*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

[EMAIL PROTECTED] wrote:

Nazri Tan Seri Aziz: Hmm, yang ini secara ikhlas saya nak tulis bahawa, 
dalam banyak-banyak yang tak berjenis dalam UMNO hari ini, beliau adalah 
yang paling saya respect dan hormati. Walau pun mungkin dari segi ideologi, 
beliau berbeza dengan kita dari PAS dan mungkin dari segi prinsip, beliau 
berbeza dengan bekas kawan-kawannya dalam BA, tapi secara peribadi saya 
melihat Nazri Tan Seri Aziz ikhlas dalam perjuangannya untuk menegakkan 
ketuanan Melayu.

Saya masih ingat, ada sekali dalam perjalanan hidup saya, saya pernah 
ditakdirkan berbual one to one dengan beliau. Dalam perbualan itu, saya 
kemukakan pertanyaan mengenai isu Melayu Cina, pasal apa kerajaan terlalu 
memberi muka kepada Cina dan lain-lain isu sensitif yang saya tak boleh 
tulis di sini  (saya akui saya ketika itu adalah Malay Ultranasionalist). 
Kata Nazri:

"Memang di luar orang tak tau, tapi dalam kabinet kita fight. Saya sendiri 
hari itu lawan debat sakan dengan sorang Menteri Cina yang komplen pasal ada 
sorang anak cina ada berkelulusan SPM/STPM sama seperti kawan baik budak itu 
berbangsa Melayu, tapi sebab dia cina, dia tak dapat masuk U sedangkan budak 
Melayu tu dapat. Saya kata kat dia, cerita you tu cuma satu dalam seribu, 
sedangkan kat kampung2 sana nu ramai lagi budak2 Melayu yanmg tak dapat 
masuk U sebab miskin dan tak mampu" - ini pasal quota lah ini.

**********************************************************************


Assalamualaikum dan selamat mengerjakan ibadah puasa,

Pada mulanya, saya agak takut juga untuk mengulas tulisan Pakdin mengenai 
perbualannya dengan Nazri Tan Sri Aziz ni.  Dalam hati,  risau jugak, 
manalah tau, kot-kot pendapat saya ni salah seratus persen.  Dah tentu teruk 
saya kena bantai dek Pak Din nanti.

Nazri dok kata, beliau pernah bertegang  leher masa miting dalam kabinet 
dengan sorang menteri Cina semata-mata nak pejuang dan pertahankan ketuanan 
Melayu -   Boleh tahan jugak Nazri nih.  Berani dia sergah sorang menteri 
lain depan-depan  Mahathir.
(Yang kena sergah, kalau tak Liongsik, mungkin Kengyek)

Jika apa yang Nazri sembangkan dengan Pakdin tu betul dan dia memang  fight 
dalam miting kabinet tu, tak salah kita puji dia.

Tapi yang dok jadi tanda tanya saya, apa betulke miting Kabinet tu, Nazri 
boleh masuk? - Kan Nazri masa tu masih Timb. menteri!
(Sebelum ni, saya memang mati-mati percaya, miting tu hanya untuk menteri 
penuh saja).

Dan first meeting kabinet Rabu lepas, yg saya tengok, hanya Menteri penuh yg 
datang dan bergambar sakan. Habis, camana nih Pakdin?

Mungkinkah Nazri dah pekenakan Pakdin kot? Boleh pulak ke Nazri, yg hanya 
Timb. Menteri tu masuk  miting,  dan pastu pi balun Liongsik/Kengyek pulak?

Masa tu, agaknya Pakdin lupa yang Nazri ni "masih orang UMNO".  Tak kan kita 
tak tau, cakap orang UMNO ni kekadang terbalik dan berpusing-pising. Betul, 
dia kata tidak, tak betul dia kata betul!

Itu jer yang saya nak tulis.  Tujuannya hanya satu - nak tau betul ke dlm 
mesorat Kabinet tu, suma Timb. Menteri kena datang.

Jika tulisan saya ni salah, saya minta maap bebanyaklah pada Nazri dan juga 
Pakdin.  Saya dah kata tadi dah.  Tiada nihat jahat!


Wassalam.


MAWAR BERDURI






______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mawar berduri" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke