Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Mastika Hadith - Muqaddimah

Bab 8 : Wajib menyampaikan Ilmu Agama dan kelebihannya.

Hadith 30:

Dari Ibn Mas`ud r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya : "Tidak digalakkan adanya perasaan irihati melainkan pada 2 keadaan : 1) Keadaan orang yang dikurniakan ALLAH hartabenda, serta menjadikannya menguasai dirinya menghabiskan hartanya itu pada perkara kebajikan yang sebenar-benarnya; dan 2) keadaan orang yang dikurniakan ALLAH ilmu pengetahuan agama, lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya." (HR Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

Muslimin muslimat rahimakumullah. Hadith yang ke30 yang kita baca pada kali ini menerangkan sebahagian daripada sifat-sifat yang dibenarkan di dalam syara` walaupun pada peringkat awalnya sifat-sifat tersebut dihukum haram dan berdosa jika kita melakukannya kerana termasuk dalam sifat-sifat mazmumah. Tetapi apabila sampai kepada satu keadaan dan suasana, maka sifat-sifat yang mula-mula diharamkan itu boleh bertukar menjadi sifat yang boleh kita miliki berdasarkan kepada beberapa keadaan dan peristiwa yang kita kena rujuk dan mengaji di dalam kitab.

Kes ini samalah juga seperti haramnya makan babi umpamanya. Firman ALLAH dalam Surah al-Baqarah 2:173 yang bermaksud, "Sesungguhnya ALLAH mengharamkan kamu memakan bangkai, darah (kecuali hati), daging khinzir dan binatang-binatang yang disembelih tanpa menyebut nama ALLAH. Namun, kalau kamu terpaksa memakannya (darurat), maka tiadalah menjadi dosa kepada kamu."...Maknanya boleh makan babi dan bangkai, sekiranya sampai tahap ad-darurah yang kita kena rujuk di dalam kitab-kitab fekah, kitab-kitab tasawuf dan juga kitab-kitab tafsir, dalam menghuraikan ayat tersebut.

Begitulah juga dengan sifat-sifat yang tidak baik ini. ALLAH SWT memang melarang kita menipu kepada manusia kerana menipu itu seperti yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w., adalah sebahagian tanda sifat orang-orang munafik. Namun begitu, Islam juga adakalanya membenarkan kita berdusta (tipu) di dalam berbagai-bagai perkara. Antaranya ialah :

i) untuk mendamaikan 2 orang yang sudah berpuluh-puluh tahun bermusuh. Katakanlah si A dan B tidak bertegur sapa sudah hampir 20 tahun, walhal mereka hanya berjiran. Sehingga jalan berlaga bahu pun tak bertegur. Jadi, bagaimana kita nak buat untuk bagi mereka berbaik-baik kembali?...Dalam keadaan seperti inilah, Islam mengizinkan kita berdusta. Buatlah apa yang patut, seperti pergi jumpa si A dan kata kat dia, "Wahai A, masa aku pi rope-walk tadi, aku jumpa dengan si B. Aku pun belanja la dia roti canai dengan teh tarik apa ka. Kami pun bekebang sakan la.Tapi masa tengah-tengah dok rancak bersembang tu, bila aku sebut saja nama hang, tiba-tiba aku tengok raut muka dia seolah-olah seperti timbul rasa menyesal dia bergaduh dengan hang. Jadi, dia kirim salamlah kat hang dan dia nak ajak hang pi minum teh kat rumah dia ."...Kita reka cerita tu pada A, sedangkan sebenarnya tak ada apa! pun yang berlaku. Tapi pembohongan yang kita buat pada waktu itu, dapat pahala tuan-tuan. Sebabnya ialah kerana niat kita ikhlas nak mendamaikan 2 orang yang telah bergaduh sekian lama....Kemudian bila si A ni dengar B kirim salam, lalu jadi sejuk hatinya. Kata A, "Padanlah kelmarin dia jeling-jeling kat aku."...Si A dok perasan kata B dok intai dia, walhal mata si B tu memang juling. Bila kita tengok A cool down, kita jumpa pula si B. Kita kata, "Wahai B, si A kirim salam pada kamu..."...Kita reka cerita tu. Ini bermakna kita sedang berdusta ketika itu. Tapi dikala itu, berdusta menjadi harus hukumnya. Sebab niat kita ikhlas untuk mendamaikan 2 orang atau 3 orang atau lebih daripada itu yang bermusuh antara satu sama lain hanya kerana perkara yang remeh temeh.

ii) Antara lagi yang boleh kita berdusta ialah dalam peperangan. Berdasarkan satu hadith Rasulullah s.a.w. yang mengatakan bahwa peperangan itu adalah satu tipu daya. Sampai ke tahap kalaulah semua tentera tu dah tua-tua belaka, pakat semua dah beruban dah pun, maka Islam menggalakkan mereka dye rambut supaya nampak hitam muda kembali. Inilah cara Islam. Supaya mereka nampak handsome kemas sikit, biar musuh jadi gerun. Jadi, dalam Islam, tipu daya adalah salah satu taktik dan strategi peperangan. Kalau tuan-tuan buka kitab sirah, banyak diperkatakan tentang hal ini. Sebab itu, bila kita tengok Taliban berundur dari Afghanistan, bukannya bererti mereka kalah. Tapi itulah taktik dan strategi yang akan memberi pukulan maut kepada puak kuffar dan munafiqun. InsyaALLAH, sama-sama kita ikuti perkembangan seterusnya, sebab memang ada hadith yang mengatakan bahwa Islam pasti kembali kuat, dan ianya bermula dari bumi Khurasan (s! ekitar Afghanistan).

iii) Perkara lain yang Islam membenarkan kita menipu ialah dalam hal rumahtangga; iaitu dalam kes suami beristeri lebih dari sorang ni. Dia boleh menipu isterinya dalam keadaan yang tertentu sahaja. Bukannya sa dengaq-dengaq boleh menipu, hangpa nak menipu sakan. Bukan lagu tu. Dia ada le syarat-syaratnya. Kata Imam Ghazali rahimallahu ta`ala, "Kalau suami tak guna kaedah menipu, akan rosaklah rumahtangganya. Maka dikala itu, menjadi harus suami itu berdusta."...Jadi, untuk menyelamatkan rumahtangganya dari bercerai berai, dia boleh berdusta. Tapi kemudiannya, janganlah dia mengulangi perangai yang menyebabkan dia terpaksa berdusta tadi.

iv) Boleh berdusta untuk menyelamatkan nyawa orang. Katakanlah, satu hari tu masa kita berehat-rehat di rumah, tiba-tiba kedengaran kecoh di luar rumah. Bila kita buka pintu, terpa datang sorang manusia dalam keadaan berdarah-darah, kelihatan sebelah telinganya pun dah hampir nak putus, tangannya pun berdarah-darah kerana ditetak orang; lalu dia meminta simpati kita untuk sembunyi dalam rumah. Bila berlaku keadaan kritikal begitu, kita pun tak cakap banyak, sembunyikan dia dalam rumah. Kemudian selang beberapa minit, berkejaran pula beberapa orang dengan parang terhunus di tangan masing-masing bertanyakan kepada kita tentang mangsa mereka yang tercedera tadi. Kita kata, "Saya tak tahu, dan saya tak nampak apa-apa pun."...Ketika itu, kita sudah berdusta, walhal kitalah yang sembunyikan mangsa tersebut. Maka dikala itu, dusta menjadi harus kerana untuk menyelamatkan nyawa dan kita ! dapat pahala bila berdusta pada waktu itu.

...Nampak tak tuan-tuan, betapa luasnya ilmu agama ni. Sebab itu, kita diseru supaya mengaji, maka barulah kita tahu dalam keadaan bagaimana kita boleh menggunakan tipu muslihat ni.

Begitu jugalah dengan hal riak. ALLAH SWT memang mengharamkan riak. Sehingga Nabi s.a.w. mengatakan riak ini adalah syirik yang kecil. Bahaya tuan-tuan kalau kita buat amalan kerana nak menunjuk-nunjuk kat orang. Sampai ada satu hadith yang memberitahu bahawa pada hari Qiamat kelak, ALLAH akan panggil orang-orang yang suka sangat riak ni dan Dia suruh mereka ni pi minta pahala dekat orang yang di dunia dulu mereka buat amalan kerana untuk menunjuk-nunjuk kat orang tu. ALLAH kata, "Hangpa pi minta kat orang tu. Jangan minta kat Aku!"...Inilah dia dahsyatnya akibat riak tuan-tuan.

Sembahyang kita jadi sia-sia saja kalau sembahyang kita tu hanya nak tunjuk kat orang. Yang kita pi kuliyyah ni pun, kalau timbul rasa berlagak mengatakan konon kitalah yang alim, orang lain semua tak alim. Maka ketika itu, kita jadi riak. Dan kita berdosa besar ketika itu...Tetapi dalam ALLAH dok kata tak boleh riak, tak boleh riak; disebalik itu juga ada kalanya diwajibkan pula kita berlaku riak, sekiranya untuk mengajar seseorang.

Contohnya; katakanlah kita berjiran dengan Mamat. Dan Mamat ni kita tau sangat-sangatlah akan perangai dia. Dia cukup rajin ke masjid bersembahyang jemaah dan rajin juga attend kuliyyah-kuliyyah ugama apa semua ni. Tapi sepanjang kita berkawan dengan dia, kita lihat dia ada satu saja kekurangannya, iaitulah dia agak bakhil. Sebab kita lihat tiap kali bergerak aje tabung, kita aje yang dok bubuh, dia langsung tak bubuh. Walhal kita tahu dia adalah seorang pegawai executive, allowancenya saja dah ribu-ribu, tu tak masuk lagi gajinya lagi; tapi bila pi masjid, tabung pun dia tak mau tengok. Jadi, bagaimana kita nak ajar dia?...Dalam keadaan sebegini, maka kita boleh berlaku riak. Kalau sebelum ni kebiasaannya kita pi masjid bawa seringgit dua ringgit je duit not, tapi kali ni kita bawa duit syiling seringgit sepuluh keping. Bila tabung mari, kita pun pi duduk sebelah Mamat dan saje aje kita jatuhkan duit-duit syiling tadi dalam tabung dengan kuat. Kalau tabung tu buat dari tin! milo, berdentum bunyinya. Kita buat lagu tu, supaya Mamat tengok. Dan waktu itu memang kita berlaku riak, tapi riaknya kita time tu ialah hanya semata-mata nak ajar Mamat tu supaya jangan kedekut. Pemurahlah macam kita. Maka waktu tu kita terpaksa riak untuk tunjuk kat Mamat supaya dia juga rajin bersedeqah. Dan dikala itu, riak mendapat pahala. Semua ni kita kena mengaji tuan-tuan, maka barulah kita tahu kaedah Islam yang sebenarnya.

Samalah juga dengan mengumpat. Firman ALLAH dalam Surah al-Hujuraat 26:12 yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman! Jauhkanlah sangka-sangka buruk. Dan janganlah kamu mengintip-intip hal saudara kamu; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Apakah kamu suka memakan bangkai mayat saudara kamu sendiri?..."...Nampak tak tuan-tuan bagaimana ALLAH hukum kejinya mengumpat itu, sepertimana kita pi ziarah mayat orang, kemudian kita pi ratah mayat tu pula. Inilah marahnya ALLAH bila kita mengumpat seseorang. Tapi disebalik itu, mengumpat menjadi wajib pula ke atas 6 perkara sepertimana yang digariskan oleh al-Imamul Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumudin. Oleh sebab terlalu panjangnya kalau nak dihuraikan keenam-enam perkara tersebut, jadi saya cuma nak sebut diantaranya ialah apabila kita nak cegah kemaksiatan, maka tak dapat tidak, kita wajib mengumpat deng! an menyebut nama dan perangai pelaku maksiat tersebut supaya orang lain jangan ikut perangai dia. Dalam batasan ini saja yang dibenarkan oleh syara`. Jangan kita umpat keturunan seseorang sebab ini dilarang oleh Imam Ghazali rahimallahu ta`ala. Jaga tuan-tuan, walaupun jahat mana sekali pun orang itu, keturunan dia tak boleh kita caci maki. Kata-kata seperti, "Ini mamak tongkang nak mampuih!...", tak boleh kata tuan-tuan. Saya sendiri pun kadang-kadang terlepas juga bila dah terlalu geram. Bila berlaku begitu, hendaklah kita istighfar cepat-cepat. Sebab itu, Nabi s.a.w. ajar, lepas saja majlis apa pun, kita kena baca tasbih kifarah. Supaya moga-moga kalaulah kita ada dosa dalam suatu majlis, maka ALLAH kafarahkan dosa kita tu.

Ingat tuan-tuan, keturunan memang tak boleh kita sentuh. Yang boleh kita umpat ialah perangai dia. Kalau orang tu clear kefasikannya, maka bolehlah kita umpat. Kalau dia sendiri mengaku dia tak pernah baca Quran dalam bahasa Arab, ini kira dah jadi bapak fasik dah ni. Kalau hang tak reti, pi la mengaji. Nie dak, dia boleh kata lagi dengan sifat angkuhnya bahwa Quran hendaklah ditafsir semula...Banyak cantik muka hang. Pemimpin apa lagu ni kalau Quran pun tak reti baca?...Buat malu kat budak Pasti je. Sebab tu dia marah sangat kat budak Pasti gamaknya, yang lebih pandai berbahasa Arab daripada dia. Sehingga dok tak duduk habih semua Pasti diperanginya.

Jadi, bila dia isytihar kata dia tak tau baca Quran dalam bahasa Arab, maka kita bolehlah umpat dia dan ceritakan tentang kejahatan dia. Seperti dia makan rasuah, dia menyeleweng, dia zolim, dia penipu, dia sepatutnya dikenakan hukum qazaf dan ditolak kesaksiannya sebab tuduh orang berzina tanpa saksi. Malah menjadi hukum wajib kita umpat dia sebegitu, supaya orang lain faham bahwa dia ni lah sebenarnya bapak kezoliman. Tapi setakat bidang itu saja yang dibolehkan kita mengumpat. Jangan lebih-lebih sampai ke keturunan; itu tak boleh, berdosa kita tuan-tuan.

Hadith ini dia ajar kita bahwa ada satu lagi sifat yang ALLAH marah pada peringkat awalnya, tapi boleh buat jika kena pada syaratnya; iaitulah sifat hasad dengki. Perasaan hasad dengki ni pada asalnya sangat bahaya tuan-tuan. Sehinggakan Nabi s.a.w. pernah kata, "Jauhilah sifat hasad dengki ini kerana ia akan memakan pahala kita seperti api memakan kayu."...Habih pahala kita tuan-tuan. Pahala mai kuliyyah, pahala berjuang, pahala takbir, pahala pasang bendera atas pokok, pahala tampal poster, etc; semuanya lingkup habih kalau kita turut sangat dengan sifat hasad dengki ni. Bercakap pasai hasad dengki ni, melayu memang cukup cekap dalam bab ni tuan-tuan. Lebih-lebih lagi dalam bidang perniagaan. Kawan ni baru saja berniaga, dah maju. Tapi kawan nu tak maju-maju walaupun dah lama berniaga...Siap! Nang buti nang, koe buti koe; kawan yang baru tu mesti kena punya!...Melayu bab! -bab lagu ni memang diakui cukup cekap. Sehingga dia sanggup jadi syirik pi jumpa bomoh siam untuk tumbangkan pesaingnya. Nauzubillahi min zalik.

Nabi s.a.w. kata bahwa jangan sekali-kali ada perasaan irihati kecuali dalam 2 kes sahaja. Selain daripada 2 keadaan ini, berdosa kalau kita berdengki. Tapi kalau kamu dengki juga, maka ia akan memakan amalan kamu seperti api memakan kayu. Berdengki pi curi minyak orang bila dah kalah, tak termasuk dalam 2 kes tu tuan-tuan. Mampuih puak-puak karat ni nak menjawab depan ALLAH di akhirat esok, sebab perbuatan mereka itu lahirnya dari hasad dengki yang dilarang oleh ALLAH SWT.

Yang Nabi s.a.w. kata, dalam 2 keadaan sahaja yang bolehkan kita berdengki :

a) yang pertamanya, kita boleh berdengki pada seseorang yang banyak harta. Walaupun dia korporat yang berjuta-juta duitnya, tapi dia hambur untuk perjuangan Islam. Mana sekolah agama yang dia tak bantu?...Mana Pasti/markaz yang dia tak derma?...Mana ceramah yang dia tak hulur?...Kita jealous tengok dia sebab kita tak dak harta nak sumbang sepertimana dia. Dengan hartanya yang banyak tu dia dapat berganda-ganda pahala infaq fisabilillah. Dalam keadaan sebegini, kita dibolehkan berdengki dan irihati, "Tunggulah! satu hari aku pun jadi macam hang."...Bukan makna kata bila boleh dengki tu, kita ambik jalan short-cut pi tikam ekoq pulak. Hat tu masuk neraka la. Sebab mana boleh dengan cara haram. Mestilah ikhtiar secara halal.

Cuba kita pikiaq, pasai apa dibolehkan kita dengki dalam keadaan begini walhal dengki itu satu sifat yang keji?...Ni semua pasai pahala la tuan-tuan. Kita dengki sebab korporat tu lebih banyak pahala daripada kita. Walaupun dia kaya, tapi dia tak kedekut. Dia infaq sungguh-sungguh kerana ALLAH TA`ALA.

Yang kita jenih makan gaji ni, ada la dalam RM800/- sebulan. Tu pun bila tolak duit kereta RM600/-, tinggai la dalam RM200/-. Yang RM200/- ni lah segala makan minum pakaian apa semua ni. Saya sendiri pernah alami keadaan sebegini tuan-tuan (time baru-baru dapat kerja la katakan). Sampai ke tahap makanan asasi bertukar daripada nasi kepada roti canai tiap-tiap hari tuan-tuan. Nasib tak baik, kena towkey kedai yang nak save kos; dia nanti bubuh kat kita kuah lama, boleh cirit birit kita jadinya. Siang malam, roti canai tuan-tuan. Punya la sabarnya kita menahan sedikit kesusahan keperitan dunia.

Punya la nak jimat sampai pi pasar malam pun beli keropok je, tak beli apa dah. Murtabak tu kira mahal dah, tak berani nak beli. Beginilah pahit maungnya kerja makan gaji ni, lebih-lebih lagi masa baru-baru dapat kerja tu. Lepas aje 10 hb mulalah dok temenung tengok langsir. Masuk aje 20hb, baru boleh senyum. Tapi sebelah je. Belah kanan aje. Kemudian masuk 25hb, baru boleh senyum belah kiri. Nuuu 2-3 hari lagi gaji nak masuk dah. Lepas tu, bila dapat gaji, habih pi settle hutang apa semua, temenung balik. Aku tengok muka hang. Hang tengok muka aku...Saya tahu bebenorlah suasana macam ni tuan-tuan, sebab saya pun dulu bujang jugak.

Kita yang gaji sikit ni, bila tengok kawan tu korporat yang beratus ribu duitnya sumbang fisabilillah, maka kita jadi jealous, "Tunggu hang! nanti aku berniaga elok-elok; insyaALLAH bila aku kaya nanti, aku nak infaq macam hang."...Inilah dengki yang diizin syara`.

Dan inilah contoh dengki para sahabat r.a. tuan-tuan. Perangai Nabi s.a.w. bila nak pi berjihad mana-mana ka, baginda akan iklankan pada orangramai. Iklannya bukan iklan kosong tuan-tuan, tapi semua medan jihad ini diiklankan sebab untuk menarik sahabat-sabahat supaya berlumba-lumba bagi harta. Iklan nak pi Uhud, sekian-sekian tarikh. Iklan nak pi Tabuk, sekian-sekian tarikh. Iklan nak pi Muktah, sekian-sekian tarikh. Maka sahabat pun berlumba-lumba untuk menginfaq. Sehingga apa yang kita pernah dengar, sampai ahli korporat seperti Saiyyidina Usman r.a. sanggup menyumbang 700 ekor kuda perang, complete dengan kelengkapannya sekali seperti pelana, tali kekang dan juga ladam, siap complete. Ada juga sahabat yang menyumbang 4-5 guni buah tamar. Ada yang bagi air. Ada yang bagi pedang. Ada yang bagi segala apa yang mereka boleh beri.

Tapi ada juga sahabat-sahabat yang miskin tuan-tuan. Jenih ni masa Perang Badar, pergi perang jugak walaupun pedang takdak. Tau ka apa senjata depa?...Senjata depa hanyalah pelepah tamar dan serban lama yang dah koyak aje. Itulah senjata depa. Sahabat-sahabat yang miskin ni lah bila dengar aje ada peperangan diiklan, mereka datang jumpa Nabi s.a.w. dalam keadaan menangis. Pasai apa depa menangis?...Pasai takdak apa langsung nak bagi. Tu dia yang kata sahabat, tuan-tuan....Jadi, kita pulak lagu mana tuan-tuan?...Mau kalau kita, tak bagi tu jadi lega. Tabung tu lari tak kena kat kita, kita jadi lega, "Selamat duit aku hari ni."...Tu dia kita tuan-tuan. Tapi sahabat kalau depa tak dapat sumbang, menangis depa tuan-tuan. Tu dia jauhnya kita kalau nak compare dengan sahabat r.a.. Jangan kata dengan Rasulullah s.a.w., dengan sahabat r.a. pun kita kena jauh-jauh. Sebab itu, kata Nabi s.! a.w., "Jangan kamu hina sahabat aku. Siapa diantara kamu yang menafkahkan di jalan ALLAH emas sebesar bukit Uhud, tak sama pahalanya dengan sahabat aku yang sedeqah hanya secupak."...Nampak tak tuan-tuan betapa tingginya nilai sahabat. Patutlah mereka bergelar "radiallahu anhum wa raduan" (ALLAH redha kepada mereka dan mereka redha kepada ALLAH).

Bila kita cerita pasai sedeqah, kalau kita baca Quran, kita akan dapati selain ALLAH cerita berkenaan dengan pahala-pahala bersedeqah, ALLAH juga ajar tentang adab-adab bersedeqah. Firman ALLAH dalam Suratul Baqarah 3:261 yang bermaksud, "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan ALLAH, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan 7 tangkai, dan tiap-taip tangkai itu pula ada 100 biji. Ingatlah! ALLAH akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya;..."...Maknanya kalau tuan-tuan infaq saja ke jalan ALLAH (tak kiralah berapa banyak pun yang tuan-tuan sumbang), nama saja fisabilillah, maka pelaburan pokok yang kita dapat ialah 7x100=700 pahala. Ini baru pelaburan pokok. Maknanya tak berenti tang 700 saja, malah dilipatgandakan la! gi kepada siapa yang Dia ndak. Jadi, ada yang dapat 800, ada yang dapat 1000, ada yang dapat 2000 bila sekali infaq. Ini janji ALLAH. Cumanya yang kita kena ingat ialah dalam Quran juga ada menceritakan tentang adab bersedeqah. Antaranya ialah dalam Suratul Baqarah, juga dalam juzuk 3:264 yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu hapuskan pahala sedeqah kamu dengan mengungkit-ngungkit pemberian kamu..."...Maknanya tuan-tuan, adab bersedeqah ialah tak boleh sekali-kali kita ungkit. "Alah K`tan/T`ganu tu kalau kami tak bagi duit, mampuih tak makan la depa tu."...Dia ungkit pemberiannya, ALLAH kata, "Batal pahala sedeqahnya!"...Bagi tu dah elok dah, pasai dapat ! 700; tapi bila ungkit aje, kosong jadinye...Inilah dia adab bersedeqah.

Tuan-tuan, bagitau mai sat sapa dalam dunia ni yang tak cemburu bila tengok orang jadi kaya lebih daripada dia?...Sebenarnya memang dah menjadi fitrah manusia, adanya sifat cemburu tersebut. Baru-baru ni masa bulan Posa, kat markaz kami, tiba-tiba sapa ka mai longgok berkampit-kampit beras, gula, bihun, minyak masak, termasuk juga berkotak-kotak milo, kopi, coco oat, oren jus, kicap, sos dan banyak lagi kalau nak sebut di sini. Kemudian dalam keadaan tak tau lagi sapa yang bagi ni, kami diarah pek semua item ni serba satu dalam beg plastik, kemudian pi bagi kat orang-orang miskin di Sik, Kuala Nerang dan Kuala Kedah. Bila habih semua selesai, baru kami tahu ada la sorang dua korporat yang sumbang. Tu pun mujur ada sahabat yang bagitau, "Depa ni lah yang bagi."...Kalau sahabat saya tak bagi tau, mampuih saya tak tau punya. Sebab penampilan yang kata geng korporat ni pun, simple je! . Kalau sapa tengok mesti confius punya, "Betoi ka de ni korporat?"...Awat tak confuse, orangnya simple je, tapi kos semua item yang disedeqahkannya tu ialah RM70, 000/-. Lagu tu aje RM70000/- boleh dia bagi. Jealous kita tengok tuan-tuan. Dalam hati kita dok kata, "Ish! ish! ish!...dia ni, pahala banyak sungguh. Bagi RM70000/- senang-senang aje."...Cemburu saya tuan-tuan.

Begitu juga baru-baru ni bila pi ke SRIDU, Kuala Kedah. Habih saja program penyerahan anak-anak tahun 1, sahabat saya pun bawa saya melawat ke tanah wakaf di Kampung Papan, Kuala Kedah (lebih kurang dalam 2-3 km dari kampung Kangkong, yakni kampung ayah kepada Datuk Tajudin Ramli) yang telah dibeli oleh Ketua Cawangan kami sendiri dengan harga RM65000/- dan beliau mewakafkannya untuk buat masjid dan sekolah. Terdetik hati saya sekali lagi, "Ish! ish!...mulia sungguh hati orang tua ni. ALLAH saja lah yang membalasnya."...Cemburu lagi saya tuan-tuan.

Kemudian apa lagi, haaa! Tuan-tuan ingat dak Kolej Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena. Bila ust Fadhil Nor minta derma, ada yang bagi RM1juta, tuan-tuan percaya tak?...Jangan main-main tuan-tuan, sebenarnya ramai geng korporat belah kita. Sat mai dari KL lah, dari T`ganu lah; sebab tu, Muassasah kita siap dengan begitu cepat. Kemudian bila dicheck korikulumnya pula, dengan senang hatinya ia diikhtiraf oleh Univ Al-Azahar; Alhamdulillah. Maknanya, ambik diploma di Kolej Muassasah, kemudian boleh sambung setahun di al-Azhar ambik ijazah. Dan berita terbaru yang kita dengar ialah al-Azhar suggest kita supaya mengupgradekan taraf kolej Muassasah kepada Universiti. Kata ust Azizan Razak, "Dalam dewan rakyat, terkejut beruk puak-puak umno karat hangit ni bila dengaq ada orang derma RM1juta kat ust Fadhil Nor untuk buat kolej Muassasah tu."...Bukan kata umno saja yang cemburu, saya pun ce! mburu juga. Sebab tu tak tau berapa ratus ribu ALLAH nak bagi pahala dekat si penderma. Mau tak jealous, depa bagi ribu-ribu juta -juta, tapi kita baru RM10-20. Hat tu aje la yang mampu bagi pun. Tapi walau bagaimana pun Nabi s.a.w. kata, "Dengki yang sebegini, diizinkan syara`."...Maknanya, boleh pahala kita bila dengki lagu tu.

b) yang tadi yang pertama. Jadi, yang kedua pula, Nabi s.a.w. kata, "Kamu boleh dengki kepada seseorang yang banyak ilmu."...Kita lihat sahabat kita ni dia ada ilmu, kemudian dia beramal dengan ilmunya itu dan diajarkannya pula kepada orang lain. Yang kita ni baru tahu sikit-sikit. Sahabat kita tu pulak, kita tengok dia memang cukup hebat dengan ilmu Qurannya dan ilmu hadithnya; jadi cemburu kita tuan-tuan. Sebut saja ulama` mana; Sayyid Qutb, al-Bukhari, al-Qardhawi; habih semuanya dia tahu. Sebut saja hadith ni jenis apa, dia boleh hurai A to Z. Terlopong kita tuan-tuan dengaq dia dok hurai satu persatu. Kita pun jadi jealous dan berazam nak jadi macam dia; supaya lebih berilmu, lebih pandai dan lebih cerdik daripada dia. Ketika itu, dengki sebegini dibolehkan syara`. Sebab itu, ilmu ini penting tuan-tuan. Tak dak ilmu, boleh lingkup kita, tuan-tuan.

Ust Halim pun menceritakan kepada kami tentang beberapa kejadian pelik telah berlaku di Langkawi. Semasa beliau buat kuliyyah bulanan di Langkawi tahun lepas, ada sahabat cerita kat dia bahwa beberapa benda yang sepatutnya hitam, tiba-tiba hari ini ada orang jumpa bercolor putih. Sebenarnya ada 4 benda yang dah dijumpai color putih. Ini cerita betoi tuan-tuan. Yang pertamanya, ikan keli warna putih. Yang kedua, rusa putih. Yang ketiga, kera putih. Dan yang terbaru sekali ialah pokok kelapa tumbuh daunnya color putih. Bila berlaku keadaan lagu ni, yang teruknya ialah puak-puak jahil tak mengaji ni lah tuan-tuan. Ada ka depa boleh pi minta ubat dekat pokok kelapa daun color putih tu; Lailahaillallah...Sampai tahap tu syiriknya melayu kita hari ini tuan-tuan. Ada sahabat ajak pi tengok, "Jom sheikh kita pi tengok!"..."Tak kelapa! q aku. Sat gi aku terajang dengan pokok pokok tu sekali!", benda buat orang syirik bukan saya boleh tengok tuan-tuan. Pantang saya. Nampak tak tuan-tuan; melayu jadi jahil bila takdak ilmu sampai ke tahap nak hancuq aqidah...Nau zubillah...Ada sahabat kata, "Tunggu la apa pulak 3 lagi nak keluaq bagi cukup 7."...Memang nampak pelik kejadian-kejadian seperti ni. Sebab jarang ikan keli putih. Yang selalu kita dok tengok, hitam. Tapi ada orang tangkap dah keli putih. Begitu juga, jarang ada rusa putih. Jarang ada pokok kelapa daun putih. Yang kita dok tengok, hijau....Hijau...putih...Betoi la tuan-tuan, bahaya tu pasai dia hijau putih. Maknanya, mungkin kot-kot Langkawi nak jatuh ke tangan pemerintah Islam. Mungkin juga tanda tu ALLAH nak tunjuk. Pokok kelapa memang dah hijau, Dia pi bubuh putih pulak. Jadilah hijau putih. Boleh jadi tak tuan-tu! an?...Ini tafsiran saya le.

Tapi apa pun orang Langkawi kena berjaga-jaga. Manalah tahu mungkin itu semua adalah alamat daripada ALLAH. Kot-kot keluaq lagi 3, malaikat dia tampaq, boleh terbalik pulau tu sat gi. Apa tak nye; dengan araknya, dengan maksiatnya, dengan judinya, dengan setin anchor beer lebih murah daripada pepsi cola; nie apa cerita?...Pelacuran tak payah sembang. Belambak dah la ni. Nampak tak tuan-tuan, macamana habih lingkupnya aqidah orang Islam di pulau lagenda tu. Jadi, apa yang kita nak bagitau kat sahabat-sahabat di Langkawi, memang kita tak boleh buat apa-apa la ni untuk cegah maksiat di sana, sebab bukan kuasa di tangan kita. Apa yang boleh kita buat ialah buatlah sembahyang hajat banyak-banyak. Sebenarnya bukannya kita nak takutkan sapa-sapa, tapi nampaknya memang pelik. 4 benda putih yang dijumpai tu memang pelik. Mau kalau keluaq lagi 3 bagi cukup 7, tak tau lah apa nak jadi. Ini kerja ALLAH SWT. Tapi pointnya di sini ialah puak-puak jahil ni sampai apa yellow pun tak tau se! hingga tahap sanggup syirik kepada ALLAH sebab mintak ubat kat pokok kelapa daun putih....Celaru habih puak ni tuan-tuan.

Sebab itu dalam hal berilmu ni, Nabi s.a.w. ajar, "Kita hendaklah tengok orang yang lebih pandai daripada kita."...Tengok macamana dia baca Quran, dia hafal Quran dan dia reti Quran. Yang kita ni baru nak merangkak. Maka timbullah rasa cemburunya kita pada dia. Bukannya cemburu tak bertempat. Tapi cemburunya kita berhasrat supaya jadi macam dia, dan kalau boleh kita nak bit dia. Makna kata kita kena jealous dengan ulama`-ulama`, ustaz-ustaz yang lebih pandai daripada kita. Inilah cara Islam ajar supaya kita terus maju dalam menuntut ilmu.

Tetapi lain pula kalau bab dunia, tuan-tuan. Kalau bab ilmu/akhirat, kita kena tengok orang yang lebih "tinggi" daripada kita. Tapi kalau bab dunia, kita kena tengok orang yang lebih "rendah" daripada kita. Contohnya, kalau ada kereta, kita kena tengok orang naik motor. Orang naik motor, kena tengok pula orang naik basikal. Orang kayuh basikal, kena tengok orang jalan kaki. Akhirnya orang jalan kaki kena tengok orang yang dah mati. Inilah yang Nabi s.a.w. ajar. Jangan pulak masa naik kereta tu pi berangan naik lori. Silap-silap haribulan, boleh mampuih bawah lori. Jangan lagu tu. Kita yang naik kereta, mau tengok orang bawa motor. Pasai kalau hujan, kita tak basah. Tapi kawan kita yang naik motor tadi habih basah lenjun kena selsema semua cukup. Maka kita kena bersyukur pada ALLAH seba! b ALLAH bagi lebih rezeki pada kita. Inilah dia cara bersyukur...Orang bawa motor, jangan dok asyik tengok kereta. Berangan, "Bila lah aku nak dapat kereta ni. Asyik dok pulaih masuk gear aje tiap-tiap hari."...Terkejut dari berangan, takdan nak break, langgar pokok, kira syahid la tu jugak. Punyala teruk. Sebab itu, Nabi ajar bahwa dalam bab dunia, kita hendaklah tengok orang yang bawah daripada kita. Jadi, orang yang ada basikal, jangan tengok motor. Syukur lah sebab kamu ada basikal. Manakala orang jalan kaki, jangan tengok orang naik basikal, tapi dia kena tengok orang yang dah mati. Sebab kamu masih mampu berjalan dan mampu hirup udara ALLAH; sedangkan orang yang dah mati, apa pun dia dah tak boleh buat. Nak bangun dengar kuliyyah pun dah tak boleh. Nak sembahyang sunat 2 rakaat macam kita dok buat pun dah tak boleh...Jadi bab dunia, kita kena tengok orang bawah. Tapi bab akhir! at, kita kena tengok orang lebih tinggi. Inilah tanda syukur kepada ALLAH SWT yang Rasulullah s.a.w. ajar kepada kita.

Inilah 2 benda dengki yang diizinkan syara`.

WALLAHU TA`ALA `ALAM.



Do You Yahoo!?
Send FREE video emails in Yahoo! Mail.

Kirim email ke