifin tadi; dimana
ALLAH kata bahwa orang-orang berdosa ni,suka benar
memperlekeh orang-orang beriman.Tetapi,pada hari
qiamat,ALLAH beri pula peluang kepada ahli syurga
perlekeh pulak ahli neraka.Inilah yang ulama telah
bahas,iaitu pada hari qiamat,ahli syurga diberi
peluang pula untuk mempersendakan/memperlekehkan/nak
kata apa,katalah pada ahli neraka,yang waktu di dunia
dulu dia perlekeh kita.
Sebab itu,berlaku dialog antara ahli syurga/neraka
dalam Surah al-Muddatstsir ayat 42-46,yang mana ahli
syurga tanya,
“Mengapakah kamu boleh masuk neraka ni?”
Antara jawapan ahli neraka,
“Kami masuk neraka sebab kami ni dulu adalah
pejuang-pejuang kebathilan,yakni kami melibatkan diri
dalam menentang Islam.Jadi,kami terlibat dalam satu
perjuangan yang tak betul.Maka kami masuk neraka hari
ini.Orang lain dok berjuang menegakkan Islam,tapi kami
bagi roboh Islam.Orang lain dok berjuang nak tegakkan
‘Din’ syiar Islam,tapi kami dok berjuang bagi roboh
hukum ALLAH.Suka kami tengok bila masjid ‘mati’,yakni
masjid/surau sunyi sepi tak dak kuliah-kuliah.”
Ahli syurga patut mau kata,
“La ni,padan muka hangpa.Sapa suruh hangpa pi berjuang
dalam kebathilan dulu.”
…Inilah yang ALLAH bagitau,yang akhirnya ahli-ahli
neraka ni,depa nanti merempat/merintih/merayu dan
minta macam-macam; sebab itulah maka kita kena cari
jalan supaya dapat masuk syurga jugak.
Tapi bila cerita nak kena masuk syurga jugak; kita
mengaku kita tidak seperti para sahabat.Bila kita
sembahyang di masjid, bila kita baca Quran di rumah,
bila kita sedeqah bagi sekupang saja; kadang-kadang
hati kita berdetik,”Layakkah aku ke syurga Mu wahai
Tuhan?”…Ya, memang kita mengaku,kita memang tak sama
seperti sahabat Nabi s.a.w..Tuan-tuan boleh tengok
dalam Surah al-Fath ayat 18,yang ALLAH kata,
“Sesungguhnya ALLAH telah redha kepada orang-orang
yang beriman,ketika mereka berbai`ah dengan mu wahai
Muhammad,di bawah sepohon pokok.”
…Cerita tu adalah waktu perjanjian Hudaibiyah.Inilah
untungnya jadi sahabat,kerana Nabi pernah
bersabda,”Tidak ada seorang pun yang terlibat di medan
Badar itu,kecuali syurga.Termasuklah yang tidak
dikecualikan,yakni yang telah berbai`ah dengan Nabi
Muhammad di bawah pokok itu.”
Suratul Fath ini sebenarnya turun apabila Nabi balik
daripada perjanjian Hudaibiyah.Bilamana ada sahabat
yang bangkang Rasulullah,terutamanya Saiyyidina Umar,
yang melihat bahwa perjanjian Hudaibiyah ni berat
sebelah.Perjanjian itu mengatakan bahwa mana-mana
orang Islam yang lari ke Mekah,tak boleh balik ke
Madinah.Manakala orang-orang kafir yang ada di
Madinah,pihak Islam hendaklah pulangkan mereka ke
Mekah.Tak berat sebelah ka macam tu? Sampai Saiyyidina
Umar complen/marah/mengamuk kat Nabi,”Pasai apa suruh
terima perjanjian ni.”…Jadi,untuk mengubat keresahan
para sahabat,terutamanya Umar al-Khatab r.a.,yang
cukup tak puas hati dengan suhul Hudaibiyah, maka
akhirnya ALLAH menurunkan Suratul Fath.
Ketika orang-orang mukmin bergerak daripada
Hudaibiyah, mereka diharamkan tak boleh masuk
Mekah,sedangkan ihram sudah ditubuh.Mereka hanya boleh
masuk Mekah di tahun berikutnya; itulah isi
perjanjian.Mau tak sakit hati Saiyyidina
Umar.Akhirnya,itulah perancangan ALLAH; apabila Nabi
bergerak pulang setelah bertahalul/ melakukan korban/
bercukur; lalu mereka kemas untuk balik.Lalu dalam
perjalanan pulang itulah,maka turun Suratul Fath yang
bermaksud,
“Sesungguhnya Kami wahai Muhammad,telah memberi
kemenangan kepadamu,dengan pembukaan kemenangan yang
sebenar-benarnya.”
…Dengan turunnya ayat ini,Nabi tahu tak lama lagi
Mekah akan ditawan.
Berbalik kepada ayat 18 Suratul Fath tadi,yakni
mengenai perjanjian Hudaibiyah.Bagaimana sebelum
termeterainya perjanjian,dan apabila Nabi tertahan di
Hudaibiyah; waktu tu suasana di Mekah agak kecoh
dengan berita kedatangan Nabi bersama-sama dengan para
sahabatnya.Jadi,dalam keadaan pemimpin Mekah pada
waktu itu yakni Abu Suffian (masa belum Islam) pun dok
kelam kabut,maka keluarlah Khalid ibni Walid
bersama-sama dengan 200 orang tentera kafir Quraisy
(waktu tu pun Khalid belum lagi Islam.Tu dia punya
lambat Khalid ibni Walid masuk Islam).Apabila Nabi
tengok yang puak kafir Quraisy dah bersedia nak
gempur,maka Nabi pun fikir lebih baik buat perdamaian
dahulu.Inilah cara Rasulullah.Perang ni kira
pengabih,kalau boleh kita cari jalan untuk berdamai
dulu.
(Kalau tak mau debat,kita boleh bermuzakarah.Tapi
puak-puak karat ni,muzakarah pun tak mau.Dok dolak
dalih daripada dulu; macam ni kalu,payah la.) 
Ini yang Nabi ajar,kalau boleh perang cuba kita
elakkan dulu.Perang ni,kira pengabih.Ini perangai
Nabi,walaupun Mekah waktu tu dah susun tentera,dah nak
gempur Nabi.Khalid dah bergerak dengan 200
tentera.Kalau Khalid ibni Walid (pahlawan ulung kaum
Quraisy) dah bergerak,itu apa maknanya?…Maknanya,siap
nak bertempur la tu.Tapi Nabi masih boleh relax
lagi,dengan dia masih mahu cari jalan tenang dulu.Lalu
Nabi panggil Saiyyidina Osman dan melantiknya sebagai
wakil,supaya dia boleh masuk ke Mekah untuk
berbincang.Pasai apa Nabi pilih Saiyyidina Osman
sebagai wakil,walhal Nabi ada Abu Bakr,Umar dan
Ali?…Inilah bijaknya politik Nabi; kerana Saiyyidina
Osman dan Abu Suffian (ketua Quraisy) adalah sama-sama
Bani Umaiyah.Jadi,kalau kita nak berpolitik,maka
kenalah ikut cara Nabi,yakni dengan fatonah/ cerdik/
bijak.Mesti ada taktik/strategi,jangan main harung
saja.Nabi tahu yang pemimpin Mekah waktu tu ialah Abu
Suffian dari Bani Umaiyah.Lalu Nabi perati tengok;
siapakah diantara sahabat terkanannya dari Bani
Umaiyah.Dari criteria itu,maka terpilihlah Saiyyidina
Osman r.a.
(Kalau kita; kira macam Jawa sama Jawa lah.Hangpa
sembanglah elok-elok dalam Jawa hangpa.)
Nabi tak pilih Saiyyidina Abu Bakr kerana Saiyyidina
Abu Bakr dari Bani Thomim.Nabi tak pilih Saiyyidina
Umar kerana Umar dari Bani Adi bin Ka`ab.Dan Nabi juga
tak pilih Saiyyidina Ali kerana Ali dari Bani
Hasyim.Nabi takut nanti tak kena ‘gu’.Jadi,Nabi pilih
Saiyyidina Osman dan Nabi pesan kat Saiyyidina
Osman,”Kita mai nak buat umrah,bukan nak gaduh.Pi
bincang elok-elok.”…Lalu Saiyyidina Osman pun masuk
Mekah,pi jumpa dengan geng dia,Abu Suffian.
Kata Abu Suffian,”Ya Osman,untuk apa kamu
kemari?”…Lalu kata Osman,”Wahai Abu Suffian,yang
sebenarnya kami datang nak buat umrah,bukannya nak
gaduh.Yang kamu nak tahan kami buat apa? Mekah ni kan
tempat kelahiran kami dulu,cuma hangpa yang halau kami
keluar.La ni,kami nak masuk hanya  untuk buat
tawaf,sa`ei,cukur; lepas tu kami balik la.Tak boleh
ka? Itu saja.Yang hang pi hantaq Khalid nak perang tu
buat apa?…Kata Abu Suffian,”Ooooi! Lagu tu ka.Kalau
macam tu,takpa lah,hang sorang pi tawaf.”…Lalu kata
Osman,”Takkan aku sorang-sorang.Mengapa dengan
Muhammad? Mengapa dengan sahabat-sahabat aku yang
lain? Tak aci lah,aku boleh tawaf,tapi depa tak
boleh.”…Maka kata Abu Suffian,”Tak pa lah.La,lagu
ni.Hang tidoq dulu kat rumah aku.Besok kita bincang
lain.”…Maka bermalam lah Osman di rumah Abu Suffian
dan menurut riwayat,perbincangan tu makan masa sampai
3 hari.
Bila 3 hari tak dengar apa-apa berita tentang
Saiyyidina Osman,lalu pecahlah khabar angin mengatakan
bahwa Osman dibunuh.(Hah! Dia mai lagu fitnah
pulak.Puak-puak ni cukup cekap pasai bab ‘surat
layang’ ni.Depa ingat Nabi nak panik gamaknya.)
Maka,bila sampai berita itu kepada Nabi; ketika itulah
Nabi mengumpulkan 1400 sahabat yang terlibat dalam
perjanjian Hudaibiyah, lalu Nabi berbai`ah dengan
mereka di bawah pokok,untuk mempertahankan darah
Saiyyidina Osman.Lalu turunlah ayat 18 Surah al-Fath
yang bermaksud,
“Telah Aku redha kepada orang beriman itu.”
…Siapa orang beriman yang dimaksudkan oleh ALLAH
itu?…Mereka adalah 1400 orang yang telah berbai`ah
dengan Nabi di bawah pokok tadi, walaupun berita
tentang Saiyyidina Osman hanyalah khabar angin.Ini dia
yang dikatakan ‘sahabat’ tu.
Kita mengaku,kita tak sampai lagi ke tahap
mereka.Sehinggakan Nabi bersabda,”Tidak ada seorang
pun yang terlibat dalam perjanjian
Hudaibiyah,melainkan kesemuanya ahlul Jannah.”
Bayangkan tuan-tuan,ini bermakna kesemua 1400 orang
sahabat tadi ialah ahlul Jannah.Ini adalah kerana
keimanan / ketaqwaan mereka.
La ni,lagumana pula hal kita  yang bukan dalam
katogeri ‘sahabat’ ni? Apa kita nak buat supaya dapat
masuk syurga jugak?…Kita mengaku,iman kita tak sampai
macam ‘sahabat’,oleh kerana itu,maka kita tak ada
jalan lain dah,selain daripada menjadi ‘pejuang
Islam’,itu saja jawabnya.Yakni kita kena letakkan diri
kita dalam golongan yang nak menegakkan ‘Dinullah’.Apa
nak jadi,lantak pi lah.Kerana la ni yang kita kena
fikir ialah balasan ALLAH atau syurga,maka oleh sebab
itu,kita kena letakkan ‘itu’ sebagai prinsip hidup
kita.Iaitulah aku mesti melihat Quran meninggikan
al-Quran.
Itulah saja jalan untuk kita,kerana kita tak mampu
jadi macam ‘sahabat’.Boleh ka kita buat macam
Saiyyidina Osman, yang pernah sedeqah 700 ekor
kuda,dalam sekali imfaq,iaitu untuk perang
Tabuk.(Ooooi! Kuda zaman Nabi,kira kalau compare
dengan kita la ni, macam Merc la.Mata belalang / mata
bulat apa ka.) Yang nak sebutnya,kita mampu ka imfaq
macamana  Saiyyidina Osman buat?…Kita tak
mampu,tuan-tuan.
Macamana dengan ibadat pula; emmmh,tok sah sembang
la.Qiamullail ni kira kena tunggu tengok ada
poster,baru nak mai masjid.Tunggu ustaz Osman Ibrahim
turun,baru kita nak turun.Takat nak buat kat rumah,
emmmph, pakai tak dak la.
Ya,kita mengaku,kita jauh daripada perangai para
sahabat.Tapi kita mesti meniti jugak ‘jalan ke
syurga’.Dan tidak ada jalan ke syurga,melainkan dengan
iman/ taqwa/ jihad.Sepertimana firman ALLAH dalam
Suratul Fath ayat 9 yang mana ALLAH beritahu apa tugas
Nabi,yakni,
”Supaya engkau wahai Muhammad; mengajak manusia
beriman kepada ALLAH, beriman kepada rasulNya,dan
supaya kamu kuatkan ugamaNya (yakni supaya engkau
pesan pada umatmu wahai Muhammad, selain mereka
beriman pada ALLAH/rasulNya, hendaklah mereka
menguatkan/membela ‘addin’ itu.).Dan bertasbihlah
mereka memuji ALLAH pada pagi-pagi / petang-petang.”  
]
     Jadi,inilah antara message yang ingin disampaikan
oleh Mawdudi dibawah tajuk ‘Apa erti Addin?’ Yang mana
ustaz Halim ambik hanya 2 makna,iaitu :
1 ) ketundukkan,penghambaan dan penyerahan diri kepada
ALLAH SWT.
2 ) menghitung,mengadili dan memberi
ganjaran.Maknanya,mempercayai negeri akhirat yakni
syurga/neraka, yang akan dikurniakan oleh ALLAH
SWT.Sepertimana firmanNya yang bermaksud,
“Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.Yang demikian
syurga itu,Kami beri bagi sesiapa yang takutkan
Tuhannya.”
[ Oleh yang demikian,siapa yang tak takutkan ALLAH dan
berani mencabar ALLAH; jangan mimpi la untuk masuk ke
dalam syurga ALLAH. ]

……BERSAMBUNG……. 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke