Title: Mengapa makin ramai pemandu yg tidak sopan di jalanraya?

Assalamu'alaikum netters sekelian,

Semenjak dua menjak ni....  saya rasa makin risau nak drive.  Bila memikirkan saya akan anytime berhadapan dengan bahaya kemalangan dari sikap pemandu lain yg cuai & suka cilok-cilok, kadang-kadang rasa nak pasang driver aje.  Tapi bila fikir balik, bukanlah kaya sangat sampai nak pasang drebar, mahu tak mahu "redah" ajelah.  Kalau nak pasang driver nanti suami jealous pulak.... takut pulak kita main kayu tiga!

Tapi redah-redah saya pun, taklah redah macam pemandu lain!   Redah-redah saya masih jugak pandang kiri kanan, depan belakang.   Suami saya selalu cakap:  "Pemandu yg berhemah akan mengelakkan kemalangan walaupun atas sebab kecuaian orang lain".  Kadang-kadang bertekak jugak dengan dia; habis kalau asyik kita aje yg berhemah, orang lain langsung tak nak berhemah, asyik kita aje yg tak cilok, orang lain senang-senang aje cilok & potong queue, bila kita nak sampai?   Bertekak tu bertekaklah jugak, tapi memang ada betulnya cakap suami tu.....  saya selalu praktikkan apa yg suami saya cakap, saya memang beringat.....InsyaAllah. 

Bukan apa, saya cukup sakit hati dengan pemandu yg langsung tak hiraukan "road sign".  Tempat tak boleh buat U-turn, buat U-turn; tempat yg sepatutnya berhenti, tak nak berhenti; tempat sepatutnya tak boleh parking, dia paking jugak; bila kat roundabout, langsung tak tengok kiri kanan, main redah aje!  Bila sampai kat roundabout, saya cukup "seriau", especially kalau ada treler yg panjang-panjang... eiiiieee....   takutnya lah haiii....!

Pada pemerhatian saya, antara pemandu lelaki & wanita, pemandu LELAKI lah YANG PALING KURANG AJAR!  (Lepas ni saya sure kena "FIRE" dengan si Mencelah Sikit ni.... yalah...., Mencelah Sikit tu kan ke Pengerusi Loyar buruk Lelaki dalam H-Net ni?).  Dan Pemandu lelaki lah yg paling MENGADA-NGADA dan KASAR sekali!  Kalau nak dibandingkan dengan pemandu wanita, pemandu lelaki sekarang ni dah tak ada "gentleman" lagi dahhh! {Kecuali husband kita aje... ekekeke).....   Yang suka "menghimpit" pun pemandu lelakilah!  Tak caya?  Saya ada banyak senario yg akan saya kongsikan bersama.

{Kepada Pn Sri Pabiyen, Pn Sri Maziani, Pn Sri Roslina, Cik Sri Naza  dan Pn-Pn & Cik-cik Sri yg prihatin dan menyokong saya, tolong "backing" sikit kalau saya kena "FIRE" nanti, ek! - Nie special request ni weiiii}

Senario 1 (Pemandu teksi lelaki yg kurang ajar)
===================================

Bila cakap pasal pemandu teksi, majoriti pemandu teksi adalah LELAKI.  Depa ni lah yg mencemar nama baik pemandu lelaki lain yg BAIK-BAIK!  (Macam Mencelah Sikit, dia "baik" punya driver kot, - saja nak "bodek" dia!}

Pagi semalam, Isnin 5 June 2000 saya sedang memandu dari jalan Batu Tiga ke Glenmarie.  Elok kat traffic light simpang nak ke Glenmarie Golf & Country Club, seorang pemandu teksi tiba-tiba aje buat U-turn (so ABRUPT), yg membuatkan semua kereta terpaksa buat emergency break!  Elok saya tengah laju masa tu......Ya Allah!  Saya betul-betul terkejut sebab kereta depan saya tu tak ada lampu break ketiga!  Saya punya break sampai tayar saya "screetching", sampai hangit bau!  Mujurlah saya ni jenis tak panik...... Masa tengah break... saya membayangkan betapa teruknya kereta saya kalau terlanggar kereta depan ni....  Huh!  Lagi dua inci aje nak terhentak kereta depan... Mujur saya baru habis baca ayat Kursi sebab saya tiba-tiba teringat bahawa pagi tu anak saya yg start enjin kereta, entah dia ingat baca "Bismillah" ke tidak....  So, bila dah teringat macam tu; terus baca bismillah 7 kali & ayat Kursi.  Elok habis baca aje ayat Kursi, tengok kereta depan semua buat emergency break.  Tengok kat cermin belakang tak ada kereta...... Alhamdulillah!  Kecut perut saya!  Kurang ajar punya driver teksi... muka dia selamba "derk" aje lepas tu.  Saya punya maki berbakul-bakul!  Bila lah depa ni nak sedar yg tindakan mereka buat U-turn kat tempat yg tak sepatutnya akan membahayakan orang lain??

{Pagi tadi saya lalu tengok ada kesan tayar saya pagi semalam!}


Senario 2 (Tempat ada "sign" berhenti, tapi tak nak berhenti)
==============================================

Saya cukup sakit hati betul pada driver yg tak nak berhenti bila ada sign berhenti.  Suatu petang saya memandu nak balik dari office.  Lepas bangunan "Auto Bavaria" kat Jln Glenmarie ada simpang; ke kanan akan menuju ke traffic light Proton Casting, kalau kiri akan lalu jalan ke rumah setinggan which leads to Telekitchen.  Siapa yg nak ke jalan menuju Telekitchen, lepas bangunan Auto Bavaria (BMW) tu lencong ke kiri & kita mesti BERHENTI.  Orang dari arah bertentangan ada hak untuk jalan dulu sebab itu jalan depa!  Yang saya bila tengok ada kereta kat depan, saya berhenti.  Rupanya lori kat belakang saya TAK MAU BERHENTI!  Dia bunyi hon kuat-kuat sebab marah saya berhenti!  Lepas tu driver lori ni (orang Keling), bersaing dengan saya.  Dia pandang saya, saya pandang dia.  Dia tunjuk tangan kat saya seolah-olah nak kata "aparaaa luu... jalan laaaa.. apasal berhenti?"  Saya meradang... saya angkat kening saya sambil jegil biji mata; mulut saya ni tanya:  "Apa??? (Saya nak jerit nampak tak sopan, so saya bagi isyarat kata "itu ada sign berhenti, apasal tak mau berhenti?" - saya angkat kepala dengan gaya yg irritating - saya terpaksa tunjuk garang sebab dia tu bodoh sangat!)  Masa tu kami kat traffic light yg mana kami memang bersaing.  Saya dah geram, saya bagi isyarat yg dia tu "otak biul" ditambah pulak dengan isyarat mulut saya yg memang jelas cakap "BODOH!"!  Dia bengang dengan saya!  Lepas traffic light dah hijau, saya terus pecut....  tapi dia ikut saya pecut gak!  Ish.. keling ni nak gaduh ngan aku ka?  Bila sampai kat stesyen minyak Petronas, aiseyyyy!  Traffic jam pulak!  Alih-alih si driver lori ni memotong saya sambil bunyikan hon dan bagi saya "flying kiss".....  Ceh!  Gatal punya keling!  Kalau muka handsome tu tak palah jugak!  Eeeiiiii.... geli geleman teman dibuatnya! 

[PESANAN SAYA KEPADA RAKAN PEMANDU WANITA:  JANGAN TAKUT BILA BERHADAPAN DENGAN SITUASI BEGINI, KALAU KITA YG BETUL, KITA TAK PERLU GELABAH.  BUAT GARANG KALAU PERLU!]

Senario 3 (Pemandu lelaki suka "makan angin" tak bertempat!)
===============================================
Ni lagi SAKIT JIWA!  Pemandu lelaki ni EGO depa semacam!  Ada ka patut, tengah "peak hours" sempat lagi "makan angin".  Depan jalan kosong tapi dia terhegeh-hegeh dengan handset dia!  Bila kita nak memotong atau SUDAH memotong, baru depa nak "terasa".   Konon, kalau "lady driver" potong depa, hilang KEJANTANAN!  Mulalah terhegeh-hegeh nak potong kita balik ataupun kalau kita ada "attempt" nak potong dia, dia tak kasi "chance" nak potong dia!  Haprak betul!

Suatu petang saya memang rushing nak balik ke Shah Alam  dari Klang.  Ikut jalan Bkt. Kemuning.  Jalan tu memang popular dengan "kawasan kemalangan tertinggi" di Klang suatu ketika dulu.  Sampai depan Mobil, saya tengok depan saya si mamat ni bukan main romantik lagi memandu.  Alahaiii..... lembabnya!  10 minit saya drive dengan keadaan saya bersabar sedangkan di depan memang kosong!   Apa lagi.... dah cemuih mengekor dia, nekad nak potong dia sebab depan memang kosong, lori dari arah bertentangan memang jauh lagi! Elok saya nak potong dia, waaaaahhh... dia pulak buat laju!  Saya punya pecut, tapi dia langsung tak nak bagi ruang kat saya nak memotong!  Kami terus bersaing!  Berderau darah saya!  Lori tangki arah bertentangan dah semakin hampir!  Lori tangki dah bagi "high beam" bahawa dia pasti akan langgar saya kalau saya tak masuk lane saya balik!  Dengan penuh nekad.... saya terus pecut dan masuk balik ke lane saya dengan perasaan lega tapi kaki menggeletar...!  Bayangkan kalau saya kena "sapu" dengan lori tangki!  Anak lelaki saya sedang tidur pulak tu....................  Syukur Alhamdulillah....selamat kami.

Tapi, saya rasa, kalau saya bawak kereta yg kureng power, memang either saya kena "sapu" atau saya mengalah.....  Yang sebenarnya saya bukan nak memotong si mamat tu sangat, tapi sebab saya tengah rushing, anak yg sorang lagi tu tinggal sorang kat rumah......tak ada orang jaga dia, itu yg buat saya nekad senekadnya.  Yang geram tu, lepas saya berjaya potong dia, tak pulak dia nak laju tara mana pun!  Bengong punya orang! 

{PESANAN SAYA KEPADA LADY DRIVERS YG LAIN:  KALAU BERHADAPAN DENGAN SITUASI BEGINI, "JUDGEMENT" MESTI TEPAT.  KALAU RASA SELAMAT, POTONGLAH, TAPI KALAU RASA TERAGAK-AGAK..... PLEASE DON'T......!  MENGALAH LEBIH SELAMAT DARI MENANGGUNG RISIKO - NANTI DUDA PULAK SUAMI KITA!  KALAU DUDA, DEPA KAHWIN LAGI, TAPI ANAK-ANAK KITA MACAM MANA??}

Senario 4 (Pemandu lelaki juga yg suka "berlumba" tak bertempat)
===================================================

Kalau tak percaya, cuba tengok budak-budak lelaki muda yg drive Satria!  Tambah pulak kalau Satria yg dah tak rupa Satria tapi rupa kereta Formula one yg bunyinya pun "vrooom.. vrooom" mengaum mengalahkan kereta Karamjit Singh!  Eeeeiiiiiii... saya tak dapat lupa saya kena himpit dengan kereta Satria yg dipandu oleh mamat "gila-gila" yg langsung tak ada hemah lagi!   Cukup sakit hati dengan gelagat mamat yg tak pasal-pasal berlumba kat tempat sesak!  Ada akai ka tak dak akai?  Tak cukup menghimpit, lampu merah pun diredahnya!

Lagi satu... budak-budak lelaki yg baru dapat lesen ni bukannya suka tampal "P" kat kereta depa, tak rugged lah... kan?  So, makin hari kita akan berhadapan dengan ramai pemandu baru yg mungkin lesen tu dibeli ataupun depa belum cukup experience lagi......  hati-hatilah dengan pemandu yg macam gini.  Tambah yg "kaya" sikit tu mampu beli Satria.... fuh!  Depa punya pecut....  ya Rabbi!  Himpit, jangan tak himpit!

{LADY DRIVERS....  PLS IGNORE THESE PEOPLE, KALAU DEPA HIMPIT, TAK PA.... BIAQ PI LA DEPA... NAK KEJAR PUN TAK GUNA SEBAB NANTI LEBIH BAHAYA.....  DIHIMPIT OLEH PEMANDU YG LAJU NI KENA BIAQ AJE....KALAU NAK KEJAR PUN TAK SEMPAT RASANYA....}

Senario 5 (Penunggang motosikal lelaki lagi teruk!)
=======================================

Saya sentiasa berhadapan dengan situasi di mana penunggang motosikal selalau tak ikut peraturan lampu isyarat.  Bukankah itu mengelirukan pengguna jalanraya yg lain?  Contohnya, saya selalu tengok bila kat traffic light, penunggang motosikal ikut sedap depa aje redah lampu merah kalau kereta yg hak lampu hijau tak da.  Lepas tu, bila tengok mamat motosikal buat macam tu, ada pulak tukang "tiru"!  Suatu hari saya berhenti di lampu isyarat yg sedang merah.  Simpang kat jalan yg lampu masih merah jugak - kelihatan seorang penunggang motor main redah aje.... bila tengok situasi begini, si pemandu wanita di belakang motor tu "confuse".  Saya lihat dia teragak-agak nak ikut si penunggang motor tu... Tup-tup dia ikut jugak!  Sedangkan masa tu belum lampu hijau lagi kat simpang dia.  Haaa kau!  Lagi sikit nak accident dengan kereta dari arah simpang yg lampu sedang hijau!  Itu semua gara-gara si penunggang motor tu lah!  Tak ke bahaya tu?  Kang kata bengong marah, tapi lampu isyarat langsung tak peduli!  Apa nak jadi dengan penunggang motor?  Patutlah yg jadi korban tertinggi pun dari kalangan penunggang motor.......

{LADY DRIVERS.... KALAU LAMPU MERAH, DUDUK DIAM DULU.  JANGAN CONFUSE & JANGAN TIRU PENUNGGANG MOTOR YG SUKA MEREDAH TU!  SILAP-SILAP KANG BERDENTUM DENGAN LORI TRELER, TAK KE HARU TU?  MINTAK DISIAHKAN 44 MALAIKAT!}

Lagi satu senario.....  sama ada pemandu atau penunggang motosikal lelaki... bila kat roundabout tu, boleh bersabar tak??  Ni tak..... main redah aje, tak ikut "queue" langsung....!  Pagi tadi, masa saya kat bulatan "good year" ada sorang pemandu van yg cuba nak himpit saya dari arah belakang!  Apa?  Dia ingat saya lembab punya lady driver ka?  Dekat roundabout jangan main-main la....  Kalau kot ya pun nak cepat, janganlah tetiba aje nak cilok orang!  Dahlah sebelah kiri saya ada lori gedebe...... tup-tup nak cilok orang pulak....  SAYA JELING DIA.... BERAPI!!!   Haaa... terkedu kau!  

Men drivers....!  Toloooongggglah....  bersopanlah sikit kat jalanraya.  Kami lady drivers no doubt memang ada yg "brutal" sikit macam saya, tapi saya taklah TIBA-TIBA NAK BRUTAL TAK TENTU HALA!  Saya brutal bila orang KURANG AJAR dulu dengan saya sebab kalau saya tak BRUTAL, dahlah badan kecik, kang lagi orang tak takut dengan saya!  So, kenalah tunjuk brutal sikit!  Jeling pun kena berapi....!   Toleransi tetap ada toleransi, sebab kita masih ada civic minded lagi.... bukan main redah aje tak tentu hala....   Cuma gangguan dari pemandu yg "OVER BRUTAL" dan "rekcless" ni yg susah sikit.

Mintak-mintak kita semua dijauhkan oleh Allah dari sebarang kemalangan.  Tapi, tindakan kita pun kenalah jugak betul, kalau asyik langgar lampu isyarat ka, main redah aje ka..... suatu hari nanti "terkena", baru nak sedar.  Jangan dah terhantuk, baru nak tengadah!   Bersopan sikit di jalanraya.  Jaga keselamatan sendiri dan jaga keselamatan orang lain sama, OK?

Cuba tengok "Ibnu Adam" punya footnote kat message dia:  "PANDU CERMAT JIWA SELAMAT, BERHATI-HATI DI JALANRAYA" - Eh... betul ka Ibnu Adam?

Wassalam

P/S:  Tunggu lepas ni sure kena "fire"!

Kirim email ke